Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 22 Mar 2014 05:36 AM PDT Oleh GARRET DAWUM LATIHAN untuk mengguatkan bahagian kaki AKSI mengelak daripada ditumbuk pihak lawan yang penuh dengan teknik pasti akan membuatkan kita terus berdebar untuk berada di satu sudut gelanggang tinju. Tinju merupakan sukan yang sudah terkenal dan mesti ada yang berpendapat bahawa sukan ini hanya khusus buat golongan lelaki. Namun kini, sukan itu juga semakin disertai oleh kaum wanita. Lebih mengujakan, sukan ini tidak membataskan rupa paras dan juga bentuk fizikal seseorang, sebaliknya akan memberikan manfaat yang cukup baik untuk tubuh. Melihat fizikal dua selebriti ini yang dibawa oleh S3 untuk melakukan aktiviti tinju, ternyata saiz tubuh mereka kecil berbanding dengan petinju yang biasanya berbadan besar serta tegap. Gerakan pantas, tumbukan padu dan terjahan kilat, kesemua rutin asas tinju itu dilakukan oleh penyanyi Asmidar dan pelakon, Ali Arami. Nama mereka mungkin kurang dikenali, namun kedua-duanya mempunyai minat yang sama dalam seni mempertahankan diri. Memulakan bicara, Asmidar yang digilap bakatnya melalui sebuah program realiti nyanyian kira-kira tiga tahun lalu mengakui sukan tinju mampu menguji tahap kemampuan diri dari aspek fizikal mahupun mental. "Tidak pernah tahu dan kurang faham mengenai sukan tinju sebelum ini membuatkan saya begitu teruja mengenalinya. "Ini adalah kali pertama saya mengikuti dan mencuba sukan tinju. Ternyata ia satu sukan yang sangat menyeronokkan. "Sukan ini cukup untuk menyihatkan badan selain meningkatkan kemahiran dan teknik-teknik mempertahankan diri. Memang ia sesuai dipelajari semua orang," jelas Asmidar. Nyata, keupayaan dan keyakinan Asmidar untuk bertinju tidak boleh disangkal apabila dia berjaya mencuri tumpuan penulis dengan gerakan yang ditunjukkan. Lain pula kisahnya dengan Ali Arami. Kelibatnya dalam sukan ini umpama seorang yang profesional. Cara mengelak yang ditunjukkan Ali umpama seorang yang berbakat. Katanya, dengan menyertai tinju, dia mendapat kepuasan dalam mempamerkan bakat dalam bidang sukan yang mencabar itu. "Tinju mampu memberikan kita keyakinan diri yang tinggi. Apabila kita berani mencuba tinju dengan melakukan aksi tumbuk, itu bermaksud kita sudah mampu melawan musuh," ujarnya . Dalam pada itu, beliau menasihatkan supaya tidak menyalahgunakan teknik yang sudah dipelajari untuk melakukan kegiatan yang tidak betul. Takut tengok orang bertinju Sementara itu, Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad berkata, tinju adalah satu sukan paling susah. Kenapa kata susah?. Jelas Asmidar, kalau salah dalam aksi menumbuk, kita akan cedera dan sebab itu perlu berhati-hati. "Memang takut sebenarnya tengok sukan tinju ini. Saya pernah tonton dalam televisyen aksi yang dipamerkan. Sungguh menggerunkan. "Sampai ada yang berdarah. Bayangkan kalau saya yang ditumbuk sehingga berdarah. Memang sungguh menakutkan," katanya yang juga pernah belajar seni mempertahankan diri seperti taekwando dan silat. Menjadikan petinju seperti Naseem Hamed dan Muhammad Ali sebagai idola, wanita berusia 28 tahun ini memberitahu seni seperti ini sebenarnya sesuai untuk wanita. "Sekarang kan banyak kes ragut. Jadi, golongan wanita perlu ada seni mempertahankan diri. Ia sangat penting. "Lagi satu, saya sangat kagum melihat wanita mahir mempertahankan diri dan sentiasa mempersiapkan diri untuk lebih berhati-hati. "Tetapi cara dan teknik perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Tidak salah rasanya untuk mencuba sesuatu yang belum dicuba," tuturnya. |
Posted: 22 Mar 2014 05:36 AM PDT BERSAMA NOONA KHA-DIJAH BARU-BARU ini dalam program Healing Camp, anggota Girls Generation secara terbuka telah berkongsi pelbagai pengalaman mereka dengan penonton. Sewaktu Yoona ditemu bual, dia tidak segan silu untuk berkongsi kisah cintanya dengan orang ramai. Malah dia turut melahirkan perasaan bimbangnya terhadap rakan-rakan Girls Generation yang lain apabila kisah cintanya bersama Lee Seung Gi menjadi perhatian ramai. "Saya hantar mesej kepada semua anggota dengan ucapan maaf kerana membuatkan hidup mereka tidak selesa. Saya tahu apabila para wartawan tahu kisah cinta dengan Lee Seung Gi, pasti rakan-rakan lain menjadi mangsa untuk menjawab. "Situasi ini belum pernah berlaku dalam kumpulan kami. Disebabkan saya, rakan-rakan lain turut menjadi sasaran pihak media untuk bercerita tentang kisah peribadi mereka. Saya harap mereka tidak terbeban," katanya dengan nada kesal. Apabila ditanya bagaimana dia bertemu janji dengan Lee Seung Gi?. Dengan berhati-hati Yoona menjawab, ia seperti mana yang anda lihat di dada akhbar. "Saya sebenarnya gelabah, apabila kisah cinta saya dengan Lee Seung Gi diketahui umum dan sesungguhnya saya tidak pernah menjangka ia akan menjadi berita utama," akuinya. Malah kata Yoona, dia juga tidak menduga sewaktu Lee Seung Gi meluahkan perasaan cinta di kaca televisyen, ia ditujukan kepadanya. "Saya ingatkan dia meluahkan perasaan secara rambang, sebab ketika itu, dia sedang bersiaran di televisyen. Jadi, saya tak fikir kata-kata itu ditujukan kepada saya. "Saya juga nak buat pembetulan bahawa saya tidak cemburu pada Suzy yang berlakon bersamanya dalam drama Gu Family. Saya tahu hubungan mereka sekadar rakan artis dan yang membuatkan saya tertanya-tanya, dari mana datangnya gosip yang mengatakan saya cemburu," katanya sambil ketawa. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |