Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Polis rungkai rahsia simulator Posted: Polis rungkai rahsia simulator
SEPANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti data log tiga jenis permainan simulator yang dijumpai dalam program simulator milik juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga jenis permainan yang dijumpai itu adalah Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X Flight 10. Beliau bagaimanapun, memberitahu, hasil penelitian pihaknya yang turut disertai oleh pakar forensik dari Cybersecurity, MAS dan pakar luar mendapati, data log kepada simulator milik juruterbang berkenaan telah dipadamkan pada 3 Februari lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Tiada pesawat terbang rendahSEPANG - Malaysia menolak dakwaan yang menyatakan sebuah pesawat dipercayai milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilihat terbang rendah di sekitar kepulauan Maldives. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakan sejawat beliau di negara itu ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut adalah tidak benar. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa laporan yang mendakwa radar tentera Thailand kelmarin telah mengesan sebuah pesawat mungkin dipercayai milik MAS selepas beberapa minit sistem komunikasinya dipadamkan juga masih belum dapat disahkan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
5 sahabat maut dalam kemalangan Posted: 5 sahabat maut dalam kemalanganOleh SYALMIZI HAMID BUTTERWORTH – Kegembiraan lima sahabat yang baru selesai menonton wayang bertukar tragedi apabila kesemua mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 141.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru dekat sini kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian pukul 10 malam itu, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Nibong Tebal dengan menaiki kereta jenis Hyundai selepas menonton wayang di sebuah kompleks beli-belah dekat sini sebelum terbabas dan melanggar pokok. Kemalangan itu menyebabkan Tan Chee Win, Song Jing Ming dan Chye Zhi Fei yang masing-masing berusia 17 tahun dan pemandu kereta Mar Jin Quan, 18, maut di tempat kejadian manakala Ngan Wei Ming, 17, mati sebaik tiba di Hospital Sebarang Jaya (HSJ) di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |