Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 09 Mar 2014 07:09 AM PDT Soalan Saya berusia 40 tahun dan baru berkahwin dua bulan yang lalu. Masalahnya sehingga kini saya tidak mempunyai rangsangan nafsu ketika berjimak bersama suami (tiada pengeluaran air sebagai pelincir - vagina kering). Adakah ini kerana pengaruh hormon peningkatan usia? Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air mani isteri? * As, Terengganu Jawapan Usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga boleh berlaku di kalangan wanita lebih muda. Faktor psikologi merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak adalah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut. Usahlah anda gusar, insya-Allah anda belum mengalami menopaus dan masalah kekeringan vagina yang anda alami bukanlah disebabkan peningkatan usia. Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini adalah tanggungjawab dan antara faktor yang menghangatkan lagi masalah rumah tangga pasangan itu. Malah, silap jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang kerana hubungan ini bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya kunci kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan. Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian. Hubungan seks bagi seorang lelaki ialah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting dalam berhubungan intim. Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan non-penetrative yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian. Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan. Organ paling utama mengawal kehendak seksual ialah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks. Masyarakat kita khususnya wanita segan berbicara mengenai isu seks apatah lagi jika usia meningkat kerana ramai yang percaya, seks bukan sesuatu yang penting. Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali sebagai kegel exercise. Senaman ini menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang. Senaman sebegini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri. Mengikut kajian antarabangsa, lebih 40 peratus wanita merungut tidak berminat mengadakan seks pada tahap-tahap tertentu usia mereka. Bagaimanapun, ramai penyelidik mengakui betapa sukarnya untuk mengukur apakah yang disifatkan nafsu yang normal dan sebaliknya. Perbincangan dan berkomunikasi antara satu sama lain sangat penting dalam menyelesaikan masalah ini. Penting bagi suami memahami masalah tersebut dan sama-sama mempelajari kaedah meningkatkan nafsu terutama dengan pandai membelai si isteri. Anda berdua juga boleh dapatkan maklumat berkenaan hubungan seks ini daripada buku dan Internet. Cuba dulu beberapa cadangan yang diberikan di atas. Jika masalah ini masih tidak dapat dihindari, maka anda berdua boleh mendapatkan rawatan terapi seksual daripada kaunselor dan terapi seksual di klinik. |
Nikmati rasa manis tanpa mudarat Posted: 09 Mar 2014 07:09 AM PDT Menyedari tentang hakikat semakin ramai antara pengguna yang dibendung masalah kesihatan, Anugerah telah menghasilkan produk alternatif untuk penggemar makanan yang bergula, Pengganti Gula Anugerah. Pengganti Gula Anugerah ini memberi peluang kepada mereka yang menghadapi masalah keseimbangan gula dalam darah untuk kembali merasai kemanisan juadah tanpa memudaratkan kesihatan. Pengganti Gula Anugerah dihasilkan daripada ekstrak tebu. Ekstrak tebu ini telah mendapat pengiktirafan daripada organisasi kesihatan serata dunia khususnya United States Food & Drug Administration (FDA). Produk ini dijamin selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna. Apa yang menarik tentang ekstrak ini kerana tidak diproses oleh metabolisma badan sebagai kalori dan tidak memberi kesan kepada kestabilan gula di dalam darah. Kebiasaannya, gula menghasilkan kalori yang akan ditukarkan kepada tenaga untuk kegunaan sistem badan. Ketidakseimbangan akan berlaku sekiranya hormon insulin yang mengawal paras gula dirembes dengan banyak kerana banyak makanan bergula diambil. Ini menyebabkan seseorang menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa inginkan makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik dan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis. Gula dalam minuman sangat bahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko menghidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung dan mengundang kepada pelbagai pakej masalah kesihatan lagi. Kelebihan utama Pengganti Gula Anugerah berbanding gula biasa ialah ia mengandungi 600 kali lebih manis daripada gula biasa tanpa membahayakan kesihatan. Ini boleh dinikmati tanpa perlu risau dengan kandungan gula kerana tidak mengandungi kalori dan mengganggu keseimbangan paras gula di dalam darah. Hanya setitik yang diperlukan pada setiap hidangan, dan akan dapat menyerlahkan lagi rasa makanan dan minuman anda supaya dapat dinikmati. Selain itu, Pengganti Gula Anugerah tidak mengandungi kalori dan secara tidak langsung membantu pengguna bijak untuk mengurangkan penggunaan gula serta mengelak masalah kesihatan. Paling penting, pengguna tidak perlu risau untuk menikmati juadah yang dihidangkan kerana Pengganti Gula Anugerah membantu pengguna menikmati rasa manis tanpa sebarang kemudaratan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |