Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Polis Kelantan pandang serius
- Polis Pasir Mas terus jalin kerjasama dengan Thai
- Kerjasama polis, penduduk perlu ditingkatkan
Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN Mazlan Lazim (tiga dari kanan) beramah mesra dengan pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada mereka dalam majlis Perbarisan Sempena Hari Polis ke-207 Peringkat IPK Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri KOTA BHARU 25 Mac - Polis Kelantan memandang serius jenayah melibatkan kejadian tembak di negeri itu walaupun hanya satu kes yang dilapor untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, ini kerana jumlah yang sama (satu kes tembak) turut dicatatkan pada tiga bulan pertama tahun lalu, tetapi kejadian itu terus meningkat kepada 11 kes sehingga akhir tahun. "Jadi polis akan ganda usaha bagi memastikan kejadian tembak ini tidak meningkat selepas ini kerana kita tidak mahu masyarakat berasa tidak selamat dan takut ketika berada di luar rumah," katanya. Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas memeriksa perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-207, di sini hari ini. Terdahulu, seramai 45 individu termasuk anggota polis, orang awam dan pengamal media termasuk Ketua Biro Kelantan, Azran Fitri Rahim menerima surat penghargaan khas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam perkembangan lain, Maz-lan memberitahu, pihak polis telah menemui kereta Honda Accord yang dilarikan penjenayah bersenjata pistol di Kubang Pasu di sini pada Sabtu lalu. "Kita telah mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian rompak dan melepaskan tembakan kepada lima sekeluarga tetapi siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih dijalankan," katanya. Utusan Malaysia pada Ahad lalu melaporkan lima beranak warga emas bukan sahaja kerugian barangan berharga dan wang tunai, malah berdepan detik cemas apabila dua lelaki bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ketika merompak rumah mereka di Jalan Kubang Pasu, di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, satu tembakan telah dilepaskan salah seorang suspek yang memakai topi keledar tersebut terkena dinding dan almari namun kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan. |
Polis Pasir Mas terus jalin kerjasama dengan Thai Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT PASIR MAS 25 Mac - Polis daerah ini sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan pasukan keselamatan Thailand dalam usaha membanteras jenayah terutama melibatkan kawasan sempadan seperti Sungai Golok dan Pekan Mundok, di sini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, jalinan kerjasama itu memudahkan pihaknya bertukar-tukar maklumat dan mendapatkan informasi terkini dalam usaha mengekang jenayah merentas sempadan. Beliau berkata, hubungan kerjasama itu turut melibatkan beberapa agensi seperti kastam dan imigresen di negara berkenaan. "Jalinan kerjasama ini amat membantu kedua-dua belah pihak dalam menangani isu-isu berkaitan sempadan. "Hubungan erat ini menjadi platform terbaik kepada pihak kami sekali gus memberi manfaat untuk kedua-dua pihak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Sambutan Hari Polis ke-207 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, dekat sini hari ini. Yang turut hadir, rombongan agensi penguat kuasa Thailand yang terdiri daripada polis, imigresen dan kastam. Haliludin memberitahu, jalinan kerjasama ini turut disokong dengan pertukaran pelbagai jenis program berkaitan dengan pencegahan jenayah melibatkan kedua belah pihak. Sementara itu, Haliludin berkata, pada majlis tersebut, seramai 12 anggota polis menerima kenaikan pangkat. Katanya, sijil penghargaan turut diberikan kepada anggota polis yang memberikan khidmat cemerlang sepanjang tahun lalu. |
Kerjasama polis, penduduk perlu ditingkatkan Posted: 25 Mar 2014 11:51 AM PDT BACHOK 25 Mac - Hubungan erat masyarakat setempat dengan pa- sukan polis di setiap daerah perlu ditingkatkan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti yang berupaya memantapkan hubungan dua hala. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, di samping itu, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk kepemimpinan belia turut disarankan merancang pelbagai aktiviti sosial, kesukanan dan kemasyarakatan bersama pasukan polis bagi mencapai matlamat berkenaan. Beliau berkata, melalui kerjasama dan hubungan ini, penduduk juga boleh menjadi mata dan te- linga kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat bagi membantu mengekang pelbagai kes jenayah. "Kerjasama padu antara penduduk dengan anggota polis akan menjayakan hasrat kerajaan dalam mengekang dan menurunkan kadar jenayah setempat. "Keamanan dan ketenteraman awam amat penting dan perlu dikekalkan. Tanpa maklumat awam pastinya tindakan segera tidak dapat dilaksanakan selain siasatan dan risikan pihak polis," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Program Komuniti Polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad di Pekan Jelawat, dekat sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |