{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Pemotoran


Corolla Altis baharu lebih mengancam

Posted:

Corolla Altis baharu lebih mengancam

Corolla Altis baharu lebih mengancam

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

TOYOTA Corolla mula diperkenalkan pada tahun 1966 di Jepun dalam kategori subkompak melalui model E10. Pada tahun 1974 generasi kedua model itu mula mendapat kepercayaan selepas diiktiraf sebagai model terlaris dunia.

Sebanyak 40 juta model ini telah dijual di lebih 150 buah negara sejak diperkenalkan. Di Malaysia, jenama Toyota diperkenalkan oleh UMW Toyota pada tahun 1968.

Sejak diperkenalkan, model Corolla mendapat sambutan yang menggalakkan malah model E20 masih digunakan sehingga kini.

Beberapa tahun kebelakangan, model E70 iaitu generasi keempat yang diperkenalkan pada tahun 1979 kembali popular dalam kalangan pelumba drift.

Model Corolla DX atau GL itu dicari untuk dijadikan sebagai kereta drift kerana model ini menggunakan pacuan roda belakang sebagai penggerak.

Baru-baru ini UMW Toyota telah melancarkan generasi ke-11 Corolla Altis di One World Hotel dengan menawarkan tiga varian kepada pembeli.

Tiga varian itu ialah 2.0V sebagai varian tertinggi, 2.0G (sederhana) dan 1.8 E (standard). Antara ciri-ciri yang diutamakan oleh Toyota seperti kuasa, kebolehpercayaan, kualiti, keselamatan dan nilai yang sangat baik.


RUANG dalaman mengaplikasi tona warna gelap sebagai satu langkah menyerlahkan ciri-ciri sporty jentera sedan Corolla Altis.


Toyota Corolla Altis terbaharu ini merupakan model yang direka semula dengan standard kecemerlangan automatif dalam kelas kereta itu.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, Toyota Corolla Altis mula diperkenalkan di pasaran negara ini sejak tahun 2001 dan sehingga hujung tahun lalu pihaknya berjaya menjual sebanyak 63,798 unit model berkenaan.

"Jumlah jualan itu juga boleh menjadi bukti tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota. Pelancaran model ini menunjukkan evolusi terbaharu yang telah diberikan penambahbaikan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Sebelum dilancarkan, model ini telah menerima 1,000 unit tempahan sejak dipromosikan pada tahun lalu. Kami juga menyasarkan jualan Toyota Corolla Altis sebanyak 9,000 unit untuk tahun ini.

Pandu Uji

Pihak UMW Toyota telah mempelawa wakil-wakil media untuk memandu uji varian tertinggi Corolla Altis 2.0V lima hari sebelum dilancarkan.

Pandu uji yang dilakukan dari Shah Alam ke Mantin dan pulang semula ke Shah Alam memberi peluang kepada penulis untuk merasai pengalaman memandu model global yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia Corolla.

Penulis berkongsi kereta dengan dua wakil media permotoran lain. Sebagai pemandu pertama, penulis memulakan perjalanan lebih kurang 60 kilometer itu. Model ini menggunakan sistem penghidup tanpa kunci. Tempat duduk pemandu juga boleh dilaras menggunakan elektrik.

Ketika perjalanan di lebuh raya, enjin 2.0 liter dengan Dual VVT-i itu rasa begitu lancar tanpa rasa kehilangan kuasa walaupun ketika melakukan pecutan dalam keadaan mengejut.


KETIGA-tiga varian baharu Corolla Altis menggunakan sistem transmisi automatik tujuh kelajuan dengan CVT.


Kotak gear CVT dengan tujuh kelajuan juga memberikan satu kesinambungan yang baik kepada enjinnya kerana transmisi ini tidak memberikan kesan sengguk yang menjengkelkan.

Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) memberikan Toyota Corolla Altis kelebihan melalui laluan berselekoh dengan yakin. Antara ciri-ciri keselamatan lain yang ada pada kereta ini seperti TC, ABS, EBD dan BA.

Selain itu, Corolla Altis ini juga menggunakan Auto Electro Chromic Mirror untuk mengurangkan silau ketika memandu pada waktu malam.

Varian 2.0V ini menggunakan rim bersaiz 17 dengan tayar 215/45 jenama Michelin Pilot Sports 3. Toyota Corolla Altis ini ditawarkan dengan lima pilihan warna - kelabu, perak, putih, hitam dan coklat.

Alza baharu lebih menawan

Posted:

Alza baharu lebih menawan

Alza baharu lebih menawan

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


BAHAGIAN hadapan Perodua Alza turut diberi pembaharuan minimum khususnya pada bahagian bampar, gril krom dan sport rim.


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) tidak pernah mengecewakan para pelanggannya malah peneraju automatif tempatan itu sentiasa mengujakan pasaran dengan sesuatu yang baru.

Bertempat di pusat membeli belah One Utama, Petaling Jaya baru-baru ini, Perodua melancarkan model dipertingkat Alza dengan menyaksikan penjimatan sehingga 7.4 peratus berbanding model terdahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh menjelaskan, pihaknya berjaya mengurangkan harga model terbaru Alza itu melalui pengurangan kos secara berterusan sejak 2012.

"Pengurangan kos secara efektif pada rangkaian bekalan bermula daripada vendor, pembuatan, perkhidmatan, pusat jualan dan pengilangan.


RUANG dalaman nampak lebih segar berbanding model sebelum ini.


"Penurunan harga ini membuktikan kami komited bagi membantu para pelanggan untuk memiliki kenderaan pada harga mampu milik khususnya MPV," katanya.

Di sebalik penjimatan tersebut, para pengkritik automatif mendakwa Alza kali ini lebih baik terutama terhadap ciri-ciri luaran yang lebih sporty.

Model Alza dipertingkat lebih segar dengan rekaan baharu bampar hadapan dan belakang, rim sports rekaan baharu serta gril krom. Alza kali ini tidak perlu disolek sementelah ia telah sarat dengan pelbagai aksesori terkini.

Selain itu, Alza baharu itu turut direka dengan pelbagai ciri yang ditambah baik daripada segi keselamatan, sistem audio visual, hiasan dalaman menarik.

Perodua Alza baharu ini terdapat dalam tiga varian iaitu standard berharga RM52,400, edisi khas (RM56,400) dan versi advance (RM64,000).

Edisi khas dan versi advance didatangkan sekali dengan kit aksesori. Versi advance pula dilengkapi aksesori eksklusif seperti kamera undur dan paparan LCD.


SKRIN paparan tengah untuk penumpang di belakang turut dimuatkan sebagai ciri-ciri standard versi advance.


Perodua Alza yang ditawarkan dengan lima warna - perak, ungu, hitam, putih dan merah sudah menerima tempahan sejak 20 Disember lalu.

Jelas Aminar Rashid, tempahan model Alza baharu ini sudah mencecah 5,000 unit.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009 sebanyak 167,000 unit Alza telah berjaya dijual.

Ahli TVT Central lawat Johor Bahru

Posted:

Ahli TVT Central lawat Johor Bahru

Ahli TVT Central lawat Johor Bahru

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


WAKIL TVT Central dan Southern bergambar kenangan di tempat letak kereta Puteri Harbour, Nusajaya.


KELAB Pemilik Toyota Vios Tuners Malaysia (TVT) dari kawasan Tengah baru-baru ini telah mengadakan satu lawatan ke Johor Bahru.

Lawatan selama dua hari satu malam itu diuruskan oleh wakil kelab kawasan selatan. Ketibaan konvoi 20 buah Toyota Vios dari tengah disambut oleh marsyal selatan selepas Plaza Tol Kempas.

Menurut Ketua TVT Southern, Wan Nazriey Shah Wan Mohtar, pihaknya menetapkan beberapa aktiviti sepanjang dua hari ahli-ahli dari tengah ke Johor Bahru.

Katanya, dia dan beberapa kru dari selatan telah membuat persiapan itu sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan lawatan berkenaan.

"Antara aktiviti yang dijalankan seperti melawat Legoland, Hellokitty, Johor Factory Outlet, makan buah di dusun di Ulu Choh dan TT bersama ahli-ahli TVT Southern.

"Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan kerana aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan bersama ahli-ahli kami yang mencecah 1,600 orang," katanya.

Tambahnya, dalam lawatan itu juga dia dapat berkenalan lebih rapat dengan ahli-ahli dari kawasan tengah yang mempunyai minat yang sama.

Wakil TVT Central, Mohamad Adham Adenan berkata, sebagai wakil dari kawasan tengah dia melihat program seperti ini dapat memberi lebih ruang untuk berinteraksi sesama ahli di kawasan yang berbeza.


PERGERAKAN secara konvoi banyak mengajar setiap ahli berkenaan disiplin-disiplin di jalan raya di samping untuk melihat konvoi dalam keadan teratur.


"Sebelum ini kami hanya kenal melalui laman sosial sahaja untuk bertanyakan masalah berkaitan kereta. Tetapi bila dapat berjumpa kami terus jadi kawan rapat.

"Program seperti ini kami akan teruskan lagi dan mungkin akan melawat ahli-ahli dikawasan di negeri lain pula selepas ini," ujarnya kepada Garaj.

Seorang wakil ahli dari Johor Bahru, Mohd. Noor Firdaus Md. Noh berkata, dia rasa teruja untuk menyambut kehadiran rakan-rakan dari kawasan lain.

"Dalam kelab selain daripada berkongsi minat yang sama kita juga dapat menambah kenalan dan dapat memberi idea dan ilham yang berbeza untuk kereta masing-masing.

"Walaupun bukan disertai oleh semua ahli dalam kelab, lawatan seperti ini tetap memberi makna kepada kami kerana dapat untuk berkenalan antara satu sama lain," jelasnya.

TVT merupakan sebuah kelab yang menghimpunkan pemilik-pemilik Toyota Vios dari generasi pertama hingga generasi ketiga di seluruh negara.

Empat kawasan dalam TVT terbahagi kepada Eastern (Pahang, Terenganu, Kelantan), Southern (Johor, Melaka), Northern (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) dan Central (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan).

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat