felda chuping - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chuping - Google Blog Search |
Ladang Tebu <b>Chuping</b> Perlis Posted: 12 Nov 2010 04:19 AM PST Posted in Ladang Tebu Chuping Perlis Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor berkata Felda membuat keputusan menukar tanaman tebu kepada getah di kawasan seluas 7,000 hektar kerana tanaman itu lebih menguntungkan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan 447 peserta Felda Chuping. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan cek RM50,000 sumbangan Felda kepada Tabung Mangsa Banjir Perlis kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di pejabat Menteri Besar di sini Khamis. Turut hadir Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab. Felda yang sebelum ini mempunyai kawasan ladang seluas 7,000 hektar kini memiliki hampir 13,000 hektar di Chuping berikutan pengambilalihan ladang tebu milik PPB Group Bhd seluas 5,700 hektar oleh Felda Global Ventures Perlis Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Felda. Mohd Yusof berkata Felda telah membuat keputusan semua 7,000 hektar kawasan ladang tebu milik asalnya akan ditanam dengan getah secara berperingkat-peringkat yang bermula sejak tahun 2007 kerana harga getah lebih baik berbanding tebu. Beliau berkata pada masa ini Felda akan mengekalkan tanaman tebu di ladang yang baru dibelinya namun keputusan sama ada ia juga bakal ditukar kepada tanaman getah bergantung kepada kajian kesesuaian tanahnya. Mohd Yusof memberi jaminan Kilang Gula Felda Chuping yang memproses tebu dan membekalkan 70 peratus gula keperluan negara akan kekal beroperasi dalam ladang berkenaan. Md Isa pula berkata sumbangan Felda kepada tabung itu jelas membuktikan bahawa dakwaan pihak tertentu kononnya Felda telah muflis adalah tidak benar |
You are subscribed to email updates from felda chuping - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |