Kosmo Online - Stailo
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Stailo |
- Bukan sekadar milik pendekar dan raja
- Tanjak songsang Altimet
- Perkembangan trend lelaki kontemporari
Bukan sekadar milik pendekar dan raja Posted: Bukan sekadar milik pendekar dan rajaOleh ALIF ABU BAKAR REKAAN tanjak urban Kotak Hitam berjaya menarik minat anak-anak muda untuk kembali bertanjak. KALAU dihimpun setiap jenis tengkolok, destar atau tanjak Melayu, pasti ramai yang terlopong hairan. Lebih-lebih lagi orang sekarang yang sangat cetek pengetahuan- nya terhadap warisan silam itu. Nama-nama seperti Tanjak Lang Melayang (Terengganu), Tengkolok Putera Kayangan (Perlis), Tanjak Pari Mudik (Selangor), Destar Patah Kepak (Perak), Destar Raja Naik Bersiram (Pahang), Destar Dendam Berahi (Negeri Sembilan), Destar Ketam Budu (Kelantan), Destar Siga (Sabah), Tanjak Tebing Laksamana (Johor), Destar Laksamana Kedah (Kedah) dan Tanjak Bugis Tak Balik (Sarawak) barangkali asing dalam kalangan orang awam. Perkembangan tanjak dalam peradaban orang Melayu berlaku secara berperingkat. Berteraskan catatan sejarah, tanjak mula dipakai lelaki Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia bertujuan menutup kepala dan mengemaskan rambut yang panjang. Begitupun, kajian ilmu terhadap kegemilangan aksesori klasik itu jarang diberi perhatian. Kesannya dapat dilihat hari ini. Kanak-kanak termasuk golongan muda menyimpan tanggapan kuno apabila ditanya tentang tanjak. Kata mereka, ia ketinggalan zaman dan hanya untuk pendekar. Konsep pemahaman yang diguna pakai itu sebenarnya mencalarkan imej tanjak dalam masyarakat kita sendiri. Pada hakikatnya, tanjak bukan sekadar untuk raja, bangsawan ataupun pahlawan seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. TANJAK, tengkolok atau destar klasik diperbuat daripada kain sutera asli. - Gambar hiasan Tanjak urban Rakyat biasa yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan pada zaman dulu juga tidak terkecuali menjadikan tanjak sebagai penutup kepala setiap hari. "Kita boleh labelkan ia sebagai serban untuk orang Melayu. Serban yang fungsinya kini lebih condong untuk beribadat diperkenalkan orang Arab. Konsepnya juga sama seperti tanjak iaitu menutup kepala," pendapat ilmiah daripada pengasas Kotak Hitam Art Studio/Clothing (Kotak Hitam), Hazriansyah Kamalsha, 29, yang mesra disapa Tok Pek ketika ditemui baru-baru ini. Di bawah Kotak Hitam, Hazriansyah bersama rakan kongsinya, Ahmad Mustaqim Rodzuan, 26, memperbaharui tanjak Melayu. Objektif mereka adalah untuk memupuk kecintaan anak- anak muda terhadap warisan klasik dan secara tidak langsung mengembali- kan kegemilangan tanjak. Gerakan murni itu bermula menerusi perancangan revolusi dan transformasi pada tahun 2011. Mereka menyasarkan lebih 50 peratus orang Melayu Malaysia memakai tanjak sebagai aksesori harian. Begitupun, ia masih jauh untuk direalisasikan. Setahun kemudian iaitu pada tahun 2012, Kotak Hitam cuba mengkomersialkan rekaan tanjak urban mereka. Acara pakaian label tempatan Getup Kluang! di Kluang, Johor menjadi platform awal mereka. Berpandukan satu prototaip, mereka menerima maklum balas positif. Tidak menunggu lama, Kotak Hitam lantas mengeluarkan tanjak daripada lima jenis material. Denim gelap, denim terang, korduroi gelap, korduroi terang dan celoreng bomba adalah pertaruhan awal mereka. "Sebenarnya kami mahu gunakan celoreng askar tapi tidak jumpa. Namun sekarang kami telah mempunyai rangkaian tanjak dengan celoreng tersebut," jelas Hazriansyah. Pilihan fabrik tersebut menyimpang jauh daripada penggunaan songket bagi menghasilkan tanjak klasik. Kegilaan anak muda terhadap denim banyak memberi impak kepada perkembangan tanjak keluaran Kotak Hitam. Tamba- han lagi ia ringkas dan polos tanpa sebarang motif. Saiz tanjak juga disesuaikan dengan ciri pelekat velcro. Berukuran 30 x 30 inci, saiz tersebut berbeza daripada kiraan tradisional yang menggunakan nombor ganjil bermula daripada 31 hingga 41 inci. Saiz lama itu lebih panjang dan lebar kerana ia perlu diikat secara manual.
Aksesori Tanjak selalunya diukur mengikut kepala lutut kerana saiznya sama dengan lilitan kepala. Ciri boleh laras tanjak Kotak Hitam juga diakui sendiri Hazriansyah sebagai salah dalam konteks tanjak tradisional. Mengikut syarat asal, satu tanjak hanya direka untuk satu kepala. Ia tidak boleh bertukar milik. Ahmad Mustaqim menambah, usaha mempromosikan tanjak sebagai aksesori harian di negara ini bagaimanapun berdepan sedikit tentangan. Pertembungan prinsip antara orang lama dan Kotak Hitam tentang pengubahsuaian dan adaptasi fungsi tanjak menyulitkan kelancaran gerakan. Begitupun, teguran itu bukanlah secara kasar, malah lebih kepada pesanan. Tanggungjawab memulangkan semula keagungan tanjak Melayu dalam kalangan anak muda turut diiringi penye- baran maklumat tentang pemakaian tanjak dengan betul. Buktinya, setiap pembeli tanjak urban Kotak Hitam wajib mendengar penjelasan khusus berkenaan bahagian-bahagian tanjak, maksud lapisan dan lambaian, cara pemakaian serta pantang larang. "Kami tidak mengejar keuntungan semata-mata. Kami mahu setiap pelanggan memahami sepenuhnya fungsi dan cara memakai tanjak mengikut syarat yang betul," dedah Ahmad Mustaqim. Lipatan Menyentuh proses peng- hasilan, Ahmad Mustaqim memberitahu, secara tradisinya, setiap tanjak daripada fabrik songket memakan masa selama tujuh hari untuk disiapkan sepenuhnya termasuk upacara khas. Lipatan tanjak mengikut urutan lama dibahagikan kepada 10 langkah. Didahulukan dengan langkah bermula, diikuti risik melangkah, risik bertemu, cincin dikembang, lambai kasih, kasih berjawab, kasih bermula, bertemu kasih, gelombang kasih dan diakhiri bersama lambaian kasih. Bagi tanjak urban Kotak Hitam, tapaknya terdiri daripada lima lapis. Ia masih mengekalkan bilangan ganjil yang kebiasaannya ditetapkan sama ada satu, tiga, lima atau tujuh lapisan tapak. Hanya penghujung tanjak sebelah kiri boleh dinaikkan memandangkan sebelah kanan khusus untuk raja dan kerabatnya sahaja. Selain tanjak, Kotak Hitam juga giat mempromosikan jaket layang yang menyerupai pakaian tradisional Melayu yang sering dipadankan bersama tanjak. Sebagai suntikan kelainan, ia direka dengan material denim dan fabrik bercorak celoreng. Baju-T Pusaka Warisan yang turut dicipta Kotak Hitam pula mengangkat kehalusan seni motif pucuk rebung. | |
Posted: Tanjak songsang Altimet
EDISI ke-28 Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada bulan Januari lalu menyaksikan kejayaan lagu Kalau Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael menyandang tempat ketiga. Selain mencipta sejarah sebagai lagu genre hip hop pertama yang diangkat dalam kelompok tiga terbaik, penampilan Altimet di pentas akhir AJL itu turut mencuri perhatian. Jika diteliti, Altimet ialah artis kedua yang menggayakan tanjak pada malam itu (selepas vokalis kumpulan Salam Musik Ashraaf Salam A. Azlan pada persembahan pertama). Pemakaian tanjak dalam persembahan oleh seseorang artis sejak kebelakangan ini semakin meningkat. Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 36, yang menggayakan tanjak urban rekaan celoreng daripada Kotak Hitam Art Studio/Clothing (Kotak Hitam) pada malam akhir AJL menjelaskan, ada sebabnya mengapa dia memilih tanjak. "Ketika persembahan, saya memakai tanjak songsang iaitu tanjak yang dipakai secara terbalik. Ia dipakai sedemikian sebagai simbolik berperang atau memberontak. "Pada malam tersebut, saya berjuang untuk muzik hip hop. Alhamdulillah, perjuangan itu berbaloi dan kalau ada yang perasan, saya ubah tanjak kembali kepada pemakaian normal sebagai tanda keraian," terang Altimet. Sebagai penggemar aksesori kepala, terutama- nya topi, Altimet merasakan tanjak urban dari- pada Kotak Hitam amat praktikal dari segi pela- rasan. Menurut penyanyi rap itu, dia mudah sakit kepala jika topi yang dipakai terlalu ketat dan tidak boleh dilaraskan. | |
Perkembangan trend lelaki kontemporari Posted: Perkembangan trend lelaki kontemporariGolongan lelaki tidak lagi mengehadkan diri terhadap gaya tipikal yang membosankan, malah telah berani mencuba stail moden yang bersifat kontemporari. KINI lelaki bebas memilih fesyen mengikut kehendak sendiri. PAKAIAN lelaki moden atau kontemporari adalah salah satu ekspresi komunikasi bersifat peribadi. Perubahan gaya dan sikap pengguna lelaki telah mendorong kebanyakan pereka untuk mengelak daripada stail yang terlalu mengikut peraturan. Mematuhi manual undang-undang stail secara menyeluruh bukanlah kaedah tepat untuk tampil bergaya. Pakaian kontemporari misalnya, menawarkan kaum Adam peluang bagi menyerlahkan individualiti. Pada masa kini, rekaan pakaian kontemporari lelaki menjadi lebih mencabar dengan pelbagai pilihan. Dulu, imej lelaki berkemeja dan tali leher mewakili golongan profesional dan korporat. Jean dan kemeja-T pula mewakili golongan muda dan remaja. Namun kini sesiapa pun boleh memakai apa jua pakaian yang mereka inginkan tanpa perlu bimbang pelabelan tradisional. Jika lelaki memilih untuk memakai sut, itu adalah kerana kehendak mereka sendiri. Begitu juga jika mereka yang selesa memadankan kasut sneaker dan sut, tiada siapa berhak mempersoalkannya kerana itu merupakan pilihan individu. Kita dapat lihat di sekeliling kita, lelaki tampil dengan gaya tersendiri. Mereka juga bijak menggabungkan pilihan pakaian yang dapat menyerlahkan gaya, identiti dan keperibadian. Pilihan pakaian yang ada di pasaran sangat banyak dan tiada batasan dari segi bentuk, gaya dan warna. Namun perlu diingat, apabila menggayakan sesuatu pakaian berserta padanannya, pastikan anda melihat ia secara keseluruhan. Sut, jaket, kemeja, tali leher, seluar dan kasut anda mungkin berkualiti dan berjenama hebat tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan antara satu sama lain? Jejaka urban Tampil bergaya dan stailo hanya dapat dicapai jika kita bijak menata gaya secara keseluruhan. Bagi mereka di luar sana, anda tidak perlu keliru apabila memperkatakan tentang aliran fesyen terkini. Dengan mengambil inisiatif untuk bereksperimen, antaranya dengan memadankan pilihan pakaian dan aksesori yang selesa dipakai serta mampu menarik pandangan mereka yang melihat. Sebut sahaja majalah yang menjadi rujuka fesyen seperti GQ, Details dan Portfolio, semuanya boleh didapati dengan mudah di pasaran. Nasihat saya, bila beli janganlah setakat menyelak sahaja tetapi cuba gunakan majalah-majalah ini sebagai panduan untuk belajar mengenai trend, padanan pakaian dan aksesori. FESYEN lelaki kini berubah mengikut perkembangan trend. Cuba belajar tentang padanan pakaian yang betul untuk sesuatu majlis. Terdapat banyak artikel yang boleh mengayakan minda dan semua itu adalah ilmu, terutamanya untuk anda yang sentiasa berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Apa sekalipun, meniru trend fesyen tidak semestinya anda boleh bergaya secara berlebihan. Pilihlah rekaan yang sesuai dengan budaya kita, asalkan ia tidak keterlaluan. Kita boleh mengambil inspirasi daripada gaya, rekaan atau apa sahaja yang dipaparkan di dalam majalah tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan diri kita. Potongan badan, ketinggian dan warna kulit perlu diambil kira. Sama ada kita akui atau tidak, kini ramai jejaka urban di Malaysia yang mula keluar daripada kepompong pemakaian konservatif. Mereka mengubah aliran mengikut perkembangan trend kontemporari. Pertambahan golongan profesional muda juga mempercepatkan lagi pengaruh trend dan fenomena ini. Pengaruh iklan dalam media cetak atau elektronik yang menampilkan pakai- an, kaca mata dan kereta selalunya menampilkan model-model lelaki yang penuh keterampilan, memujuk golongan lelaki di luar sana untuk tampil serupa dengan apa yang dipaparkan. Sememangnya lelaki kini tidak mahu lagi menjadi kumpulan jantina yang kurang menarik. Lelaki sekarang menghias diri seperti merak jantan lengkap dengan pembentukan imej yang lebih sempurna dan berketerampilan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Stailo To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |