Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Tabung Haji serah zakat RM3.87 juta kepada Maik
- 25,360 penduduk Muar terima BR1M 3.0
- 90 pelajar PPKI sertai hidroterapi laut
Tabung Haji serah zakat RM3.87 juta kepada Maik Posted: Tabung Haji serah zakat RM3.87 juta kepada Maik
TUNAI ZAKAT. Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2013 bernilai RM3.87 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra selaku Yang Dipertua Maik berkenan menerima bayaran zakat tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH, Datuk Rozaida Omar. Menurut Rozaida, pembayaran zakat bagi negeri berkenaan meningkat sebanyak 11 peratus berbanding RM3.48 juta pada tahun sebelumnya. "Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2013 akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM46.29 juta berbanding RM41.21 juta bagi tahun 2012. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin dan Pengarah TH Kelantan, Mohd. Sawal Abong. | |
25,360 penduduk Muar terima BR1M 3.0 Posted: 25,360 penduduk Muar terima BR1M 3.0RAZALI (berdiri depan dua dari kanan) meninjau proses pengagihan BR1M bagi Parlimen Muar di SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor baru-baru ini. TERIMA BANTUAN. Seramai 25,360 penduduk di bandar Muar, Johor gembira selepas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 (BR1M) berjumlah RM15 juta yang berlangsung di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahkota Ahmad, Muar baru-baru ini. Menurut Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, angka itu lebih tinggi berbanding kira-kira 22,000 penerima berjumlah RM11 juta pada tahun lalu. Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kira-kira 8,000 penerima di Muar sudah menerima BR1M menerusi akaun, manakala selebihnya boleh mendapatkan baucar di Pusat Khidmat Parlimen Muar. | |
90 pelajar PPKI sertai hidroterapi laut Posted: 90 pelajar PPKI sertai hidroterapi lautSEBAHAGIAN daripada 90 pelajar kelas pendidikan khas daripada 32 buah sekolah di Besut mengikuti terapi pasir pantai di Pantai Bukit Keluang, Jertih, Terengganu. HIDROTERAPI. Seramai 90 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari 32 sekolah menengah dan rendah di daerah Besut menyertai Program Hidroterapi Laut di Pantai Bukit Keluang, Jertih, Terengganu baru-baru ini. Program anjuran Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Besut itu turut disertai 35 guru pelatih dan pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu, Kelantan. Penyelaras program, Che Alias Che Yusoff berkata, program tersebut bertujuan merangsang perkembangan minda dan membina keyakinan diri pelajar dalam membina proses sosialisasi yang sihat dan berdisiplin. "Selain itu, program ini juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar memahami diri serta saling berinteraksi dengan orang lain. "Ia sekali gus dapat mengurangkan tekanan dalam proses pembelajaran normal," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |