{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


4 bot tangkap ikan terbakar

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

Beberapa orang nelayan sedang melihat keadaan bot yang hangus terbakar di Jeti Kampung Sungai Buaya, Seberang Pintasan dekat Dungun, Terengganu, semalam.

DUNGUN 10 Jan. - Lebih 12 nelayan pesisir pantai di sini terjejas mata pencarian selepas empat bot yang digunakan untuk menangkap ikan terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi berhampiran jeti Kampung Sungai Buaya, Seberang Pintasan dekat sini, satu dari empat bot itu musnah dan nyaris tenggelam sepenuhnya manakala tiga lagi bot terbakar sehingga 90 peratus.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Salah seorang saksi kejadian, Shukri Abdul Aziz, 37, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari jeti berkenaan.

"Masa itu saya sudah nampak ada asap berkepul-kepul dari arah jeti dan saya suruh budak-budak yang tengah minum di kedai makan berhampiran tengok dulu apa yang berlaku sebelum saya bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik sahaja sampai, saya lihat api sudah marak dan ketika itu hampir tiga bot sedang terbakar sebelum seorang lagi rakan saya cuba menghubungi bomba," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam pada itu, seorang daripada empat pemilik bot itu, Azman Mohd. Noor (gambar) 45, ketika ditemui memberitahu, kejadian tersebut hanya disedari selepas diberitahu oleh seorang remaja yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya cuba untuk menyelamatkan apa yang boleh namun gagal disebabkan api marak terlalu cepat. Habis semua peralatan menangkap ikan, enjin bot dan peralatan elektronik dalam bot itu musnah," katanya yang telah menjadi nelayan seawal usia 16 tahun.

Jelas Azman, akibat kejadian itu, beliau mengalami kerugian sekitar RM120,000 manakala tiga lagi pemilik bot mengalami kerugian yang dianggarkan sehingga RM150,000 bagi setiap bot.

"Kejadian ini memang menjejaskan mata pencarian saya dan tiga lagi awak-awak yang selama ini hanya mencari rezeki dengan menangkap ikan," katanya yang menafikan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat sebaliknya mendakwa ia berpunca daripada masalah litar pintas.

Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdullah Zawawi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.36 pagi dan tiba dengan kekuatan dua buah jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun.

"Punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Syarikat diarah hantar laporan tahunan kepada MB

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

KUALA TERENGGANU 10 Jan. - Semua anak syarikat milik kerajaan negeri diarah menghantar laporan tahunan syarikat masing-masing kepada kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebelum 31 Januari ini termasuk berkaitan pemberian bonus kepada kakitangan.

Ahmad menegaskan, sekiranya mereka gagal mematuhi arahan yang ditetapkan sebelum tarikh akhir itu, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajar.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan hubungan baik dan kondusif antara kerajaan negeri dengan kesemua anak syarikat selain sentiasa mengetahui setiap perkembangan yang berlaku dalam syarikat berkenaan.

Ini kerana, jelasnya, ada ketika kerajaan negeri tidak mengetahui apa perkembangan syarikat dan beliau turut mengesyorkan agar sebelum membuat sebarang keputusan, ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan.

"Semalam saya telah arahkan kepada semua syarikat supaya menghantar laporan masing-masing sebelum 31 Januari ini, kita akan ambil tindakan jika arahan ini tidak dipatuhi.

"Kita beri peringatan ini kepada syarikat berkenaan kerana kita tak mahu ada syarikat yang beri bonus dengan jumlah tertentu tanpa merujuk pada kita terlebih dahulu. Ada kes-kes yang kerajaan negeri tak tahu, jadi sebelum buat keputusan mereka perlu rujuk dulu kepada kerajaan,'' katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Strategik TISB 2014-2018 dan menyempurnakan majlis penutupan Program Latihan Pengarah Korporat di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri yang juga Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TISB), Datuk Mazlan Ngah dan dua lagi ahli lembaga pengarah, Datuk Abdul Razak Ismail dan Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif TISB, Datuk Wan Ahamad Wan Muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Mohd. Naim Daruwish dan Pengarah SSM Terengganu, Wan Rohaimi Wan Manan serta para pengarah syarikat milik kerajaan negeri hadir sama.

Menteri Besar berkata, pihaknya juga telah membuat keputusan melakukan beberapa perubahan serta rombakan kepimpinan syarikat di negeri ini ke arah penambahbaikan.

Menurutnya, usaha itu dilakukan bagi memberi peluang dan laluan kepada individu lain menerajui syarikat selain mendedahkan mereka menempuh suatu cabaran serta pengalaman yang berbeza demi masa depan syarikat.

Harga barang keperluan harian masih terkawal di Kota Bharu

Posted: 10 Jan 2014 12:10 PM PST

Ahmad Maarof (kanan) menjual ikan dengan harga yang rendah kepada pengguna ekoran pembekal menawar harga lebih murah berbanding sebelum ini di Pasar Kok Lanas, Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU 10 Jan. - Harga barang-barang keperluan harian terutama bahan basah di sekitar bandar ini mencatatkan sedikit kenaikan tetapi pada keseluruhannya masih terkawal.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah di sini semalam mendapati, harga barangan keperluan masih terkawal dan sesetengah barang didapati lebih murah berbanding sebelum ini.

Walau bagaimanapun, hanya dua sahaja barang keperluan naik berbanding dengan harga pada beberapa hari yang lepas seperti daging dan telur ayam.

Harga bagi 10 biji telur ayam gred A kelmarin RM4 berbanding dahulu hanya RM3.80 manakala harga daging pula RM23 sekilogram berbanding dahulu RM22 sekilogram.

Kenaikan harga antara dua barangan tersebut di sekitar bandar ini rata-ratanya di bawah RM1.

Sementara itu, di Pasar Kok Lanas dan Ketereh di sini mendapati, rata-rata para peniaga menjual barangan basah termasuk keperluan harian pengguna pada harga berpatutan.

Selain ikan, harga barangan lain seperti sayur juga tidak menunjukkan peningkatan yang ketara manakala ayam pula dijual dengan harga antara RM6.80 dan RM7 sekilogram.

Seorang peniaga ikan, Ahmad Maarof, 61, memberitahu, setakat ini kebanyakan ikan dijual pada harga biasa, sebagai contoh, ikan selayang dijual RM6 sekilogram manakala cencaru, selar dan kembung dijual RM7 sekilogram.

"Sebelum ini, harga ikan selayang adalah RM8 sekilogram manakala cencaru dan kembung RM10 sekilogram.

"Harga jualan boleh diturunkan apabila berlaku lambakan ikan di pasar-pasar kerana ikan tidak boleh disimpan lama, maka peniaga perlu menjualnya untuk membolehkan mereka mendapat bekalan baharu," katanya.

Seorang lagi peniaga ikan, Mohd. Razi Ya, 58, berkata, peniaga amat berhati-hati untuk menaikkan harga kerana sekiranya terlalu mahal, maka pengguna tidak akan membeli ikan.

"Sekiranya tiada pembeli, peniaga terpaksa juga menjual ikan dengan harga lebih murah pada keesokannya bagi mengelak kerugian," katanya.

Rakannya, Ismail Ibrahim, 60, berkata, golongan peniaga terpaksa terpaksa mengikut pembekal, jika pembekal menaikkan harga, maka peniaga terpaksa meninggikan harga.

"Namun, pengguna tidak perlu risau kerana sudah berlaku penurunan terhadap harga ikan berbanding sebelum ini," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat