Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST Oleh ALFEY CHESTER MOHD. Shafie Apdal memakaikan beg sekolah kepada salah seorang pelajar yang menerima bantuan dalam Program Mara Bersama Rakyat dan Program Bantuan Persekolahan di Semporna, Sabah, semalam. Turut sama, Nasir Tun Sakaran (kiri) dan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Yussoff Dohab (dua dari kanan). SEMPORNA 17 Jan. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta tidak menafikan hak rakyat khususnya bumiputera dalam isu penutupan pusat latihan GiatMara di Taman Selayang Baru, Selangor. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walaupun kerajaan negeri itu mempunyai kuasa untuk berbuat demikian namun kepentingan masyarakat pada setiap masa masih perlu diambil kira. Beliau berkata, kerajaan PKR perlu mempertimbang dan memikirkan kepentingan serta keperluan golongan belia yang dahagakan bimbingan di GiatMara berkenaan. "Kerajaan PKR Selangor tidak perlu keluar belanja, semua Kerajaan Pusat yang belanja, kita yang bagi ganjaran dan imbuhan pada kakitangan dan elaun pada pelatih. "Jadi kita harap Kerajaan PKR Selangor tidak menutup GiatMara tersebut atau di tempat lain sebaliknya meneruskan usaha yang telah dijalankan selama ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mara Bersama Rakyat dan Program Bantuan Persekolahan di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Mara negeri, Zulkarnain Zakaria dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Senallang dan Sulabayan, Datuk Nasir Tun Sakaran serta Datuk Jaujan Sambakung. Dalam majlis itu, sebanyak 1,500 pelajar dari 50 buah sekolah menengah dan rendah di daerah ini menerima bantuan yang disumbangkan Yayasan Pelajaran Mara. Mohd. Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pusat latihan GiatMara ditubuh khusus untuk membantu anak-anak yang tercicir melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. "Pelbagai kemahiran termasuk pembinaan rumah, elektrikal dan pembaikan automotif yang boleh diceburi anak-anak ini untuk keperluan sumber manusia negara," katanya. |
Wanita UMNO Selangor minta MB keluar surat batal arahan PTD Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST KUALA LUMPUR 17 Jan. - Wanita UMNO Selangor meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan satu surat membatalkan arahan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak supaya pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru dikosongkan. Ketuanya, Datuk Norhayati Onn berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan rakyat terhadap arahan bercanggah antara PTD dengan Abdul Khalid. "Wanita UMNO Selangor memohon Menteri Besar dan kerajaan Selangor memberi penjelasan dan ketetapan berhubung nasib serta masa depan semua pusat latihan GiatMara di seluruh negeri Selangor. "Abdul Khalid perlu menyatakan bahawa pengurusan GiatMara di Selayang diberi pilihan untuk meneruskan aktivitinya dengan menaik taraf prasarana pusat latihan berkenaan seperti yang dinyatakannya semalam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas arahan bercanggah antara Menteri Besar dengan PTD Gombak kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhubung penutupan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru. Norhayati yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri meragui bagaimana berlakunya dua kenyataan berbeza itu dan mempersoalkan adakah ia kenyataan politik Abdul Khalid semata-mata untuk meredakan keadaan berikutan timbul pelbagai bantahan ketika ini. "Wanita UMNO tidak mahu oleh kerana kenyataan politik, akhirnya pusat berkenaan terpaksa ditutup juga berikutan ketiadaan surat bagi mengatasi arahan yang diterima sebelum ini,'' katanya. Sementara itu, Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia, Mohammad Rizan Hassan menyeru pemimpin UMNO membantu mengangkat martabat pembangunan belia bumiputera berkemahiran secara jujur dan ikhlas. Menurutnya, keperluan pusat latihan kemahiran GiatMara untuk belia bumiputera yang tercicir dalam akademik serta miskin wajar dijadikan agenda penting UMNO bagi membantu menyediakan masa depan yang baik untuk golongan sasaran pusat tersebut. "Sebenarnya kebangkitan golongan belia bumiputera hari ini bukan datang dari universiti sebaliknya dari belia berkemahiran yang dilengkapi dengan ilmu latihan kemahiran tinggi selain menguasai pelbagai lapisan peringkat perjawatan dalam industri. "Malangnya golongan ini terpaksa bersaing dengan lambakan pekerja asing. Oleh itu, tindakan mengancam menutup GiatMara di beberapa lokasi dianggap bermotif politik selain ingin menyukarkan kehidupan golongan belia,'' katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |