{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


2014 lebih sihat

Posted: 08 Jan 2014 08:57 PM PST

Keputusan ujian saringan ini dapat membantu doktor mengesan tanda-tanda awal sebelum simptom penyakit bertambah ketara.

Ini penting kerana simptom kebanyakan daripada penyakit hanya mula menonjol di peringkat kritikal. Orang ramai disyorkan supaya menjalani ujian saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh sepatutnya mengandungi beberapa siri ujian yang dijalankan oleh pakar penjagaan kesihatan profesional.

Menurut Ketua Jabatan Pusat Saringan Kesihatan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Sim Sharon, pemeriksaan kesihatan biasa lazimnya merangkumi saringan tekanan darah, saringan diabetes, ujian fungsi paru-paru dan ujian Electrocardiogram (EKG).

Saringan tekanan darah

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memaksa jantung mengepam darah lebih kuat daripada biasa. Lama-kelamaan boleh mengakibatkan kerosakan pada saluran darah di seluruh tubuh manusia.

Sungguhpun badan manusia mampu menampung peningkatan tekanan darah untuk beberapa bulan atau pun bertahun-tahun, namun lama-kelamaan ia akan mengakibatkan kerosakan kepada jantung, buah pinggang, otak dan mata.

Tekanan darah individu boleh diukur dengan melihat kepada tekanan sistolik (atas/nombor yang tinggi) dan diastolik (bawah/nombor yang lebih rendah). Contohnya, bacaan 120/80 adalah dianggap normal tetapi jika bacaannya menunjukkan 140/90 dan ke atas, ia dengan jelas menunjukkan tanda-tanda tekanan darah yang tinggi.

"Secara idealnya, individu perlu memeriksa tekanan darah mereka sekurang-kurangnya setiap dua tahun.

"Bagi mereka yang telah disahkan menghidap diabetes, penyakit jantung, masalah buah pinggang atau masalah lain, mereka memerlukan pemantauan tekanan darah yang lebih kerap," jelas Dr. Sim.

Saringan diabetes

Diabetes atau kencing manis antara penyakit yang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Ia akibat paras glukos (gula) yang tinggi dalam badan.

Glukos diperoleh daripada makanan dan hormon insulin dalam badan membantu memproses glukos kepada tenaga dalam sel-sel badan manusia.

Penghidap Diebetis Tahap 1 tidak mampu menghasilkan insulin manakala Diabetis tahap 2 pula menyebabkan penghidap tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau insulin itu tidak berkesan.

"Dalam kebanyakan kes, apabila insulin tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, paras glukos dalam darah akan kekal dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk pada organ dan saraf," katanya.

Ujian untuk melihat kandungan glukos darah akan dilakukan bagi mengesan kewujudan diebetis dan mereka yang ingin menjalankan pemeriksaan itu perlulah berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam lebih awal.

Kandungan gula dalam darah bagi mereka yang berpuasa dan tidak mengalami masalah diabetes adalah antara 4.4 dan 6.1mmol/L.

Saringan kolestrol

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Ia membantu menghasilkan hormon tertentu dan dibawa ke seluruh badan melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D dalam badan. Tubuh manusia hanya memerlukan sejumlah kecil kolestrol sahaja untuk berfungsi pada tahap normal.

Lebihan kolestrol dalam saluran darah boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan tersekat akibat pembentukan plak (plaque). Peningkatan plak memberi ruang kepada masalah jantung.

Kolestrol tinggi boleh dikenalpasti melalui ujian darah yang ringkas, selalunya disebut profil lipid (lemak). Ia dilakukan selepas individu berkenaan berpuasa selama 10 hingga 12 jam. Paras optimal sepatutnya berada bawah 2.6 mmol/L.

Menurut Dr. Sim keputusan ujian kolestrol terbahagi kepada tiga iaitu LDL (low-density lipoprotein) - kolestrol 'tidak baik' yang boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular.

HDL (High-density lipoprotein)-kolestrol 'baik' yang membantu dalam penggunaan semula kolestrol dalam tubuh. Paras kolestrol yang baik haruslah berada lebih daripada 1.6 mmol/L.

Satu lagi jenis kolestrol adalah triglycerides. Ia jenis lemak yang sering ditemui dalam darah dan boleh menjurus kepada masalah arteri koronari. Aras biasa bacaan kolestrol mestilah di bawah 1.7 mmol/L.

Keputusan ujian juga dikira pada bacaan keseluruhan kolestrol. Iaitu kompilasi kesemua jenis komponen lipid yang ada dalam darah. Aras yang dicadangkan adalah di bawah 5.2 mmol/L.

Ujian fungsi paru-paru

Menurut Dr. Sim saringan fungsi paru-paru juga disebut sebagai ujian pulmonari.

Saringan yang standard dilihat pada jumlah isipadu udara yang mampu disedut oleh paru-paru. Ini kemudiannya akan direkod dan dibandingkan dengan mereka yang berada dalam kumpulan usia yang sama, ketinggian dan juga jantina.

Ujian ini juga membolehkan doktor melihat keupayaan kapasiti paru-paru untuk membekalkan oksigen kepada sistem darah bersama-sama kekuatan otot pernafasan.

Electrocardiogram (EKG)

Ini merupakan ujian saringan penyakit jantung. Berdasarkan kepada keputusan EKG ini, lain-lain ujian lanjutan seperti ujian stress mungkin perlu dilakukan.

EKG/ECG adalah ujian saringan penyakit jantung yang menentukan keupayaan aktiviti elektrikal pada jantung. Terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada. Ia bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal.

ECG bersenam dilakukan untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).

Berdasarkan kepada keputusan ECG ini, lain-lain ujian lanjutan seperti ujian stres mungkin perlu dilakukan.

Menurut Dr. Sim, sungguhpun keputusan saringan adalah normal, seseorang itu tidak seharusnya memandang remeh dan mengabaikan langkah berhati-hati.

"Teruslah mengekalkan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama melakukan pemeriksaan kesihatan. Apabila masalah kesihatan dapat dikesan, kita boleh menasihatkan mereka berjumpa doktor," katanya. - BERNAMA

Jom Kurus 1Malaysia

Posted: 08 Jan 2014 08:57 PM PST

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar nasirruddin yazid

Kevin Zahri (kiri) menunjukkan antara senaman yang bakal dijalankan pada Jelajah Bersama FWC NutriXprezz Jom Kurus 1Malaysia.

STATISTIK obesiti yang dilihat semakin hari semakin bertambah membuatkan pihak-pihak tertentu begitu prihatin dan ingin menghulurkan bantuan dalam usaha mengurangkan jumlah tersebut.

Angka tersebut semakin bertambah kerana amalan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan oleh semua lapisan masyarakat hari ini.

Begitupun hari ini mereka yang mengalami obesiti dilihat bersemangat untuk menurunkan berat badan masing-masing tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

Apa yang mampu dilakukan hanya satu iaitu mengamalkan diet serta senaman tetapi tidak semua yang melakukannya berjaya mengatasi masalah berat badan malah kadang kala tiada perubahan yang berlaku.

Hal ini sebenarnya turut diakui oleh selebriti dan jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri.

Menurutnya, soal makanan bukanlah satu masalah besar kepada mereka yang mengalami obesiti ataupun masalah berat badan berlebihan, sebaliknya yang menjadi fokus ialah kuantiti makanan yang diambil dalam setiap hidangan.

Jelas beliau, ramai menyangka dengan tidak makan nasi mereka mampu mengurangkan berat badan. Tetapi hakikatnya nasi yang digantikan dengan makanan lain adalah sama sekiranya kuantiti yang diambil adalah sama.

Jadi katanya, dalam proses diet, kuantiti serta jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan merupakan elemen penting bagi mereka yang ingin mengurangkanberat badan.

"Jadi kepada sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal, mereka seharusnya tahu apa yang diambil dalam setiap hidangan dan bukannya dengan tidak mengambil nasi.

"Apa yang perlu dilakukan golongan ini (obesiti) sebelum memulakan program diet ialah ilmu, panduan serta pendidikan yang betul mengenai diet," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media mengenai Jelajah FWC NutriXprezz bersama Program Jom Kurus 1Malaysia di ibu negara, baru-baru ini.

Berbicara mengenai Program Jom Kurus 1Malaysia tersebut, Kevin menjelaskan ia adalah kesinambungan daripada program Jom Kurus yang dianjurkan pihaknya pada tahun lalu.

Program tersebut yang membantu orang ramai mengurangkan berat badan dengan memberi penekanan dalam mendidik mereka mengenai senaman dan pelan pemakanan yang betul, serta mengamalkan gaya hidup sihat, mendapat sambutan di luar dugaan.

Melihat daripada maklum balas serta permintaan yang menggalakkan, Kevin memberitahu ia diteruskan lagi pada tahun ini.

Program tersebut yang akan berlangsung selama enam minggu di seluruh negara, menawarkan ganjaran wang tunai lumayan buat peserta lelaki dan perempuan yang berjaya daripada setiap pasukan yang bertanding.

Setiap pasukan akan mewakili sebuah kawasan dan lebih 60 daerah telah di kenal pasti dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Setiap pasukan terdiri daripada 40 orang peserta dan akan diketuai oleh jurulatih-jurulatih kecergasan berkelayakan yang dipilih khas oleh Kevin sendiri.

Seorang juara keseluruhan akan dinobatkan pada akhir cabaran ini.

"Saya sedar perkara paling berharga dalam program ini bukan sekadar motivasi dan sokongan sahaja, malah persahabatan dan hubungan yang terbina di antara para peserta boleh menggalakkan mereka mencapai matlamat kecergasan yang diingini.

"Walaupun begitu para peserta juga dinasihatkan agar tidak bergantung kepada jurulatih ataupun sebarang produk untuk kurus tetapi ia sebenarnya lebih kepada diri sendiri.

"Melalui program ini, sekurang-kurangnya golongan obesiti tahu apa yang perlu dilakukan," katanya lagi.

Sehingga 6 Januari lalu, lebih daripada 1,000 rakyat Malaysia telah mendaftar untuk program ini.

Jadi kepada mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah lawati laman sesawang www.kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat