Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Penumpang guna pasport curi disyaki dari negara Asia Barat
- Buat pengakuan dalam bahasa Mandarin
- Bukan minyak pesawat MH370
Penumpang guna pasport curi disyaki dari negara Asia Barat Posted: Penumpang guna pasport curi disyaki dari negara Asia Barat
KAJANG - Dua penumpang lelaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikesan menggunakan pasport curi disahkan bukan rakyat Malaysia atau rakyat China. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, salah seorang daripada penumpang itu sudah dikenal pasti namun beliau enggan mendedahkan dengan alasan belum masa untuk berbuat demikian. "Semakan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka bukan rakyat Malaysia dan kita juga percaya kedua-dua individu itu bukan etnik Uyghur dari Xinjiang, China," kata beliau kepada pemberita selepas taklimat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Buat pengakuan dalam bahasa Mandarin Posted: Buat pengakuan dalam bahasa MandarinHISHAMMUDDIN (dua dari kanan) pada sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di Sepang semalam. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman. SEPANG - Teori kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikaitkan dengan perbuatan pengganas mendapat asas baharu semalam apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Briged Berani Mati China (Chinese Martyrs Brigade) tampil mendakwa mereka bertanggungjawab dalam kejadian itu. Spekulasi tersebut tersebar luas apabila sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan tersebut yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu. Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata, siasatan setakat ini menunjukkan tiada bukti kukuh bahawa kehilangan pesawat MH370 itu mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Bukan minyak pesawat MH370KESAN tompokan minyak yang ditemui pasukan APMM di perairan Laut China Selatan berdekatan Tok Bali, Pasir Puteh kelmarin dipercayai bahan api tongkang, bukannya minyak pesawat Penerbangan Malaysia. PASIR PUTEH - Keputusan analisis kimia terhadap tompokan minyak berwarna kuning yang ditemui Maritim Malaysia (APMM) kelmarin mendapati ia adalah bahan bakar yang digunakan tongkang dan bukan minyak pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu. Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Maritim Timur, Datuk Nasir Adam berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Petaling Jaya yang diterima pihaknya pada pukul 5 petang semalam. "Keputusan adalah negatif. Sampel tersebut dikategorikan minyak bahan bakar yang digunakan tongkang dan bukan oleh mana-mana pesawat udara," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |