{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Dua sektor baharu di Kulaijaya

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin berbasikal semasa melakukan lawatan kerja di Kampung Sri Gunung Pulai, Kulaijaya, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

KULAIJAYA 10 Mac - Kerajaan negeri akan membangunkan sektor penjagaan kesihatan dan pemprosesan makanan di daerah ini dalam usaha meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedua-dua sektor baharu itu berpotensi tinggi untuk dibangunkan berdasarkan kekuatan dan sumber yang terdapat di daerah ini.

"Daerah Kulaijaya sebelum ini amat dikenali dengan sektor pembuatan serta pelancongannya dan menerusi pelan pertumbuhan strategik ekonomi yang diperkenalkan kerajaan negeri, kita lihat sektor penjagaan kesihatan dan pemprosesan makanan juga berpotensi dimajukan.

"Kita berharap usaha yang dilakukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi ekonomi khususnya di daerah ini, malah penduduk setempat turut mendapat manfaat menerusi penglibatan mereka dalam kedua-dua sektor berkenaan," katanya sempena lawatan kerja di Kampung Sri Gunung Pulai di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Pegawai Daerah Kulaijaya, Mohd. Halim Hasbullah.

Mohamed Khaled turut meminta IRDA membuat kajian terhadap pembangunan di daerah ini yang merupakan sebahagian daripada kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, kajian menerusi Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia yang sedang dijalankan IRDA bagi kali kedua itu antara lain mahu melihat sejauh mana pembangunan yang dijalankan mampu memberi impak kepada sosioekonomi penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar memaklumkan, kerajaan negeri telah meminta Jabatan Hutan untuk membuat kajian tentang cadangan membuka semula Hutan Lipur Gunung Pulai 1 yang ditutup sebelum ini.

Bagaimanapun, perkara itu memerlukan kajian mendalam termasuk aspek keselamatan pengunjung sebelum sebarang keputusan dibuat kelak.

Lima pemimpin MCA angkat sumpah Ahli Majlis MPJBT

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

ENAM Ahli Majlis MPJBT yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Salehuddin Hassan di Dewan Mesyuarat MPJBT, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 10 Mac - Seramai lima ahli MCA semalam mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

Yang Dipertua MPJBT, Salehuddin Hassan berkata, selain lima ahli MCA itu, seorang ahli UMNO turut mengangkat sumpah bagi tempoh perkhidmatan bermula Februari lalu hingga Disember 2015.

Menurutnya, dengan pertambahan enam ahli itu, jumlah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan berkenaan kini seramai 21 orang dan tinggal tiga kekosongan lagi sebelum mencapai kuota maksimum .

"Kita masih menunggu tiga lagi Ahli Majlis iaitu dua daripada MCA dan seorang ahli UMNO untuk mengangkat sumpah bagi memegang amanah itu. Perkara ini kita harap dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Hari ini merupakan kali ketiga majlis angkat sumpah Ahli Majlis MPJBT diadakan dan bakinya diharap dapat dijalankan tidak lama lagi," katanya selepas Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis MPJBT.

Mereka yang mengangkat sumpah ialah Abdul Aziz Abdullah, 58; Ng Yew Aik, 49; Lim Soon Hai, 45; Tan Tuan Peng, 40 dan Leong Kwai Seng, 46, yang diketuai oleh Er Siau Kheng, 54, selaku Timbalan Ketua Whip MPJBT yang baharu.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Salehuddin dan disaksikan Setiausahanya, Farizal Ismail serta Ketua Whip, Samat Atan.

Dalam pada itu, Salehuddin berkata, Ahli Majlis mempunyai peranan penting sekali gus diharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada kawasan yang diwakili mereka dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat.

"Saya yakin dan percaya barisan yang dilantik ini dapat memberikan perkhidmatan yang baik untuk memperjuangkan nasib penduduk setempat meskipun bayaran yang diterima tidak seberapa," katanya.

RM3j atasi masalah bekalan elektrik Bukit Gambir

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

LEDANG 10 Mac - Kira-kira 30,000 penduduk di sekitar Bukit Gambir, dekat sini boleh menarik nafas lega apabila projek menggantikan kabel bawah tanah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kos lebih RM3 juta siap bulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan berkata, sebelum ini, penduduk dan peniaga di kawasan itu yang kini pesat membangun sering terputus bekalan elektrik sehingga mengganggu urusan harian mereka.

"Kawasan Bukit Gambir sebelum ini mendapat bekalan dari kawasan Sungai Mati dan apabila berlaku litar pintas disebabkan kekurangan bekalan, keadaan ini mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

"TNB berjaya menyiapkan projek talian atas voltan tinggi 11 kilovolt (kV) ini dengan dua litar yang menelan belanja RM3 juta pada 10 Februari lalu," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat DUN Gambir di Bandar Bukit Gambir dekat sini hari ini.

Menurutnya, projek itu bermula dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Grisek ke Stesen Salur Utama (SSU) Bukit Gambir sejauh 11.5 kilometer melibatkan penggantian kabel lama yang uzur dan kerap mengalami kerosakan.

Beliau berkata, pembangunan pesat di Bukit Gambir sejak kebelakangan ini dengan pertambahan kawasan perumahan dan perniagaan memerlukan bekalan elektrik mencukupi.

"Pelaksanaan projek ini merupakan satu komitmen pihak kerajaan kepada rakyat dan usaha menaik taraf kabel bawah tanah memberi manfaat kepada seluruh penduduk di Bukit Gambir," katanya sambil memberitahu masalah itu dibangkitkan beliau semasa menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri sebelum ini.

Katanya, Bukit Gambir perlu memiliki bekalan elektrik yang konsisten kerana pembangunannya sedang rancak selain aktiviti ekonominya ditambah dengan pembukaan Plaza Tol Bukit Gambir Januari lalu.

"Selaku wakil rakyat di kawasan Gambir, saya berterima kasih kepada pihak kerajaan dan TNB yang mendengar permasalahan rakyat dan berjaya melaksanakan projek ini untuk keselesaan hidup rakyat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat