Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
- Batal jika bacaan IPU 'tidak sihat'
- Aidil Zafuan selamat nikahi Zarema
- Sarawak tiada penggempur robek Lions XII
Batal jika bacaan IPU 'tidak sihat' Posted: Batal jika bacaan IPU 'tidak sihat'Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan aksi Liga Malaysia terutama di Lembah Klang jika mendapati bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat. Buat masa ini, FAM mengambil langkah berjaga-jaga dan masih memantau keadaan jerebu yang kini teruk melanda Selangor serta Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Mohd. Shazli Shaik Mohd. memberitahu, keputusan untuk membatal atau meneruskan perlawanan bergantung kepada bacaan IPU semasa. "Kami sedang memantau situasi jerebu yang melanda terutama di Lembah Klang dan mungkin perlawanan akan dibatalkan jika jerebu semakin membimbangkan. "Kementerian Kesihatan telah meletakkan garis panduan yang mana IPU 150 ke bawah, masih selamat untuk diteruskan perlawanan. "Semua pihak maklum bahawa bacaan IPU di Kuala Lumpur dan Selangor tidak begitu konsisten dan ia agak menyukarkan FAM untuk membuat keputusan. "Namun, jika bacaan IPU 200 ke atas, perlawanan sudah pasti akan ditangguhkan kerana keadaan jerebu yang teruk akan memudaratkan pemain, pegawai pasukan dan pengadil," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Dalam perkembangan sama, Pengerusi JKPT FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berharap peminat bola sepak tidak cepat panik dengan situasi tersebut. Menurut Afandi, pihaknya telah berbincang dengan Sekretariat FAM dan mereka telah bersetuju untuk menangguhkan perlawanan jika bacaan IPU mencapai tahap tidak sihat. "Perkara ini hanya merujuk kepada aksi di Lembah Klang. Kita sedang melihat perkembangan cuaca dari semasa ke semasa. "Jerebu teruk telah melanda di beberapa venue pertandingan. Kita tidak boleh mengambil risiko untuk mengadakan perlawanan jika bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat. "Saya berharap peminat-peminat memahami situasi sebenar dan tidak membuat sebarang spekulasi," katanya. | |
Aidil Zafuan selamat nikahi Zarema Posted: Aidil Zafuan selamat nikahi ZaremaADIL ZAFUAN dan Zarema bergambar dengan sebahagian teman mereka selepas majlis pernikahan di Klang, Selangor semalam. DENGAN sekali lafaz, kapten skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak sah bergelar suami kepada Zarema Zainal. Majlis pernikahan itu berlangsung di rumah kediaman pengantin perempuan di Pandamaran, Klang, Selangor pagi semalam. Zarema, 28, menerima wang hantaran berbentuk cek bernilai RM17,000 dan mas kahwin sebanyak RM7,000. Aidil Zafuan, 27, turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalasnya dengan 11 dulang. Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur hari ini dan majlis pihak lelaki akan berlangsung 30 Mac ini. Sebelum ini, Aidil Zafuan mendirikan rumah tangga bersama aktres, Rita Rudaini pada 28 Februari 2008 di Thailand dan dikurniakan dua orang anak - Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2. | |
Sarawak tiada penggempur robek Lions XII Posted: Sarawak tiada penggempur robek Lions XIIOleh NOR AZIRAN YUNUS KETUA jurulatih Sarawak, Robert Alberts resah memikirkan penyerang yang mampu menggalas tugas utama merobek benteng Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Negeri Sarawak di Kuching malam ini. Ia berikutan krisis kecederaan yang masih menghantui dua penyerang utama skuad Bujang Senang - Milorad Janjus dan Muamer Salibasic. Menurut Alberts, beliau kini hanya memiliki Akmal Rizal Rakhli manakala penyerang import yang baharu, Ryan Griffiths hanya boleh beraksi selepas jendela perpindahan pemain dibuka 22 Mac ini. Bagaimanapun, Alberts, Akmal masih belum bersedia untuk bermain selama 90 minit kerana bekas penyerang kebangsaan itu baru pulih daripada kecederaan. "Miki (Janjus) dijangka masih tidak dapat diturunkan kerana belum cergas dan Salibasic juga perlu berehat panjang kerana kecederaan lutut. "Saya tiada alternatif melainkan membuat perubahan posisi dengan meletakkan pemain tengah, Joseph Kalang Tie selaku penyerang," katanya kepada Kosmo! di Kuching semalam. Alberts berkata, beliau juga boleh meletakkan dua pemain sayap - Mohd. Rashid Aya atau Ashri Chuchu di posisi penyerang. Mengulas pertemuan dengan Lions XII, Alberts menegaskan, beliau tidak mahu ketiadaan penyerang dijadikan alasan untuk mereka menyerah kalah dalam pertemuan itu nanti. "Untuk berhadapan lawan seperti Lions XII, kami perlu tenang dan fokus sepanjang 90 minit permainan. Sedikit kelekaan kami pasti dihukum. "Saya juga tidak mahu melihat rekod lalu. Ketika kali terakhir bertemu mereka dalam kempen Piala Malaysia tahun lalu, kami tewas 1-2 di gelanggang sendiri," katanya. Selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super, Sarawak menghuni tangga kelima dengan sembilan mata, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Kelantan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |