Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Berita tidak sahih beri kesan siasatan, keluarga
- Kerajaan tidak sembunyi maklumat - Hishammuddin
- Tiada bukti kehilangan pesawat berkait dengan kumpulan dari China
Berita tidak sahih beri kesan siasatan, keluarga Posted: 10 Mar 2014 02:43 AM PDT SEPANG 10 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta pihak media dan orang ramai tidak menyebarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau berbentuk spekulasi berhubung kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu. Beliau berkata, kenyataan demikian bukan sahaja memberi kesan terhadap operasi mencari dan menyelamat malah, menyebabkan ahli keluarga penumpang tersebut berasa bimbang. - UTUSAN ONLINE |
Kerajaan tidak sembunyi maklumat - Hishammuddin Posted: 10 Mar 2014 02:38 AM PDT Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan THOMAS CHONG SEPANG 10 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu. Beliau berkata, kerajaan bersikap terbuka dalam isu tersebut dan akan menyalurkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat dari semasa ke semasa. - UTUSAN ONLINE |
Tiada bukti kehilangan pesawat berkait dengan kumpulan dari China Posted: 10 Mar 2014 02:04 AM PDT Oleh THOMAS CHONG dan SHARAMEI SHAIK AMEDULLAH SEPANG 10 Mac - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan kumpulan Chinese Matyrs Brigade. Kumpulan tidak dikenali itu sebelum ini dilaporkan menghantar kenyataan kepada media China mengakui bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat tersebut. Media-media China bagaimanapun meragui penglibatan kumpulan tersebut dalam insiden kehilangan pesawat MH370. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |