felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
700 orang peneroka <b>Felda Jengka</b> mahu fail saman terhadap Felda Posted: 04 Apr 2011 05:14 PM PDT Seramai 700 orang peneroka daripada beberapa buah rancangan di Felda Jengka telah mendaftar diri untuk menyaman Felda berhubung isu perahan KPG yang mereka dakwa telah dimanipulasi oleh Felda. Selama lebih 15 tahun mereka hanya menerima peratusan KPG dibawah 19% sedangkan buah sawit yang dihantar ke Makmal mencatatkan peratusan perahan KPG melebihi 26%. Peneroka-peneroka yang menghantarkan buah sawit mereka di Kilang Felda Jengka 8 selama 15 tahun lebih hanya memperolehi sekitar 17% peratus sahaja. Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, apabila peneroka-peneroka tersebut berura-ura untuk menyaman Felda, dengan tiba-tiba menaikkan peratusan perahan KPG kepada sekitar 20-21%. Ini menunjukkan bahawa Felda dengan sedarnya telah menipu peneroka-peneroka Felda dengan memberikan peratusan perahan yang rendah dan dengan kesedaran untuk mengelakkan diri daripada disaman oleh peneroka-peneroka telah menaikkan perahan kepada 20%. Walaupun peneroka-peneroka mengalu-alukan kenaikan peratusan perahan itu, namun mereka tetap mahu meneruskan saman mereka terhadap Felda kerana Felda enggan berunding untuk membayar gantirugi/pampasan terhadap kerugian mereka sejak lebih 15 tahun yang lampau. Secara purata, setiap peneroka kerugian RM500.00 setiap bulan hasil dari manipulasi perahan oleh Felda, dan dalam masa 15 tahun yang lampau setiap peneroka telah kerugian sebanyak lebihkurang RM75,000.00 dan jumlah ini adalah besar untuk hilang begitu sahaja. Dari hari ke hari semakin ramai peneroka-peneroka tampil untuk mendaftarkan diri bagi sama-sama memfailkan saman terhadap Felda. Justeru itu, keputusan oleh Jawatankuasa Bertindak telah diambil bahawa mereka yang mahu turut serta menyaman Felda hendaklah mendaftar diri 10 hari dari tarikh hari ini, dan untuk itu, satu Majlis Penerangan yang akan disampaikan oleh Peguam R. Sivarasa, Peguam T. Kumar dan Peguam Haji Suhaimi Said akan diadakan di Felda Jengka 25 pada hari ini, 5hb April 2011 jam 3.00 petang. Peneroka-peneroka yang masih berhajat untuk bersama-sama didalam tindakan ini dinasihatkan untuk hadir ke Majlis tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah | BLOG - BLOG PARTI PKR Posted: 04 Apr 2011 11:08 PM PDT Dari kanan: Ramli Idup, Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau, Hj Shafei, Bendahari PKR Cabang Jerantut, Yusri Ahon, Ketua Ranting PKR Sg Mai merangkap Naib Ketua PKR Cabang Jerantut, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal PKR Pusat, Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut dan Baharudin, AJK PKR Cabang Jerantut. Sebahagian daripada anggota-anggota yang hadir Bertempat di Balai Adat, Perkampongan Orang Asal Sg Mai, Jerantut, sebuah Ranting baru Parti Keadilan Rakyat telah ditubuhkan pada jam 4.00 petang, 4hb April 2011 dan dirasmikan oleh Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat. Seramai hampir 100 orang anggota PKR Kg Sg Mai telah menghadiri Majlis Perasmian Ranting baru itu yang telah memilih Jawatankuasa Rantingnya. Anggota-anggota berikut telah terpilih mengetuai Ranting Sg Mai seperti berikut: Pengerusi Tetap : Saiful a/l Baharin Ketua : Yusri bin Ahon Naib Ketua : Saharudin a/l Atil Ketua Wanita : Nita a/p Wok Ketua AMK : Jef a/l Yangman Ketua Penerangan : Wahab bin Yim Bendahari : Mohamad bin Musa Jawatankuasa : Rahman a/l Uda : Rapi a/l Woh : Serani a/l Se : Atta a/p Woh : Maria a/p Wek : Ali bin Mem : Man bin Te : Yangman bin Kuhil : Kasnin a/l Lat : Mat a/l Wek : Rosli a/l Wek : Awang bin Nong : Mira bt Ahon : Sidek a/p Mado : Rafiah a/p Se Setiausaha Ranting akan dilantik oleh Ketua Yusri Ahon, didalam mesyuarat Jawatankuasa pertama Ranting tersebut. Didalam ucapan Sdr Rosli Ahmad, Pemangku Ketua Cabang, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan sebagai orang baru didalam parti, beliau akan sentiasa mendampingi anggota-anggota dan bertukar fikiran agar sentiasa berada dilandasan perjuangan yang betul. Haji Suhaimi Said didalam ucapan perasmian ranting tersebut mengingatkan anggota-anggota supaya tidak terpesona dengan UMNO kerana parti itu adalah Parti Melayu dan Orang Asal tidak perlu menumpang parti perkauman Melayu itu. Parti Keadilan Rakyat adalah satu-satunya parti yang dianggotai oleh masyarakat berbilang kaum. Beliau juga mempertahankan perjuangan Orang Asal agar mereka diberikan geran tanah keatas tanah perkampongan mereka dan disamping itu tanah adat dan tanah rayau mereka digezetkan dan diwartakan untuk perlindungan dibawah undang-undang agar tidak diceroboh oleh pihak-pihak lain. Haji Suhaimi melahirkan kekesalan beliau kerana Tanah Rezab Orang Asal yang digezetkan semasa pemerintahan Penjajah Inggeris dahulu telah dikeluarkan daripada Rezab Orang Asal, dan tanah-tanah mereka yang telah dibatalkan Rezab itu tiba-tiba digezetkan sebagai Rezab Perhilitan, dan orang Asal yang pergi mencari rezeki di kawasan tersebut ditangkap dan didakwa di Mahkamah kerana kononya menceroboh kawasan Rezab Perhilitan. Tanah-tanah Adat dan Rayau Orang Asal telah diceroboh oleh pihak-pihak lain, kawasan perbalakan telah diluluskan keatas tanah-tanah mereka itu, dan tanah-tanah itu juga kini telah diluluskan kepada pihak-pihak tertentu. Perjuangan mempertahankan tanah Adat dan Rayau Orang Asal menjadi agenda perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan PKR juga menyokong tindakan Orang Asal berhubung dengan Ladang Rakyat kawasan Gua Musang di Kelantan, dan memohon jasabaik Kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan segera tuntutan Orang Asal di Kelantan. Di akhir ucapan, Haji Suhaimi berterima kasih kepada penduduk Orang Asal Kg Sg Mai kerana akan menghantarkan satu kontijen yang besar untuk menghadiri Himpunan Orang Asal yang akan diadakan di Kg Penderas, Kuala Krau pada 9hb April 2011. Dengan laungan Reformasi, Haji Suhaimi Said merasmikan penubuhan Ranting PKR Kg Sg Mai, Jerantut. (Turut hadir didalam Majlis itu adalah Kamarudin Hassan, Ketua Penerangan PKR Cabang Jerantut, Sdr Baharudin AJK PKR Cabang Jerantut, Sdr Ramli Idup, Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Hj Shafei, Bendahari PKR Cabang Jerantut, Hjh Hendon Jaafar, Bendahari PKR Cabang Kuala Krau dan Anita Karim, Setiausaha Wanita PKR Cabang Kuala Krau). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |