Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Guan Eng, DAP digesa henti guna politik lidah bercabang Posted: 08 Jan 2014 11:01 AM PST Reezal Merican Naina Merican KUALA LUMPUR 8 Jan. - DAP dan Setiausaha Agungnya yang belum disahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Lim Guan Eng, digesa berhenti bermain politik lidah bercabang serta menjadi 'api dalam sekam' kepada perpaduan nasional khususnya dalam isu gereja dan kalimah Allah. Rentetan tindakan DAP kebelakangan ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal Guan Eng, apakah parti itu sedang merancang untuk menolak kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana dijamin Perkara 3. Selain itu, beliau juga mempersoal apakah DAP sedang berusaha menidakkan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu untuk meletakkan martabat agama Islam bersesuaian dengan kedudukannya mengikut Perlembagaan Persekutuan apabila berterusan mempolitikkan isu kalimah Allah. "Guan Eng perlu jelaskan kepada rakyat apakah DAP bersetuju dengan tindakan pihak-pihak tertentu untuk terus menguji peruntukan undang-undang sehingga memperlihat sengaja mahu menidakkan kedaulatan undang-undang yang ada di dalam negara ini. "Apakah DAP sudah tidak lagi menghormati Perlembagaan Persekutuan? Sedangkan matlamat parti tersebut secara khusus menyebut berjuang mengikut Perlembagaan dalam menjayakan matlamat politik mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sebelum ini umat Islam dikejutkan dengan kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew dalam laporan sebuah portal berita tetap berkeras mahu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya di semua gereja di Selangor. Tidak lama selepas itu, beberapa pihak termasuk pemimpin DAP membantah tindakan JAIS merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan berkenaan. Bantahan itu juga membawa kepada cadangan daripada tiga wakil rakyat DAP yang mahu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda. Mengulas lanjut, Reezal Merican juga menimbulkan persoalan sama ada tindakan DAP yang dilihat untuk mencabar kedaulatan undang-undang, menidakkan kuasa Raja-Raja Melayu mendapat 'lampu hijau' rakan di dalam pakatan pembangkang. "Adakah DAP yakin Pas bersependapat dengan mereka dalam isu kalimah Allah dan tindakan JAIS,"soalnya lagi. Dalam pada itu, beliau turut mempersoal tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kononnya menyuarakan tentang kepentingan mencapai semangat 'perpaduan nasional' dengan mengetengahkan idea pelan induk dalam membina perpaduan sedangkan perkara itu tidak pernah dijiwai oleh Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. "Saya ingin menasihatkan DAP agar tidak bersandiwara di dalam isu yang penting dan mustahak ini. Sebaliknya mereka wajar menunjukkan warna sebenar politik mereka dengan tidak terus bermain dengan ayat-ayat retorik tetapi bertindak sebagai batu api. "Kit Siang seharusnya terlebih dahulu memberikan tunjuk ajar kepada Guan Eng untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan menghormati undang-undang dan jangan bercakap seperti 'lidah biawak' kononnya ingin melihat kejayaan perpaduan nasional sedangkan perkara itu tidak ada di dalam 'genetik' politik parti mereka," ujarnya. |
Naib Pengerusi DAP Sabah keluar parti Posted: 08 Jan 2014 11:01 AM PST Peter Liew Fui Ken KOTA KINABALU 8 Jan. - Kemelut perpecahan dalam parti DAP Sabah terus kronik, kini tiba giliran Naib Pengerusinya, Peter Liew Fui Ken bertindak keluar parti termasuk melepaskan semua jawatan yang disandangnya dan tidak lagi menjadi ahli seumur hidup parti berkenaan. Keputusan Fui Ken, 68, meletak jawatan adalah kira-kira seminggu selepas Timbalan Pengerusi DAP negeri, Fred Fung dan Ketua Wanita Bahagian Kota Kinabalu, Candy Wong mengumumkan keluar parti setelah tidak berpuas hati dan tidak tahan untuk terus berurusan dengan pimpinan sekarang yang tidak menghargai mereka selaku pemimpin kanan dalam DAP negeri. "Saya telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap barisan kepimpinan DAP serta sangat berasa hati terhadap layanan diterima daripada individu yang kini mengawal barisan kepimpinan negeri," katanya di sini hari ini. Dakwa beliau, berlaku perkara salah yang sangat serius dengan DAP Sabah, sekali gus menyaksikan ramai ahli yang setia turut mengumumkan pengunduran meskipun parti berkenaan mencatat keputusan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, iaitu menawan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen. Tambah Fui Ken, detik perpecahan sudah mula dapat dilihat apabila ADUN Api Api, Hiew King Cheu memutuskan keluar parti pada tahun lalu dan menjadi penyokong bebas Barisan Nasional (BN). Selain DAP, rakan sekutu parti itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah turut bergolak apabila menyaksikan pengunduran beramai-ramai ahli parti itu yang diketuai oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian, Jeremy Majalad. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |