{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Sampah ‘cemar' Mentari Court

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

NOOR Ismail Mohd. Ali menunjukkan longkang berhampiran Pangsapuri Mentari Court, Jalan PJS 8, Petaling Jaya yang dipenuhi sampah sarap akibat sikap tidak bertanggungjawab penghuni terutama dalam kalangan warga asing. - UTUSAN/ WAHIDIN SALIM

PETALING JAYA 17 Mac - Tidak menghairankan jika Pangsapuri Mentari Court di Jalan PJS 8 mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi di Petaling Jaya, sebanyak 173 kes daripada 655 kes sehingga Febuari lalu, apabila persekitaran empat blok pangsapuri tersebut didapati begitu kotor dan menjijikkan.

Kegagalan pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dengan sempurna terutama melibatkan kolam renang dan tangki air selain kerja-kerja pembersihan dan pengutipan sampah sekali gus menjadi penyumbang utama kepada masalah ini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan perumahan bertingkat itu baru-baru ini hanya kurang sebulan selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramanian mengadakan lawatan ke kawasan itu.

Namun keadaan persekitaran tidak banyak berubah terutama melibatkan aspek kebersihan.

Keadaan persekitaran didapati terus dicemari sampah sarap selain tangki air bocor yang dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk belum diperbaiki.

Tinjauan di Blok F pangsapuri berkenaan turut mendapati longgokan sampah di belakang rumah sampah yang disediakan juga memberi gambaran sikap sebenar penghuni.

Sampah sarap tidak hanya memenuhi halaman pangsapuri, bahkan longkang berhampiran turut tersumbat.

Rata-rata penduduk ditemui mengakui menyedari situasi yang dianggap semakin parah itu.

Sambil meletakkan faktor kebanjiran warga asing yang hampir 70 peratus menyewa pangsapuri itu, penduduk berharap pihak bertanggungjawab segera tampil menyelesaikan masalah itu.

Seorang lelaki berusia 40-an, yang ditemui berkata, kebanjiran warga asing di kawasan perumahan itu benar-benar membimbangkan.

Katanya, kumpulan warga asing yang lagak lebih daripada penduduk tempatan itu membawa budaya mereka sendiri.

Ini termasuklah tidak menitikberatkan soal kebersihan.

"Sikap mereka yang suka membuang sampah dari tingkat atas sehingga menyebabkan halaman pangsapuri kotor benar-benar me-rimaskan," katanya yang enggan mendedahkan nama mahupun gambarnya dirakamkan kerana bimbangkan keselamatannya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Mentari Court, Noor Ismail Mohd. Ali berkata, pangsapuri itu dihuni kira-kira 10,000 orang, iaitu 2,000 orang daripadanya terdiri pelajar-pelajar kolej tempatan, manakala 1,000 lagi warga asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, China, Bangladesh dan Afrika.

Dia yang menggambarkan pangsapuri itu sebagai pangsapuri antarabangsa' mengakui kebanjiran warga asing itu menimbulkan keresahan penduduk yang bukan sahaja bimbangkan keselamatan, tetapi juga kesihatan mereka.

"Walaupun pangsapuri di sini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan mempunyai persekitaran yang menarik, namun ia menjadi sebaliknya apabila ia tidak diselenggarakan dengan sempurna," katanya.

Tambahnya, limpahan air daripada tangki bocor sehingga mengakibatkan air bertakung di Blok F pangsapuri itu juga turut menjadi punca pembiakan nyamuk di kawasan itu.

Sumber Air di kaki bukit terus jadi tumpuan

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Hasnah Che Abdulah, 58 (kiri) Kamarudin Jusoh,42 (empat kanan) dan Affendy Mohamed, 53 (tiga kanan) menunggu giliran untuk mengambil air sumber dalam tanah di Jalan Hulu Yam Bharu untuk keperluan harian di sebabkan masalah air sejak beberapa bulan lalu di sini, hari ini. - Utusan/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 13 MAC 2014 - Air Empangan Sungai Selangor susut teruk di sebabkan cuaca panas dan berjerebu yang melanda sejak beberapa bulan lalu hingga mengakibatkan gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur semasa gambar di rakamkan di sini, hari ini. GAMBAR : AZLAN HADI ABU BAKAR / PEMBERITA : AINIZA (MEJA KOTA UTUSAN)

HULU SELANGOR 17 Mac - Ketika beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi krisis bekalan air, mujur masih ada sumber air bukit yang disifatkan sebagai penyelamat dan dapat mengurangkan tekanan akibat terputus bekalan dan terpaksa dicatu.

Air bukit yang mengalir dari celah tebing berhampiran kawasan hutan lipur di beberapa kawasan di Selangor terus menjadi tumpuan pengunjung sehingga larut malam terutama dari Kuala Lumpur .

Situasi ini dapat dilihat disepanjang laluan Jalan Hulu Yam-Kuala Kubu berhampiran Hutan Lipur Hulu Yam dekat sini.

Tinjuan Utusan Malaysia mendapati empat batang saluran air bukit sepanjang laluan di situ menjadi tumpuan pengunjung yang membawa tong dan bekas masing-masing.

Walaupun aliran airnya agak perlahan pengunjung tetap sabar menunggu giliran masing-masing.

Air bukit dikatakan mempunyai rasa tersendiri menyegarkan dan sangat menghilangkan dahaga lebih-lebih di kala negara teruk di landa musim panas.

Difahamkan, fenomena air bukit dipercayai berlaku juga di beberapa kawasan lain seperti laluan berbukit di Puncak Alam, Shah Alam dan Hulu Langat.

Seorang pengunjung Kamarudin Jusoh, 42, berkata, dia sanggup datang dari Serendah semata-mata untuk menadah air bukit di situ bagi kegunaan seharian keluarganya.

"Saya datang ke sini sekali da-lam tempoh seminggu atau sebulan. Tetapi apabila berlaku gangguan bekalan air seperti sekarang, kunjungan saya ke sini lebih kerap," katanya.

Bapa kepada lima orang anak ini berkata, dia sekeluarga hanya menggunakan air bukit untuk tujuan minuman kerana percaya kepada kualiti air nya yang bersih.

"Air bukit ini walaupun disimpan sehingga berminggu-minggu lamanya, ia tetap bersih dan jernih, berbeza air paip, dua atau tiga hari disimpan pasti berkeladak dan kotor," katanya.

Sementara Afandi Mohamed, 53, berkata dia sanggup datang dari Bandar Sungai Buaya, Rawang ke kawasan itu semata-mata mahu mengambil air yang lebih segar.

Katanya, walaupun terpaksa menunggu giliran mengambil air berjam-jam lamanya, dia tetap bersabar.

"Saya datang ke sini dua minggu sekali dan kebiasaannya saya membawa beberapa buah tong dan bekas untuk simpanan air sehingga sebulan," katanya

Menurutnya, akibat terlalu ramai dan perlu lama menunggu giliran untuk menadah air bukit tersebut, mereka memanggil air bukit tersebut sebagai Air Sabar Menunggu'.

Pendapat Afandi turut dipersetujui surirumah Che Hasnah Che Abdullah, 58, yang datang dari Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Dia berkata, sejak mengamalkan meminum air bukit itu kesihatannya lebih baik.

"Mak cik lebih selesa meminum air semula jadi ini dan sentiasa memastikan bekalan air bukit ini tidak putus dan dijadikan simpanan di rumah," katanya.

Peluang lihat model tren MRT

Posted: 17 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

BEBERAPA pengunjung melihat tren MRT yang dipamerkan buat pertama kali di KL Sentral, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD NAQUIB ZUBIR

KUALA LUMPUR 17 Mac -Orang ramai berpeluang melihat secara dekat tren sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang dipamerkan di balai ketibaan Ekspres KLIA, KL Sentral bermula hari ini hingga 18 Mei dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd., (MRT Corp), Amir Mahmood Razak berkata, tren tersebut ditempatkan di lokasi tersebut bagi memperkenalkan kemudahan tersebut kepada masyarakat.

"Pengangkutan awam merupakan aspek penting kepada masyarakat dan disebabkan itu, kami mahu mereka merasai sendiri suasana dalam tren baharu sebelum beroperasi sepenuhnya.

"Perkara ini juga membantu dalam memberi pendedahan kepada mereka mengenai sistem rel bandar moden masa depan terutama terhadap penduduk di Lembah Klang yang bakal menggunakannya pada tahun 2017," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar semasa lawatan para wartawan bagi melihat model tren MRT di Lembah Klang laluan Sungai Buloh-Kajang di KL Sentral di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp, Tom Khella dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pengangkutan Bandar, Sistem Rel Siemens AG, Sandra Gott-Karlbauer.

Menurut Amir Mahmood, terdapat bahagian-bahagian tren tersebut yang akan dihasilkan di beberapa negara termasuk Malaysia.

"Bahagian-bahagian tersebut akan dipasang di kilang di Rasa, Hulu Selangor oleh SMH Rail Sdn. Bhd. di bawah penyeliaan Siemens dan merupakan yang pertama kali dilakukan di tanah air," katanya.

Tambahnya, tren tersebut tidak mempunyai pemandu kerana menerapkan sistem automatik secara keseluruhannya selain mempunyai reka bentuk yang menarik.

"Reka bentuk tren ini dipanggil sebagai Cahaya Pedoman' yang menampilkan ciri dinamik, anggun serta perkembangan teknologi di Kuala Lumpur. Malah ciri-ciri di dalam pengangkutan itu dijadikan bahan rujukan terhadap seni bina simbolik di ibu negara," katanya.

Menurutnya keseluruhan tren tersebut bernilai RM1.36 bilion dan sejumlah 58 set dibina dengan masing-masing empat gerabak berkapasiti 1,200 penumpang atau 300 orang bagi setiap gerabak.

Katanya dengan kekerapan tren setiap 3.5 minit, ia dianggarkan mampu membawa 400,000 penumpang setiap hari dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata, bagi jajaran pertama projek iaitu Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer yang melibatkan dua fasa iaitu fasa 1 dari Stesen Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur ke Stesen Semantan di Damansara, dijangka beroperasi pada Disember 2016.

"Seterusnya, fasa 2 dari Stesen Semantan ke Stesen Kajang di tenggara Kuala Lumpur, dijadual beroperasi pada Julai 2017 yang juga melengkapkan keseluruhan stesen yang dibina," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat