{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


'Touch point' bantu usahawan

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Fatmi Che Salleh (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima dalam Majlis Penyampaian Bantuan Touch Point IAT Kepada Usahawanita Agropreuneur Muda Wanita dan Agropreuneur Muda Lelaki Bagi Kawasan Parlimen Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 13 Jan. - Sebanyak 307 usahawan di bawah program penggalakan industri bukan padi dari kawasan Parlimen Kota Bharu menerima bantuan 'touch point' yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, peruntukan sebanyak RM75,000 itu disalurkan menerusi pihaknya untuk diagihkan kepada usahawan tersebut.

Beliau berkata, antara bentuk bantuan yang diberikan adalah peralatan membuat kuih dan haiwan ternakan bagi mendekatkan golongan muda kepada bidang pertanian.

"Kerajaan sememangnya amat memahami terutamanya keadaan para usahawan kecil justeru, pelbagai usaha dilakukan termasuk bantuan ini bagi memastikan setiap bidang yang diceburi mereka beroleh kejayaan.

"Untuk itu bantuan ini kita beri berdasarkan potensi dan kepada mereka yang bersungguh-sungguh ingin mengusahakan pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan 'Touch Point' Industri Asas Tani (IAT) Kepada Usahawanita Agropreuneur Muda Wanita dan Agropreuneur Muda Lelaki Bagi Parlimen Kota Bharu, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Nik Roslan Idris.

Mohd. Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, pihaknya berharap bantuan tersebut akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan pendapatan masing-masing.

Sementara itu seorang penerima, Rosediana Che Hussin, 33, berkata, dia akan menggunakan bantuan tersebut bagi memulakan semula perusahaan membuat kek dan kuih selepas segala peralatan hangus dalam kebakaran pada pertengahan tahun lalu.

"Saya bersyukur dan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang menghulurkan bantuan ini. Sedikit sebanyak bantuan ini akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan saya membeli semula peralatan membuat kek yang telah menjadi kerjaya saya kira-kira 10 tahun lalu," katanya.

Menurutnya, lebih menggembirakan apabila bantuan berkenaan diberi ketika fenomena kenaikan harga barangan menjadi tekanan kepada seluruh rakyat negara ini.

"Walaupun begitu kerajaan sentiasa prihatin, terus berusaha untuk membantu rakyatnya, kalau tidak susah juga hendak beli dapur pembuatan kek ini sebab harganya boleh tahan juga bagi kita orang susah," katanya.

Mohd. Ropi Mohamed, 49, yang mengusahakan ternakan lembu secara berkelompok berkata, bantuan itu membantunya untuk meluaskan perusahaannya sekali gus akan meningkatkan sumber pendapatan keluarga.

"Jika tiada bantuan seperti ini agak sukar bagi kita untuk mengembangkan bidang perniagaan berasaskan ternakan lembu ini kerana modalnya sangat besar," katanya.

AKSB akan percepatkan projek bekalan air bersih Peralla

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

KOTA BHARU 13 Jan. - Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) akan berusaha mempercepatkan Projek Retikulasi Bekalan Air Bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Peralla dalam masa terdekat.

Pemangku Ketua Jabatan Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan AKSB, Mohd. Safrurazi Salleh berkata, projek itu masih tertangguh disebabkan kerosakan pada paip agihan loji tersebut.

Beliau berkata, pembaikan perlu dilakukan segera supaya bekalan air bersih akan dapat disalurkan kepada penduduk yang terlibat.

"Projek tersebut telah siap sejak September tahun lalu namun operasinya masih tertangguh berikutan tidak memenuhi keperluan dan syarat yang ditetapkan.

"Pada 8 Oktober tahun lalu iaitu sebelum AKSB mengambil alih LRA Peralla, loji ini telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan loji ini gagal berfungsi sama sekali.

"Setelah laporan polis dibuat, kerja pembaikan dilakukan oleh pihak kontraktor asal dan disiapkan bagaimanapun ketika pemeriksaan semula dilakukan pada 6 Januari lalu, masih ada kerosakan pada paip agihan dan pembaikan perlu dilakukan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan Utusan Malaysia pada 1 Januari lalu mengenai lebih 5,000 penduduk di lima buah kampung di kawasan Peralla dekat sini yang merayu kepada pihak berkuasa supaya mempercepatkan Projek Retikulasi Bekalan Air Bersih yang tergendala sejak setahun lalu.

Penduduk kampung berkenaan mendakwa, projek bernilai RM8 juta yang dimulakan pada 2011 itu sepatutnya siap dalam tempoh setahun, namun sehingga hari ini masih tidak berfungsi.

Dalam pada itu, Mohd. Safrurazi berkata, pihaknya juga tidak menghalang sekiranya penduduk ingin mengambil balik bayaran deposit yang telah dibuat.

"Sebelum ini kami ada menerima bayaran deposit daripada penduduk yang memohon penyaluran bekalan air dipercepatkan dan AKSB juga tidak menghalang sekiranya mereka ingin mengambil balik," katanya.

Beri cabaran kepada anak negeri

Posted: 13 Jan 2014 10:24 AM PST

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com,my

Khalid Yunus sambil dibantu Rozi Mamat (kiri) memakaikan penutup oksigen kepada salah seorang peserta Terengganu De' Everest 2015.

KUALA TERENGGANU 13 Jan. - Seorang pendaki legenda Britain, George Herbert Leigh Mallory yang hilang dalam ekspedisi pertama mendaki Gunung Everest pada awal 1920-an hanya memberi jawapan mudah kenapa beliau memulakan misi itu.

"Ia ada di situ," katanya yang ringkas tetapi mempunyai banyak makna tersirat dan sejak Sir Emund Hillary mencipta nama sebagai orang pertama berjaya mendaki gunung rabung dunia itu, manusia dari seluruh dunia berlumba untuk mencapai puncaknya.

Mengejar impian ke puncaknya biarpun getir dengan keupayaan mengalahkan diri sendiri dengan melangkaui batas-batas cabaran terhebat, merupakan salah satu simbol pengiktirafan kejayaan, kebanggaan, kedudukan tertinggi sebagaimana puncak kehidupan yang lain.

M. Magendran dan N. Mohandas telah merintis kejayaan pada Mei 1997 dalam pasukan Ekspedisi Gunung Everest Malaysia ketika membawa misi negara dan selepas itu, semakin ramai menyusul.

Kedua-dua mereka mengharumkan nama Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama di rantau ini yang rakyatnya berjaya menawan puncuk setinggi 8,850 meter itu.

Justeru kerajaan negeri terdorong untuk mengerakkan usaha yang serupa dengan melancarkan projek Terengganu De' Everest 2015, bagi menjadikannya sebagai salah satu simbol menyemarakkan semangat dan kegigihan anak negeri ini untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai lapangan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata, projek pendakian gunung yang memukau itu cukup mencabar kekuatan fizikal, mental dan pengalaman itu akan melibatkan sekumpulan lapan orang anak muda negeri ini.

"Selaras dengan hasrat merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara dan 'Terengganu Hanelang', kerajaan negeri melancarkan projek untuk menawan puncak gunung Everest antara Mac hingga Mei 2015," ujarnya di sini baru-baru ini.

Melalui proses pemilihan dan saringan, akhirnya cuma lapan orang akan dipilih untuk membawa misi kerajaan untuk mengibarkan bendera negeri di puncak itu pada tahun hadapan dengan Mohammad Rafi Qori, anak negeri pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 dilantik sebagai ketua jurulatih.

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dilantik sebagai Urusetia Projek dan bakal digerakkan dengan Persatuan Kembara Malaysia dan negeri.

Sesi pemilihan pendaki telah diadakan di sini baru-baru ini dengan lebih 100 orang lelaki dan perempuan yang ingin mencatat sejarah buat diri dan negeri muncul dalam sesi pengenalan dan pemilihan bakal dibuat secara berperingkat melalui sesi saringan.

Mereka kebanyakannya terdiri daripada kalangan pelajar, kakitangan awam dan swasta dengan sebilangannya sudah mempunyai pengalaman mendaki manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang pengalaman asas tetapi berbekalkan semangat.

Pada peringkat awal sebanyak 40 peserta akan dipilih menjalani ujian ke peringkat seterusnya sehinggalah lapan peserta terbaik yang berjaya mengharungi beberapa peringkat saringan dipilih menyertai misi tersebut bersama lima calon simpanan.

Senarai pendek peserta yang layak mengikuti misi berkenaan pula dijangka diumumkan selewat-lewatnya penghujung April ini setelah mereka disiapkan dari segi persediaan mental dan fizikal.

Presiden Persatuan Kembara Negara, Datuk Khalid Yunus berkata, dalam hal ini, pihaknya telah menyediakan satu program latihan yang lengkap termasuk di luar negara ang digerakan mulai Februari depan bagi pendedahan pengalaman dan persaingan merebut tempat.

Peserta perlu menjalani latihan intensif lima hari seminggu iaitu tiga hari di gimnasium untuk latihan menguatkan otot-otot, satu hari latihan berenang dan satu hari lagi berlari selain mendaki satu gunung pada setiap bulan di negara ini.

"Untuk sesi latihan di luar negara pula, ini melibatkan pendakian puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro diikuti latihan teknikal di Banjaran Annapurna, Nepal pada Mac dan April.

"Ini akan disusuli latihan mendaki kedua di Gunung Elbrus, Rusia (Ogos) serta latihan mendaki ketiga yang juga boleh disifatkan sebagai pra-ekspedisi ke Everest iaitu di Gunung Baruntse, Nepal (September)," katanya.

Selain mengadakan sesi latihan berterusan, peserta yang terpilih juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Dalam masa yang sama, kita juga akan memberi penerangan tentang halangan terutama sekali dari segi cara-cara dan teknik mendaki, soal pemakanan, kerja berkumpulan, menguruskan waktu serta lain-lain yang berkaitan dengan pendakian itu," tambahnya.

Everest, gunung paling tinggi dan paling sukar untuk didaki sehingga nyawa pertaruhannya dan kejayaan Terengganu De' Everest kelak bakal menjadi satu lagi mercu tanda keupayaan anak negeri di persada dunia dan projek ini menguji sejauh mana 'Terengganu Henelang'.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat