{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Manfaatkan ilmu perniagaan

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada peserta Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di UiTM Kampus Segamat, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD

SEGAMAT 18 Mac - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pelatih Pusat GiatMara di negeri ini harus memanfaatkan segala ilmu, kepakaran serta kemahiran untuk menyumbang kepada pemilikan ekuiti bumiputera yang masih belum mencapai 30 peratus.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, penuntut yang mengambil jurusan perniagaan dan pelatih yang mempunyai kemahiran berpotensi besar memainkan peranan itu.

"Mereka ini yang terlibat (dalam jurusan atau kemahiran) berorientasikan perniagaan berpotensi untuk berjaya kerana mempunyai pendidikan yang tinggi, mendapat banyak pendedahan, latihan dan memiliki keilmuan yang luas.

"Ini berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai latar belakang itu. Sebelum ini kadar kegagalan tinggi apabila 100 syarikat bumiputera ditubuhkan hanya 18 atau 20 sahaja mampu bertahan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di UiTM Kampus Segamat, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir dan menjadi panel ialah Pengarah Institut Kajian Strategik, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Madya Dr. Idris Md. Noor dan Pengerusi KMB Educational Services Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Shukor Omar.

Abdul Rahim percaya, mereka yang mempunyai latar belakang tersebut akan lebih komited untuk mencipta kejayaan sebagai usahawan sekali gus diharap mampu membimbing generasi muda menceburi bidang perniagaan.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya mengubah persepsi terhadap peniaga bumiputera dengan meninggalkan sikap-sikap negatif antaranya apabila meminjam modal harus membayarnya selain menepati janji.

Jelasnya, sejak merdeka sehingga kini kerajaan sudah menyalurkan peruntukan lebih RM100 juta untuk membantu bumiputera bertapak dalam perniagaan tetapi hasilnya rugi, gagal dan tidak ke mana-mana.

Justeru, beliau berharap melalui program berkenaan dengan penyertaan kira-kira 500 remaja dari UiTM, kolej komuniti dan Pusat GiatMara seluruh negeri akan dapat melahir usahawan bumiputera yang berjaya.

Objektifnya adalah memberi kefahaman kepada peserta mengenai kepentingan perjuangan ekonomi bumiputera katanya, selain menerapkan nilai serta budaya keusahawanan, berdaya saing mahupun kreatif.

"Program ini juga bertujuan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam semua sektor perniagaan dan meningkatkan ekuiti pemilikan mereka dalam perekonomian negara. Peserta perlu menerapkan minda usahawan," katanya.

Program GOAL pupuk kepemimpinan mahasiswa

Posted: 18 Mar 2014 11:18 AM PDT

NUR Jazlan Mohamed (berdiri, tengah) bergambar bersama mahasiswa yang terlibat dalam program GOAL di UTM Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 18 Mac - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyambut baik penganjuran program Generation of Amazing Leader (GOAL) anjuran Jabatan Pembangunan Akademik dan Kepimpinan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membentuk nilai kepimpinan dalam diri penuntut.

Katanya, pemimpin pelajar disaran menggunakan peluang di universiti untuk menyerlahkan bakat kepimpinan mereka dan menjadi contoh kepada pelajar lain.

"Ciri-ciri kepemimpinan yang baik perlu diasah dari peringkat universiti lagi bagi membentuk keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

"Nilai-nilai kepimpinan yang berkarisma itu perlu ada bagi meyakinkan orang ramai dalam apa yang diperkatakan serta mendapat sokongan mereka dalam apa yang dilakukan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan program GOAL di UTM Skudai baru-baru ini.

Program GOAL yang digerakkan Majlis Perwakilan Mahasiswa itu memberi tumpuan melatih kemahiran insaniah serta berkomunikasi dalam kalangan pemimpin persatuan.

Program dua hari itu disertai oleh kira-kira 70 peserta yang terdiri daripada kalangan pemimpin persatuan dan akademik di UTM.

Antara pengisian program tersebut ialah sesi debat ala parlimen, slot bicara ikon bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dan latihan dalam kumpulan bersama Biro Tatanegara.

Menurut pengarah program, Wan Hamiza Wan Abdul Hamid, program yang pertama kali diadakan itu mendapat maklum balas yang baik dalam kalangan peserta kerana memberi input yang membina kepada mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat