Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Program kualiti tarik pelajarKolej Sri menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti luar negara seperti di Eropah dan Asia Tenggara bagi menawarkan program berkualiti.
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan tinggi dalam menjamin masa depan menyebabkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Namun dalam keghairahan itu, masyarakat perlulah mengenalpasti IPTS yang betul-betul menawarkan program pengajian berkualiti serta memenuhi pasaran kerja ketika ini. Salah satu IPTS yang memenuhi kriteria-kriteria tersebut ialah Kolej Sri yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Kolej yang dibuka pada tahun 2004 itu, baru-baru ini telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi meningkatkan kualiti para pelajarnya. Antara langkah yang diambil ialah mendapatkan lesen daripada pihak Jabatan Pengajian Tinggi untuk merekrut pelajar antarabangsa serta menjalin kerjasama dengan universiti-universiti di luar negara. Menurut Dekan Akademik dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Kolej Sri, Manivanan Saman, pihak kolej sedang giat menyusun program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta modul peningkatan kerjaya bagi menarik minat pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di kolej tersebut. "Pihak kami sedia membantu pelajar-pelajar asing berkenaan hal-hal akademik, kemasukan, orientasi dan keperluan kaunseling sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran di sini," katanya. Selain itu, Kolej Sri turut menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti luar negara seperti di Eropah dan negara-negara Asia Tenggara. Ia bagi membolehkan Kolej Sri dan universiti-universiti tersebut menjalankan program pertukaran pelajar serta kakitangan kolej. Menurut Manivanan, pertukaran tersebut bertujuan membantu pelajar dan kakitangan kolej mempelajari cara untuk bekerja dalam budaya yang berbeza. "Kami mahu mereka belajar di luar negara, menghadiri sesi-sesi ceramah yang diberikan oleh penceramah terkenal dan belajar mengenai kaedah pembelajaran di sana," katanya. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan di pasaran kerja ketika ini. Namun masih ramai graduan yang menganggur kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan. "Kini, majikan bukan sahaja mencari pekerja yang berkelayakkan dan mahir malah mereka juga mencari individu-individu yang mempunyai perspektif global," katanya. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di Kolej Sri, sila hubungi 03-6279 5588 atau layari laman web http://www.sricollege.edu.my/. | ||
Pil kunyit bantu sembuh penyakit Posted: Pil kunyit bantu sembuh penyakit
PENGELUAR produk kesihatan berasaskan Islam, Anugerah International Sdn. Bhd. melancarkan produk terbaharunya Pil Kunyit Anugerah di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pil tersebut dihasilkan daripada campuran kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa bersama teh hijau hasil daripada kajian saintifik. Di dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit adalah herba utama yang digunakan dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan yang paling mujarab. Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker, kunyit merupakan bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan dari serangan penyakit. "Kunyit merupakan bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden. "Sebiji pil dari ekstrak kunyit ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di dapur," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pil tersebut baru-baru ini. Tambah beliau, kunyit juga mempunyai keupayaan antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas yang merupakan punca berlakunya kanser. Mengulas mengenai produk teh hijau pula, beliau memaklumkan bahawa tumbuhan tersebut mengandungi bahan aktif yang bernama catechins yang boleh mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan. "Satu kajian yang dilaksanakan di Switzerland membuktikan mereka yang mengamalkan pengambilan teh hijau setiap hari berjaya meningkatkan tahap memori dan menghalang pembentukan plak yang menjadi punca kepada penyakit Alzheimer," katanya. Selain daripada menyembuh dan menghalang penyakit, pil berharga RM58 itu juga ditenagakan dengan bacaan juzuk al-Quran dan doa-doa syifa untuk memulihkan kesihatan. Menurut bekas peserta Imam Muda, Ustaz Azhar Ghazali, pil tersebut bukan sahaja hebat daripada segi kajian saintifik malah turut dibacakan al-Quran dan doa oleh tahfiz yang bertauliah. "Gabungan ini bukan sahaja baik untuk mengatasi masalah penyakit-penyakit berbahaya malah orang sihat juga digalakkan mengambilnya," katanya sambil memaklumkan pil tersebut juga baik untuk mencegah sebarang penyakit. Untuk maklumat lanjut mengenai khasiat kunyit dan teh hijau yang terdapat dalam Pil Kunyit Anugerah, orang ramai boleh melayari laman web www.anugerahquran.com atau hubungi 03-20727777.- MOHD. SHAZWAN YUSOP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |