{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Hishammuddin terima kunjungan Timbalan Menteri Luar China

Posted: 26 Mar 2014 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menerima kunjungan Timbalan Menteri Luar China Zhang Yesui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Zhang, yang juga wakil khas kepada kerajaan China tiba pada kira-kira pukul 2 petang, sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Hishammuddin.

Terdahulu, Zhang mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

Kunjungan Zhang dipercayai bagi membincangkan tentang penerbangan MH370 yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines (MAS) yang pada Isnin penerbangan itu disahkan berakhir di bahagian selatan Lautan Hindi.

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam dengan Hishammuddin, Zhang diiringi Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang serta beberapa anggota delegasi dari negara itu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. - BERNAMA

Keluarga penumpang dan kru perlu reda atas tragedi

Posted: 26 Mar 2014 02:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Mac - Keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang beragama Islam, perlu reda menerima qada dan qadar atau kehendak Allah di atas tragedi yang menimpa pesawat berkenaan.

Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina menasihatkan mereka agar menerima dengan hati terbuka berita yang menyedihkan itu biarpun ianya pahit untuk ditelan.

"Setiap umat perlu percaya Rukun Iman keenam itu, walaupun takdir itu perit namun perlu terima seadanya dan perlu bersangka baik kerana ada hikmah untuk setiap kejadian.

"Bukan semua orang diuji, ujian itu berbeza-beza menandakan kasih sayang Allah kepada hambaNya kerana Dia ingin melihat sejauh mana kekuatan dan kepercayaan kita kepadaNya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - BERNAMA

Malindo Air: Ada bunyi letupan sebelum enjin terbakar - Saksi

Posted: 26 Mar 2014 02:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU 26 Mac - Seorang penumpang pesawat Malindo Air yang sebuah enjinnya terbakar ketika dalam penerbangan dari Subang ke sini hari ini, berkata, beliau terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di bahagian itu.

"Saya hanya mampu berdoa agar tiada perkara buruk menimpa kami," kata Mohd. Fazi Subri, pemain tengah pasukan bola sepak Terengganu, iaitu antara 53 penumpang penerbangan itu.

Beliau yang ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, berkata, kejadian berlaku ketika pesawat baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Subang.

"Kesemua penumpang agak panik namun sikap profesional kru serta juruterbang berjaya mengawal keadaan," katanya.

Malindo Air dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur mengesahkan kejadian dan memberitahu pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang serta mendarat dengan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat