{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Zon selesa Zara Zya

Posted:

Zon selesa Zara Zya

Zon selesa Zara Zya

MEMILIH seni sebagai jalan hidup, kecintaan yang perlahan-lahan disemai sejak sedekad lalu sedang membuahkan harapan. Zara Zya kini umpama si bunga yang sedang mekar. Di daerah lakonan yang menjadi kebun kembang kelopaknya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 29, itu sedang menebarkan wangi.

Namanya disebut, penangannya sebagai Zaara Amirah dalam siri hit, Love You Mr. Arrogant dikenang-kenang sebagai buah karya ulung yang menyaksikan kehebatan pesona Zara Zya. Awalnya sekadar pelakon yang tidak pernah ada dalam senarai 'panas', era suam-suam kuku Zara Zya mula pupus.

Lonjakan paling nyata, bersama regu heronya, Azlee Khairi, mereka dipilih sebagai Hero dan Heroin Pilihan dalam Festival Drama Kuala Lumpur anjuran TV3, Februari lalu. Drama lakonan mereka pula diundi peminat sebagai Drama Pilihan.

Melihat menerusi kaca mata industri secara serius, apalah ertinya pencapaian dalam sebuah anugerah yang melebih-lebihkan populariti itu berbanding kualiti. Namanya dikompang satu negara walhal baru dinilai hanya daripada sebuah drama. Apa sangat nilainya sebuah drama sehingga seorang dramatis biasa menjana impak sebegitu rupa.

Zara tersenyum tanpa prasangka. Dia lebih sedar situasi yang cuba diungkitkan. Kalau sekadar pembaca dijamu cerita yang sama, 'barang' yang elok lama-lama boleh mengundang mual.

"Sebenarnya, bulan ini saya banyak bercuti," ungkapnya terhenti seketika sambil membetulkan posisi duduknya.

Zara faham apa yang cuba diselidik dalam pertemuan pertamanya bersama Sensasi Bintang kali ini. Kali pertama diajak sebagai penghias portfolio minggu ini, Zara tidak sukar memberikan kerjasama. Kebetulan pula jadual padatnya hanya bermula pada 1 April nanti.

Ubat rindu

Sehabis drama yang mencurahkan impak populariti ke wajahnya, lulusan bidang teater dari Akademi Seni Warisan Negara (Aswara) hilang di kaca televisyen. Sesekali muncul dalam acara hiburan, selebihnya wajah dan cerita yang terpampang dalam surat khabar, majalah dan blog hiburan.

ZARA ZYA sedar persembahan dan penampilannya sebagai pelakon semakin diperhatikan. Dia meletakkan sasaran mahu menjadi seorang pelakon yang versatil dan akan berada lama dalam industri.


"Saya tahu, selepas Love You Mr. Arrogant, peminat akan menunggu agak lama bagi menyaksikan lagi drama bersiri lakonan saya.

"Selepas drama itu menjadi hit, saya memang kena luangkan masa ikut banyak agenda stesen televisyen untuk bertemu penonton, jumpa media dan hadiri pelbagai acara. Jadi pelakon bukan macam penyanyi, drama dan macam lagu yang boleh dinyanyikan di mana-mana acara," balasnya bijak.

Tanpa drama untuk tontonan peminat yang sedang mendambakan kelibatnya, Zara sedar situasi ini boleh mendatangkan banyak prasangka.

"Tapi saya yakin, kemunculan saya menerusi drama yang bakal menyusul akan dapat mengubati kerinduan peminat. Selepas drama Love You Mr. Arrogant, saya hanya boleh menerima tawaran telemovie. Nak ambil drama bersiri memang tak sempat.

"Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran sebuah filem. Kiranya ini filem pertama yang letakkan saya sebagai pelakon utama. Sebelum ini dalam filem Azura 2012, saya buat watak sampingan sahaja," ceritanya yang kini berada di lokasi penggambaran filem Goooollll terbitan Red Film Sdn. Bhd.

Kena kenan

Diganding bersama Shaheizy Sam, filem arahan Shamyl Othman itu turut dibintangi Zizan Razak, Zulin Aziz serta Sherry Alhadad. Sebelum ini, pelakon kelahiran Perak dan dibesarkan di Selangor itu juga pernah muncul dalam drama-drama seperti Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak, Selipar Jepun Suria, 3 Janji dan Puteri Malam.

Biarpun sudah ada judul-judul drama yang pernah dijayakannya, hanya naskhah yang 'satu' itu juga disebut orang.

"Saya tidak boleh menidakkan impak drama Love You Mr. Arrogant, tapi pada masa yang sama saya tidak hanya mahu dikenang menerusi drama itu. Saya juga tidak mahu watak Zaara Amirah itu menjadi 'kenan' atau badi. Saya mahu jadi pelakon yang versatil," katanya yang bakal muncul menerusi drama Delina di TV9 sekitar September nanti.

Untuk peminat yang sentiasa dahagakan perkembangan kariernya, Zara Zya akan memulakan penggambaran drama Delina menjelang 1 April ini.

"Delina akan jadi drama bersiri pertama saya selepas Love You Mr. Arrogant. Saya harap impaknya tidak akan mengecewakan," kata pelajar jurusan teater itu menyusun hematnya.

Sudah adat menjadi popular, selain nama meniti di bibir ramai, pintu privasi yang selama ini tenang adakalanya bertalu-talu diketuk tanpa tetamu yang tidak diundang.

Keluar rumah pakai singlet

Menjadikan Instagram satu-satunya medium beramah-mesra dengan peminat, Zara Zya adakala tercabar oleh etika 'tetamu mayanya' yang kadangkala biadap.

"Saya seorang yang simple. Rasanya selain jadual kerja yang padat sehingga hendak bertemu keluarganya kadang-kadang tak sempat, saya masih Zara Zya yang dahulu. Cuma masa lepak dengan kawan-kawan semakin terbatas. Selama ini pun saya bukan jenis yang suka bersosial. Jadi tak banyak perkara yang hendak disembunyikan.

"Gaya pemakaian masih sama, bahkan saya sendiri perasan imej saya semakin sopan berbanding sebelum ini. Saya semakin tidak selesa jika sekadar memakai singlet untuk keluar dari rumah," kata tulus.

Atas sebab itu juga, jika merasakan ada pihak yang sengaja mengeji atau mencetuskan provokasi sehingga melampaui batasan kesabaran, Zara tidak teragak-agak untuk menyekat individu berkenaan dari ruang 'tamunya'.

"Saya akan sekat pengikut Instagram saya yang terlampau biadab. Memang saya boleh buat tak peduli, tapi kalau melampau dan berulang-ulang sehingga boleh buat saya hilang pertimbangan, lebih baik saya block. Daripada melatah atau atau berbalas komen yang akan memburukkan situasi yang lebih buruk, lebih baik sekat sahaja orang yang suka menimbulkan provokasi sebegitu," katanya yang masih mengekalkan rekod tanpa kontroversi setakat ini.

Tegas namun tidak berbunyi angkuh, Zara mengakui biarpun masih tidak digugat oleh kisah kontroversi sebagaimana yang pernah melanda nama-nama artis popular selama ini, dia harus positif jika itu takdir bergelar artis.

"Jadi, saya anggap ujian-ujian saya ini terlalu kecil. Dugaan-dugaan awal sahaja. Tanpa peminat, tanpa orang yang ambil berat pasal penampilan dan imej saya, siapalah saya. Ini juga persediaan untuk saya berdepan cabaran yang lebih besar," jelas Zara yang lebih banyak dikritik dari soal pemakaian oleh pengikut Instagramnya.

Rileks, tenang dan berhati-hati, itu antara tiga frasa yang akan menjadi pendinding hari-hari yang bakal ditempuhi Zara Zya. Perjalanan karier sedang bermula, kembaranya masih jauh tetapi tiada ramalan semudah A, B, C yang dapat menilaikan masa depan seseorang anak seni.

Lisa dedah rahsia hidup

Posted:

Lisa dedah rahsia hidup

Lisa dedah rahsia hidup

LISA SURIHANI menjadi artis tempatan pertama yang akan dipaparkan menerusi program, E! News Asia. Program itu akan disiarkan pada 30 Mac nanti.


LISA SURIHANI tidak menyangka dia menjadi selebriti Malaysia pertama menjayakan program untuk tontonan seluruh dunia menerusi sebuah episod istimewa dalam E! News Asia.

Teruja dan gembira apabila ditawarkan terbabit dalam program berkenaan, isteri kepada pengarah dan penerbit, Yusry Abdul Halim itu berkata, tawaran sebegitu satu penghargaan buat dirinya sebagai anak seni.

"Saya tidak pernah menyangka untuk dipilih pihak E! News sebagai selebriti Malaysia pertama yang akan muncul dalam program itu. Ini satu penghormatan terbesar buat saya.

"Sebelum ini saya muncul untuk memberi komen kepada Aaron Aziz bagi slot yang sama, tetapi kali ini saya pula minta dia memberikan pandangannya terhadap saya.

"Dalam episod khas bersama saya nanti, penonton akan didedahkan dengan beberapa rahsia mengenai diri saya daripada perspektif ahli keluarga dan rakan terdekat. Selama ini, perkara-perkara itu tidak pernah diketahui oleh masyarakat luar," katanya semasa sidang media E! News Asia Special di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Ditanya reaksi Yusry tentang rakaman istimewa oleh E! News Asia itu, Lisa memberitahu, Yusry juga terbabit dalam sesi temu bual yang telah dijalankan itu.

Sewaktu dia memberitahu mengenai tawaran yang diterima, Yusry juga tidak menolak malah menyokong Lisa untuk menerima tawaran yang diberikan.

"Ketika diberitahu mengenai program ini, Yusry menyokong dan bersetuju untuk terbabit sekali.

"Mereka bertanyakan beberapa perkara mengenai saya, namun Yusry tidak memberitahu apakah soalan yang ditanya itu," katanya.

Selain Yusry, beberapa rakan artis seperti pelakon Liyana Jasmay dan Nur Fazura turut tampil dalam sesi temu ramah berkenaan. E! News Asia episod istimewa 30 minit bersama Lisa itu akan disiarkan pada 30 Mac ini menerusi saluran Astro 712 pukul 10 malam.

E! News Asia Special sebelum ini pernah menampilkan beberapa artis popular Asia seperti Aaron Aziz dari Singapura, Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina).

Berlakon filem usaha sama Malaysia-Singapura

Terbaru, Lisa kini sibuk menjalani penggambaran filem Sinaran arahan Osman Ali. Filem usaha sama Malaysia dan Singapura itu turut menampilkan pelakon lain seperti Izara Aishah, Evan Sanders dari Indonesia dan Nadiah M Din dari Singapura.

"Ini satu kerjasama yang bagus kerana melibat pelakon dari tiga buah negara. Saya bersetuju untuk berlakon filem itu kerana tertarik dengan konsep muzikal.

"Saya banyak menari. Penat memang terasa tapi puas kerana dapat melakukan apa yang jarang-jarang saya lakukan," jelas Lisa yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan lapangan tarian.

Lisa juga baru selesai menjalani penggambaran filem Cicakman 3 arahan Yusry. Semakin menghormati dan mengagumi suaminya itu, kata Lisa:

"Dia seorang yang tegas dan teliti dan sikap profesional yang dimilikinya begitu menyerlah. Ketika di lokasi, saya ialah pelakon yang bekerja bawah arahannya.

"Masing-masing seperti terlupa bahawa kami ini suami isteri, apabila habis kerja baru ingat balik," katanya ketawa.

Pelaburan Estranged di Jepun

Posted:

Pelaburan Estranged di Jepun

Pelaburan Estranged di Jepun

AGAK sepi daripada publisiti, Estranged sedang membina jenama untuk menerjah penerimaan di pasaran antarabangsa.


DIAM-DIAM ubi berisi, itulah perumpamaan kepada grup empat pemuzik bernama Rich, Din, Hanafi dan Andy yang dikenali sebagai Estranged. Seperti mengamalkan perumpamaan itu, kebanyakan aktiviti Estranged dijalani tanpa banyak bunyi namun cukup terancang dan meninggalkan gema.

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 yang terkenal dengan lagu Itu Kamu, Yang Pernah dan Aurora itu bakal membawa muzik yang mereka percayai jauh ke negara matahari terbit. Ditaja sendiri, langkah itu merupakan usaha Estranged untuk membawa muzik mereka ke pasaran baru, dan untuk kali ini ke Jepun.

Nampak seperti menyepi seketika daripada dunia hiburan tanah air, hakikatnya grup yang baru sahaja merealisasikan album berjudul Greatest Hits itu sering sibuk memenuhi persembahan di acara-acara tertutup. Malah, sepanjang waktu yang 'senyap' itu dipenuhi mereka dengan persediaan rapi di sesi latihan atau lebih tepat sesi jamming untuk beraksi di Jepun kelak.

Sebagai informasi, Estranged akan melakukan siri jelajah di Tokyo, Osaka dan Nagoya. Pengalaman dan pembelajaran berharga ini sudah pastinya akan dikongsi bersama-sama band-band tempatan Jepun untuk rangkaian lima buah gig yang membuahkan rasa semangat dalam jiwa bermuzik mereka.

ESTRANGED masih dianggotai ahli asal. Rich (depan sekali), (berdiri di belakang) Andy, Hanafi dan Din.


"Kami memang berasa seronok dapat melakukan gig di Jepun. Mudah-mudahan segala usaha dan kerja keras kami dapat menghasilkan sesuatu yang positif.

"Harapan kami, agar muzik kami dapat menembusi pasaran baru dan pada masa yang sama kami dapat belajar daripada pengalaman yang akan ditimba sepanjang sembilan hari di sana," ujar Rich yang merupakan vokalis Estranged.

Bakal beraksi sepanjang 30 hingga 45 minit di setiap pentas gig, Estranged akan membawakan sekitar lapan ke sembilan buah lagu yang sudah tentunya dipetik daripada album In Hating Memory, Remain Unknown dan Anugerah Hidup.

"Siri jelajah gig ini adalah usaha dan pelaburan Estranged sendiri dengan harapan yang tinggi untuk memperkenalkan muzik kami kepada orang Jepun. Walaupun hanya dapat menambat hati seorang rakyat Jepun, itu sudah memadai. Kalau dapat lebih ramai, itu akan menjadi bonus besar buat kami," ujar Estranged.

Sesungguhnya kata-kata itu kedengaran cukup merendah diri tetapi Estranged memang berani.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat