{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Rozita Che Wan umum hamil

Posted: 10 Mar 2014 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Mac - Pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 41, hari ini mengumumkan berita gembira menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping gambar alat ujian kehamilan yang mengesahkan bahawa beliau sah mengandung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Zain Saidin, 30.

Berdasarkan keterangan gambar yang disertakan bersama gambar tersebut, Rozita memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Allah S.W.T dengan kata-kata Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat mu ya Allah.. amin".

Sementara itu, Zain atau nama sebenarnya, Mohamad Zain Mohd. Saidin turut memuat naik gambar yang sama di akaun Instagramnya dengan keterangan gambar "Ladies and gentlemen alhamdullilah I am proud to say WE ARE PREGNANT."

Rozita dan Zain yang kini masih lagi sedang berbulan madu di Phuket, Thailand mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. - UTUSAN ONLINE

Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR dan
KAMAL BASIR

PASANGAN pengantin baharu menjamu selera selepas majlis akad nikah.

DEMI cintanya terhadap Puteri Sarah, pengarah muda Syamsul Yusof sanggup bertahan daripada penyakit demam denggi yang dihidapinya untuk tetap meneruskan majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Sabtu lalu.

Biarpun tampak kurang bermaya dengan raut wajahnya yang lesu, ia tidak menjadi halangan buat Syamsul atau Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 30, untuk memperisterikan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, hanya dengan sekali lafaz sahaja berserta mas kahwin bernilai RM1,111 tepat pukul 10.30 pagi.

Kelihatan segak dan cantik dengan persalinan jubah serba putih bagi kedua-dua mempelai, sama ada Syamsul mahupun Sarah, masing-masing dilihat bergenang air mata tatkala diijabkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid.

Ditemui pada sesi sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas majlis akad nikah berkenaan, Syamsul berkata, perkara pertama yang berlegar di benak fikirannya adalah memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana memberinya kekuatan untuk menyempurnakan majlis tersebut, di samping menunaikan hasratnya untuk menyunting Sarah sebagai suri di hatinya.

Tiada apa lagi yang perlu diucapkan selain ungkapan Alhamdulillah kerana segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Walaupun saya sedang sakit, namun ketika akad hendak dilafazkan, saya diberi kekuatan secukupnya untuk menyempurnakannya. Saat itu, saya tidak berasa seperti sedang demam atau sakit.

Saya juga berterima kasih kepada kedua-dua belah pihak keluarga kami kerana berjaya menguruskan majlis ini dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah yang tidak diingini," katanya memulakan bicara pada pagi itu sambil ditemani ayahnya, Datuk Yusof Haslam.

Mengulas mengenai kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, namun tetap berkeras untuk menjayakan majlis tersebut, Syamsul memberi alasan bahawa dia tidak mahu menyusahkan pelbagai pihak sekiranya upacara akad nikah dilakukan di hospital, seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Katanya, jika majlis diteruskan di hospital, ia melibatkan banyak prosedur yang perlu diuruskan oleh keluarga kedua-dua mempelai kerana premis tersebut tidak boleh keluar masuk sesuka hati.

Saya tak nak rasa bersalah. Jadi, lebih baik saya susahkan diri sendiri untuk seketika bagi menjayakan majlis pada pagi ini. Sekarang ini pun saya masih lagi rasa bersalah sebab majlis resepsi di rumah Sarah terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Kalaulah saya diberi kekuatan sehari sahaja lagi, pastinya saya tetap mahu meneruskan majlis pada malam ini," ujarnya dalam keadaan yang tidak bermaya serta muka yang kemerah-merahan dek menahan kesakitan yang dialaminya.

Kekal rahsia

SEMENTARA itu, tatkala ditebak persoalan berkaitan kisah cintanya dengan Sarah, pengarah filem KL Gangster itu dengan tegas mengatakan bahawa biarlah segalanya kekal rahsia dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Menurut Syamsul lagi, pendiriannya untuk tidak menceritakan sejarah perkenalan antara mereka berdua adalah bagi menghindar daripada terbitnya sebarang bentuk fitnah dan tohmahan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak termasuk diri mereka sendiri.

Sama ada saya jawab atau tidak, pastinya ada mulut yang akan berkata-kata. Jadi, lebih baik saya tidak bercerita dan biarkan kami berdua dan Allah sahaja yang tahu detik percintaan kami.

Cukuplah apa yang saya dengar sebelum ini dan ia menjadi pengajaran bermakna buat saya untuk tekad dengan pendirian ini," tegasnya.

Pun begitu, Syamsul tidak lokek untuk berkongsi perasaannya terhadap Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita yang benar-benar memenuhi kriteria isteri solehah yang diinginkannya.

Katanya, pertama kali mengenali Sarah sedalam-dalamnya, dia mengerti bahawa wanita itu bakal mencorakkan rumah tangga yang dipenuhi dengan sinar kebahagiaan serta mampu mendidik anak-anak mereka kelak menjadi mukmin yang soleh serta solehah.

Setelah mengenali Sarah, saya mendapat petanda bahawa dia adalah wanita solehah yang dicari selama ini untuk menjadi isteri saya serta ibu kepada anak-anak kami nanti," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat