{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Rumah mampu milik di Sri Perani

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

Oleh FARIK SALLEH

Rasman Ithnain

utusanjohor@utusan.com.my

KOTA TINGGI 9 Jan. - Kerajaan negeri meluluskan permohonan membabitkan kawasan seluas kira-kira 9.2 hektar berhampiran Bandar Sri Perani, dekat sini bagi pembinaan rumah mampu milik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini.

Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar atas kelulusan tersebut yang sememangnya dinanti-nantikan masyarakat di kawasan berkenaan khususnya kepada golongan muda.

"Sekarang ini, saya telah dimaklumkan tentang perbincangan berkaitan perkara itu termasuk mengenal pasti pemaju berkelayakan bagi melaksanakannya tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, jumlah unit serta harga rumah mampu milik yang bakal dibina belum diputuskan lagi," katanya selepas membuat lawatan kerja dan merasmikan Kejohanan Futsal Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili di Bandar Sri Perani baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Cawangan Bandar Sri Perani, Safai Mohamad dan Pegawai Biro Tatanegara, Mohd. Faizam Mohd. Sabalas.

Rasman yakin penduduk khususnya golongan berpendapatan rendah pasti tidak akan melepaskan peluang membeli rumah mampu milik yang bakal dibina nanti.

Menurutnya, kerajaan negeri amat komited dalam membantu menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada masyarakat supaya mereka mempunyai kediaman sendiri.

"Kita harap harga rumah ini berpatutan dan mengikut kemampuan rakyat," katanya.

Johor rugi RM400 juta tahun lalu akibat kebakaran

Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST

JOHOR BAHRU 9 Jan. - Negeri ini mencatatkan peningkatan sekali ganda jumlah kerugian akibat kebakaran iaitu sebanyak RM400 juta pada 2013 berbanding hanya RM200 juta pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, peningkatan itu merupakan trend yang tidak baik dan seharusnya dielakkan.

"Sepanjang tahun lalu Johor mencatatkan jumlah kebakaran sebanyak 4,755 kes berbanding hanya 3,683 kes pada tahun sebelumnya dan perkara ini bukan suatu trend yang positif.

"Sekiranya setiap individu memainkan peranan mereka dan mematuhi peraturan keselamatan kebakaran yang sewajarnya, jumlah kerosakan akibat kebakaran dapat dikurangkan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan seminar tentang konsep keselamatan kebakaran dan langkah-langkah keselamatan yang diadakan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara punca utama yang mengakibatkan kebakaran adalah kecuaian individu selain kurangnya penyelenggaraan terhadap sistem keselamatan dan sikap tidak mengamalkan prosedur keselamatan kebakaran yang sepatutnya.

Pada masa yang sama, Wan Mohd. Nor turut mengingatkan golongan profesional seperti jurutera bangunan dan arkitek untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang undang-undang keselamatan kebakaran terkini.

Akibat tidak mengetahui undang-undang berikut katanya, sebanyak 50 peratus daripada permohonan pelan bangunan baharu terpaksa ditolak kerana tidak mematuhi peraturan keselamatan kebakaran yang diguna pakai di negara ini.

"Oleh itu, golongan tersebut perlu menghadiri seminar-seminar berkaitan bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan sebelum mereka sesebuah pelan bangunan baharu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat