{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit goh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit goh - Google Blog Search


<b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Mar 2011 09:37 PM PDT

Kuantan, 1 Ogos – Program sulung Biro i-Medik ISMA bersama masyarakat felda yang dinamakan 'Karnival Khidmat Masyarakat' dengan tema: 'Bersama Prihatin Masyarakat Felda' telah diadakan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang pada 30 Julai hingga 1 Ogos yang lalu.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai lebih dari 160 orang peserta dan tetamu yang datang daripada universiti-universiti dalam dan luar negara telah terlibat dengan majoritinya adalah pelajar perubatan. Royal Perak Medical College dari Ipoh, Perak telah menghantar kumpulan pelajar teramai iaitu seramai 54 peserta termasuk 2 pelajar berbangsa Cina. Ini diikuti dengan pelajar-pelajar dari Universit Islam Antarabangsa, Mesir, Jordan, Korea, Eropah dan lain-lain negara.

Program ini menampakkan kerjasama erat antara ahli ISMA dan kepimpinan penduduk di Felda Bukit Kuantan. Ianya telah terlaksana dengan kerjasama Sekretariat Luar Negara ISMA (SEKTAR), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung dan Jawatankuasa Masjid Felda Bukit Kuantan, Pahang. Juga mengambil bahagian ialah Bank Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Klinik Pendengaran UIAM, Jabatan Optometri UIAM dan Klinik Kesihatan Bukit Goh.

Majlis Perasmian Program telah dirasmikan oleh Nizam Ramli dari Pejabat  Besar Felda Wilayah Kuantan yang telah mewakili Pengurus Besar. Belau amat mengalu-alukan program sebegini dan mengucapkan tahniah kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama yang baik. Menurut beliau, program kemasyarakat di Felda perlu diteruskan pada masa hadapan.

Program ini meliputi aktiviti-aktiviti seperti anak angkat, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, derma darah, klinik pendengaran, ceramah kesihatan, pertandingan-pertandingan seperti memasak untuk wanita, mewarna untuk kanak-kanak dan Explorace untuk remaja setempat. Sukaneka dan riadhah juga telah diadakan untuk kanak-kanak di Bukit Kuantan dan para belia setempat.

Antara aktiviti yang memberi impak dalam merapatkan hubungan ahli  ISMA dengan masyarakat adalah program anak angkat. Rata-rata penduduk Felda berpuas hati dengan para peserta sehingga ada yang sanggup menerima lebih dari 4 anak angkat. Seramai 138 pelajar telah menjadi anak angkat yang melibatkan 48 keluarga.

Isu Palestin juga diketengahkan menerusi slot 'Air Mata Palestin'. Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin dari Aman Palestin telah memberi ceramah menerangkan isu-isu terkini Palestin yang turut diselitkan dengan tayangan multimedia.

Program diakhiri pada hari Ahad, 1 Ogos dengan program gotong-royong dan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh En Nordin Harun selaku Pengurus Felda Bukit Kuantan.

Sumber: Laman i-Medik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2011 09:18 PM PDT

Seorang peneroka membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang.

Mohd Fauzi Abdul Hamid, 37, dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantan membuat laporan berkenaan di balai polis Temerloh bagi memohon siasatan segera berkaitan wang SES dan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kerana terdapat unsur penipuan.

Fauzi menjelaskan, Bantuan Tanam Semula Risda adalah kutipan daripada wang SES yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan getah sebanyak 15 sen per kiligram kering yang mana 5 sen untuk kerajaan dan 19 sen untuk peneroka.

Janji pemberian wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau di Jengka 23 Ahad lalu.

Ahmad Maslan pula menjelaskan, pembayaran akan dibuat pada 7 Mac, iaitu sehari selepas hari pengundian PRK Kerdau. Namun peneroka dikenakan dengan tiga opsyen iaitu jika menerima bayaran penuh RM13,000, hendaklah membayar kembali RM650 sebulan selama 20 tahun.

Opsyen kedua ialah jika peneroka menerima RM6,500 perlu membayar kembali RM550 selama 20 tahun. Manakala opsyen ketiga jika tidak mahu menerima apa-apa bayaran, peneroka perlu membayar kembali RM400 sebulan selama 20 tahun.

"Jika peneroka menerima mana-mana opsyen sekalipun, ia akan memebri bebanan yang melampau. Kenapa peneroka tidak difahamkan risiko semua opsyen kerana ia melibatkan hutang yang perlu dipotong setiap bulan?

"Kenapa pula pembayaran dibuat pada hari Isnin & Mac, tidak sebelum hari pengundian pada 6 Mac? Lagi pun, kenapa hanya peneroka di Jengka 22, 23 dan 25 sahaja yang dapat wang SES sedangkan peneroka tempat lain dinafikan hak nya?," soal Fauzi.

Selain wang SES, peneroka juga dijanjikan dengan wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membnatu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

"Kenapa wang SES dan SITS itu tidak dibayar lebih awal sebelum kempen PRK sebab itu telah lama. Tidakkah itu berbentuk sogokan dan rasuah kepada peneroka untuk mengundi BN?," soal Fauzi.

~harakah~

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat