{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit sagu - Google Blog Search

Posted by Awanama

felda bukit sagu - Google Blog Search


Pahang Daily Online: Edisi Kerdau: MB Pahang Dakwa Akan Keluarkan <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2011 04:31 PM PST

KERDAU, 25 Feb [9.31 am] - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) berkata beliau akan mengeluarkan "Buku Jingga"nya sendiri jika pembangkang mengeluarkan buku jingga mengatakan Kerajaan Negeri Pahang "bankrap". Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Rendah dan Menengah oleh Yayasan Pahang di Padang Awam Felda Jengka 23 dekat sini semalam. Dalam ucapannya juga, beliau menegur tindakan pembangkang yang kononnya memutar belitkan fakta tentang latar belakang pendidikan calon Barisan Nasional yang juga Penasihat Agama Menteri Besar iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad. Adnan dengan bersahaja membuat ucapan yang cukup pedas, panas, kritis dan penuh bermakna untuk menegur pihak pembangkang yang sanggup buat apa sahaja bagi merampas kerusi DUN Kerdau. "Mereka tuduh kerajaan Pahang tiada duit dan bankrap, jika begitu kenapa kita boleh bagi sumbangan jutaan ringgit kepada para pelajar?. Malahan kita juga bersedia menanggung semua tiket perjalanan balik pelajar Malaysia ke Mesir dalam masa terdekat ini. Tidak cukup dengan itu, kita juga berikan duit poket sebanyak RM500 setiap seorang", katanya. "Yayasan Pahang juga telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk memberi saguhati bantuan pendidikan kepada mana-mana anak Pahang yang berjaya mendapat tawaran ke pusat pengajian tinggi. Kita tidak bezakan fahaman politik, semua dapat RM500 dengan syarat membawa surat tawaran mereka. Tapi biasanya orang PAS yang paling awal memohon", sinis Adnan sambil diikuti dengan gelak ketawa orang ramai.
Dalam pada itu, Adnan turut menegaskan kehadiran beliau ke situ bukanlah untuk berkempen, tapi menolong rakyat. "Pembangkang akan kata kita berkempen, tapi rugilah kita jika tidak berkempen sedangkan mereka boleh. Mereka tuduh kita guna jentera kerajaan, takkanlah saya nak balik jalan kaki selepas berada disini. Sebagai kerajaan memerintah, sudah pastilah kita guna semua itu. Mereka juga begitu bila berkuasa. Bab-bab duit tak payah cakaplah. Orang PAS juga terlibat. Kita tidak benarkan puncak bukit di tarah dekat Cameron Highlands, tapi tengok apa yang berlaku di Lojing semasa PAS memerintah Kelantan", tambah beliau lagi. Berkaitan biasiswa pula katanya tidak ada mana-mana kerajaan negeri yang memberikan biasiswa kepada pelajar sekolah rendah. "Kita beri biasiswa sekolah rendah untuk bantu rakyat. Itu pun mereka tuduh berbagai-bagai kepada kerajaan. Jika kerajaan tak ada duit (bankrap), macam mana kita boleh bagi biasiswa jutaan ringgit kepada para pelajar", katanya. Banyak lagi teguran dan kritikan yang dibuat kepada parti pembangkang menjelangnya pilihan raya kecil DUN Kerdau kali ini.

[Apa yang jelas dapat dilihat Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob benar-benar kecewa dengan tindakan pembangkang banyak membongkarkan isu kononnya kerajaan bankrap. Beliau nampak kecewa kerana isu "Bajet defisit" terus dijaja oleh pemimpin pembangkang, kononnya membuktikan beliau gagal menjalakan tanggungjawab untuk membangunkan ekonomi negeri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada MB terdahulu. Apa yang jelas, program yang diadakan semalam telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir, termasuk dari kalangan ahili PAS itu sendiri sebenarnya. Ceramah beliau yang agak bersahaja dan santai itu telah mendapat perhatian daripada sebahagian besar hadirin yang hadir. Turut mendengar ceramah Adnan petang semalam ialah calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau kali ini iaitu Hasanuddin Salim sebenarnya. Jika dilihat kepada senario semasa, nyata PAS perlu bekerja keras di kawasan Felda jika bercita-cita untuk menakluki DUN Kerdau 6 Mac ini].

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar