{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Menyamar polis: Bukan pegawai penguat kuasa KPDNKK

Posted: 28 Mar 2014 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan Mohd. Shahrizal Baharin, salah seorang daripada tiga lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dan merompak seorang lelaki warga Bangladesh minggu lalu, bukan penguat kuasa kementerian itu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awamnya, Ropidah Mohamad, Mohd. Shahrizal telah dibuang kerja pada 20 Disember 2013 atas kesalahan tatatertib dan mulai tarikh tersebut dia tiada kaitan dengan kementerian khususnya dan kerajaan amnya. - UTUSAN ONLINE

Muhyiddin terima kunjungan Naib Presiden Liberia

Posted: 28 Mar 2014 01:58 AM PDT

PUTRAJAYA 28 Mac - Naib Presiden Liberia, Joseph Nyuma Boakai hari ini mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau di sini.

Kedua-dua pemimpin, antara lain, membincangkan tentang perdagangan, ekonomi, pelaburan dan pendidikan pada pertemuan itu.

Boakai sedang dalam rangka lawatan tujuh hari ke Malaysia bermula Sabtu lepas

(22 Mac) atas undangan Sime Darby Plantation.

Sime Darby Plantation, anak syarikat perladangan dan agroperniagaan konglomerat Malaysia Sime Darby Bhd, menjalankan perladangan di Liberia. - BERNAMA

MH370: NGO Malaysia bantah agensi berita AS

Posted: 28 Mar 2014 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Mac - Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Yayasan Media Malaysia (MMF) akan menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia pada Selasa depan.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata memorandum itu bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka sebagai rakyat Malaysia terhadap tiga agensi berita dari Amerika Syarikat yang dianggap memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia berkenaan tragedi pesawat MH370.

"Tiga agensi berita iaitu Cable News Network (CNN), Fox News dan Washington Post yang pada kami tidak mengamalkan pemberitaan yang bertanggungjawab dengan laporan yang disiarkan mengikut kaca mata mereka sahaja," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama adalah Setiausaha Agung IMCA, Sheikh Abd Kareem S Khadaied dan Ketua Pegawai Eksekutif MMF, Dzulkarnain Taib.

Pada sidang media itu turut ditayangkan klip video analisis laporan berita sebuah agensi berita berkenaan.

Sheikh Abd Kareem menganggap ia sebagai gerakan terancang untuk memberi persepsi negatif kepada masyarakat dunia terhadap Malaysia.

Dzulkarnain pula berkata, MMF sedia menawarkan latihan di negara ini bagi pengamal media mengenai etika kewartawanan.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat