{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Kopi Liberica ditanam secara meluas

Posted:

Kopi Liberica ditanam secara meluas

Kopi Liberica ditanam secara meluas

SETIAP hari ketika azan Subuh berkumandang, seorang remaja berusia awal 20-an terkejut daripada lena. Kemudian, dia mempersiapkan diri sebelum mengayuh sebuah basikal tua mengelilingi seluruh kampung di Kanchong Darat, Banting di Selangor.

Rutin harian yang bermula kira-kira pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari itu dilakukan sebanyak tiga hingga empat kali untuk mengutip buah kopi yang dikumpulkan daripada penduduk kampung.

Sambil sesekali matanya melilau dan hilai tawanya memecah kesunyian kediaman yang berusia hampir 100 tahun itu, Tan Chin Siong, 76, menceritakan semula memori dirinya ketika bergelar pengutip kopi era 1950-an.

Pekerjaan warisan keluarga daripada bapanya yang berasal dari China itu diturunkan kepada Chin Siong sebelum diwarisi anak lelakinya, Meng Soo, 43.

Chin Siong berkata, pada tahun 1950-an hingga 1980-an, daerah itu dipenuhi ladang kopi kerana rata-rata penduduk tempatan menanam kopi bagi menampung kehidupan keluarga.

Pada ketika itu, Chin Siong mempunyai lima hingga lapan hektar ladang kopi terutama jenis kopi Liberica yang ditanam di kawasan tanah lapang di sekitar kediamannya.

"Ketika saya masih muda, pokok kopi sangat banyak. Semua orang kampung menanam pokok kopi sebab mudah dijaga. Setiap hari, saya mengutip buah kopi di rumah-rumah penduduk kampung," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


PROSES pembungkusan adalah peringkat terakhir pembuatan kopi di Kilang Kopi FAMA.


Teknik tradisional

Selepas hampir separuh abad menghasilkan beras kopi melalui teknik tradisional, kini perusahaan tersebut seumpama di hujung tanduk.

Ini kerana, kawasan tanaman pokok kopi miliknya hanya tinggal sekangkang kera iaitu 0.8 hektar.

Sekitar pukul 1 tengah hari ketika matahari terik memancar, anak bongsu Chin Siong iaitu Tan Meng Soo khusyuk mengasingkan buah kopi yang sedang dikeringkan di batas beralun di belakang rumahnya.

Meng Soo kini mengulang semula rutin harian bapanya kira-kira 50 tahun lalu, namun dia bernasib baik kerana tidak perlu lagi mengelilingi kampung setiap pagi.

Sebaliknya, dia hanya menunggu panggilan telefon daripada penduduk tempatan yang masih menanam kopi di kediaman masing-masing sebelum mengutip hasil buah kopi.

Meng Soo turut membiasakan diri dengan rutin mengeringkan buah kopi untuk ditukar kepada beras kopi sejak umurnya 20 tahun.

"Jika dahulu, bapa saya menaiki basikal mengelilingi kampung kerana tidak cukup duit untuk membeli motosikal. Sekarang lebih mudah kerana saya mengutip buah kopi menggunakan motosikal," jelasnya.

Berbicara mengenai buah kopi yang dikumpul itu, dia berkata, buah itu akan diproses menggunakan mesin khas yang mempunyai bahagian kipas, pecah angin dan tapisan.

Jika dahulu, setiap beras kopi itu dihantar kepada pengilang terutama di Taiping, namun kini, Kilang Kopi Banting di bawah pengurusan Pembangunan Industri Asas Tani (Kopi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menghantar buah kopi di kediamannya untuk diproses kepada beras kopi.

"Setiap kali menerima 10 hingga 20 kilogram (kg) buah kopi daripada kilang FAMA, perkara asas yang dilakukan ialah mengasingkan buah kopi yang baik sebelum setiap buah berkenaan dikeringkan.

"Proses pengeringan sangat mudah iaitu sekadar meratakan semua buah kopi berkenaan di atas simen yang dibuat seperti batas di bawah matahari yang terik.

"Semua buah kopi dibiarkan selama enam hingga tujuh hari sehingga kering sebelum dimasukkan ke dalam mesin pecah angin yang bertujuan mengasingkan beras kopi," tuturnya.


BUAH kopi yang ranum boleh dipetik dalam dua tempoh berbeza iaitu dari bulan Mac hingga Jun dan September hingga Disember.


Selain bergantung kepada FAMA, dia turut memetik buah kopi daripada pokok yang ditanam sendiri di hadapan kawasan pagar rumahnya.

Jelasnya, buah kopi yang berkualiti berwarna merah dan sedikit kekuningan tdan berbau harum.

Katanya lagi, musim paling tepat untuk memetik buah kopi ialah pada bulan Mac hingga Jun diikuti September hingga Disember.

Bagaimanapun, sejak empat tahun lalu, musim buah kopi ranum berubah tidak seperti 50 tahun lalu.

Menyorot sejarah kilang kopi milik FAMA di Jalan Pulai Kanchong Darat, Banting di Selangor, Fama Corporation (Famaco) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 22 Januari 1974 oleh Datuk Seri Harun Idris yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor.

Asalnya kilang tersebut sekadar berfungsi sebagai pusat pengumpulan kopi penduduk sekitar sebelum beralih kepada kilang membuat kopi pada 1980-an dengan jenama kopi Anggerek.

Difahamkan pada ketika itu Banting memegang gelaran pengeluar tanaman kopi Liberica terbesar di Malaysia dengan keluasan tanaman kopi 6,800 hektar.

Pembuatan kopi

Penyelaras Pengeluarannya, Ishak Ahmad Sadali berkata, proses pembuatan kopi sehingga menjadi serbuk melibatkan beberapa peringkat sehingga dibungkus menjadi produk kopi campuran.

"Kandungan serbuk kopi diadun bersama bahan-bahan seperti gandum, gula, marjerin, garam termasuk soya bertujuan menambah perisa terhadap keaslian kopi sedia ada.

"Proses pertama ialah memanggang biji kopi di dalam ketuhar khas kira-kira 20 minit pada suhu sehingga 200 darjah Celsius.

"Adunan akan dikacau secara berterusan dalam kuali pembakar selama 20 minit sehingga sebati. Kemudian adunan akan dituang ke dalam dulang besar untuk melalui proses penyejukan dan pengeringan selama 15 minit," jelasnya.

Ishak menambah, setelah sejuk, adunan membentuk ketulan-ketulan besar dan keras. Oleh itu semua adunan dimasukkan ke dalam mesin pecah untuk menghasilkan serbuk kasar sebelum dikisar menjadi serbuk halus dan dibungkus.


PROSES penyejukan beras kopi mengambil masa kira-kira 20 minit.


Ujarnya, jenis biji kopi yang digunakan ialah Liberica dan Robusta. Bagi pasaran tempatan, kopi jenama Anggerek mempunyai peminatnya yang tersendiri.

"Asas kepada rahsia dan kandungan setiap kopi pracampur tiga dalam satu dan kopi campuran yang dihasilkan kilang ini bergantung kepada pembuatan serta adunan kopi Anggerek," jelasnya.

Ishak menambah, kelebihan beras kopi Liberica terletak pada aromanya yang berbau wangi.

Malah, kebanyakan produk kopi keluaran FAMA menggunakan kira-kira 10 peratus beras kopi Liberica manakala selebihnya adalah kopi jenis Robusta.

"Keadaan tanah di daerah ini amat sesuai ditanam buah kopi Liberica. Selain faktor iklim, pokok berkenaan sesuai ditanam di kawasan tanah rendah," katanya.

Menurutnya, warna beras kopi Liberica kekuningan dan keemasan sudah cukup melambangkan betapa enaknya kopi itu sekiranya diadun sebagai minuman.

Antara kopi pracampur tiga dalam satu yang dihasilkan ialah kopi pracampur habbatus sauda, kopi pracampur dengan ginseng dan kopi pracampur dengan gano serta tongkat ali.

Rex ikon budaya Ghana

Posted:

Rex ikon budaya Ghana

Rex ikon budaya Ghana

PANGGUNG wayang Rex dibina pada abad ke-20 oleh pendatang dari Lebanon.


REX merupakan sebuah panggung wayang yang pernah menjadi tumpuan peminat filem di Ghana, namun sama seperti panggung lain di negara itu, ia tidak lagi menayangkan filem.

Bangunan itu kini ditinggalkan, kecuali pada hari Ahad apabila sekumpulan penganut agama Kristian hadir untuk acara keagamaan setiap minggu.

Rex merupakan sebahagian daripada tinggalan budaya menonton filem yang semakin terhakis di Ghana, negara sub-sahara pertama yang mencapai kemerdekaan, memposisikannya sebagai hab industri perfileman pada era pasca kolonial, menurut pakar.

Pembikin filem berketurunan Ghana-Amerika, Akosuo Adoma Owusu, 29, melancarkan usaha untuk menyelamatkan panggung tersebut dan melawan arus trend semasa.

Kempen Selamatkan Mercu Tanda Tempat Anda merupakan satu kelaziman di Eropah, namun ia sukar dilihat di negara-negara membangun seperti Ghana.

Bagi Owusu, motivasi di sebalik kempen Persetankan Manusia, Selamatkan Rex itu adalah sedikit peribadi setelah membina reputasi di luar negara sebagai pembikin filem pendek, wanita itu menyedari dia tidak mempunyai lokasi untuk menayangkan filemnya di tanah kelahiran sendiri.

Menyewa dewan

"Sama ada pertunjukan, tayangan filem pendek atau apa sahaja, anda perlu membayar wang untuk mendapatkan lokasi bagi mempersembahkan hasil kerja anda," jelas Owusu.

Pemenang anugerah filem pendek terbaik pada African Movie Academy Awards 2013 yang hasil kerjanya ditambah ke dalam koleksi tetap di Whitney Museum, New York itu berjaya mengumpul sejumlah $9,000 (RM29,500) menerusi talian, cukup untuk menyewa dewan tayangan itu selama semalam dan memperlihatkan hasil kerja terbaharunya.

Wanita itu bagaimanapun mempunyai perancangan yang lebih besar dan ingin mengubah Rex kepada pusat artistik yang tetap.

Sekiranya misi untuk menyelamatkan Rex berjaya dan struktur yang dibina pada awal abad ke-20 oleh pendatang Lebanon itu menjadi pusat tayangan filem kekal, ia akan menggandakan jumlah panggung yang beroperasi di ibu negara Ghana.

Buat masa ini, satu-satunya panggung yang beroperasi ialah sinepleks stail-Amerika dalam sebuah pusat beli- belah mewah.

Lebih banyak pusat seperti itu sedang dirancang bagi memenuhi permintaan pelanggan kelas konsumer yang semakin bertumbuh, Ghana merupakan salah satu ekonomi paling pantas berkembang, dipacu eksport emas dan koko selain industri minyak luar pesisir yang mula bercambah.


OWUSU melancarkan usaha untuk menyelamatkan panggung Rex.


Pakar turut menyuarakan kekecewaan pada situasi budaya perfileman semasa di negara sebelah barat Afrika itu, memandangkan pada suatu ketika dahulu ketua negara Ghana sendiri bertindak menyelia industri perfileman.

Selepas merdeka pada tahun 1957, ketika Kwame Nkrumah menjadi presiden, "Ghana merupakan hab pembikinan filem di Afrika," jelas Anita Afonu, seorang pengarah dan pakar dalam sejarah perfileman Ghana.

Nkrumah percaya beliau mampu membentuk persepsi yang baik mengenai negara baharu itu dengan pembikinan filem tempatan. Beliau membaca sendiri skrip dan melihat potongan filem sebelum ia ditayangkan, tambahnya.

Bekas presiden itu yang disingkirkan pihak tentera pada tahun 1966 telah menubuhkan Ghana Film Industry Corporation yang telah memberikan akses kepada artis berbakat untuk peralatan perfileman dan pengeditan.

"Kemampuannya mengubah pemikiran rakyat Ghana bahawa mereka mempunyai nilai yang sama seperti orang kulit putih dan kebolehan untuk mengajar mereka supaya melakukan untuk diri mereka sendiri adalah sangat sangat penting," kata Afonu.

Selepas rampasan kuasa, industri perfileman Ghana runtuh. Pemerintah tentera mengenakan arahan berkurung di ibu negara, menahan rakyat di dalam rumah, jauh dari panggung wayang.

Pawagam dijual

Hartanah perbadanan perfileman tersebut dijual kepada pelabur dari Malaysia, yang seterusnya menjual pawagam kepada pemilik swasta yang secara beransur-ansur menukarkannya kepada gereja.

Seperti di negara-negara lain, percambahan teknologi cakera video digital DVD turut memusnahkan pawagam bersejarah seperti Rex.

Namun kesan tersebut dilihat lebih parah di Ghana, yang dibanjiri produksi terus ke DVD dari Nollywood iaitu industri perfileman Nigeria yang mengeluarkan lebih daripada 1,000 judul setahun.

Mark Amoonaquah, pemilik Roxy di Accra, Ghana berkata, dia bertahan selama yang mampu untuk menayangkan filem kepada kira-kira sedozen penonton.

Akhirnya dia terpaksa menutup Roxy buat sementara kerana menurutnya, sama ada satu filem yang pelik atau benar-benar menarik dikeluarkan, warga Ghana sudah pun meninggalkan sepenuhnya budaya pergi ke panggung.

Filem Owusu pula tidak memiliki banyak persamaan budaya produksi perfileman Ghana yang banyak menggunakan teknik kamera yang bergoyang dan elemen jeritan.

Filem terbaharunya, Kwaku Ananse ialah sebuah filem semi-autobiografi yang diimaginasikan daripada cerita rakyat Ghana dan memenangi anugerah filem pendek terbaik di African Movie Academy tahun ini.

Tayangan sulung filem tersebut diadakan di sebuah institusi kebudayaan Perancis tempatan dan Owusu berharap tayangan sulung hasil kerjanya selepas ini dapat diadakan di Rex.

"Siapa tahu? Mungkin ia mampu mencetuskan trend untuk menghidupkan semula panggung-panggung wayang di seluruh negara yang telah lama ditinggalkan," katanya. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat