Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
- Paras Empangan Semenyih, Sg. Selangor makin susut
- Denggi dijangka terkawal menjelang minggu hadapan
- Kumpulan Utusan promosi aktiviti kebudayaan
Paras Empangan Semenyih, Sg. Selangor makin susut Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Mac - Paras air di Empangan Semenyih dan Sungai Selangor terus menyusut manakala enam lagi empangan di Selangor masih tidak banyak berubah dalam tempoh seminggu lalu. Berdasarkan data yang diambil daripada laman web rasmi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Empangan Semenyih menunjukkan penyusutan daripada 107.99 meter kepada paras 107.55 meter hari ini. Manakala, Empangan Sungai Selangor turut menyusut kepada paras 193.75 meter semalam berbanding 194.10 meter kelmarin. Enam lagi empangan di negeri Selangor pula tidak mengalami kenaikan, namun penurunannya juga tidak begitu mendadak sehingga 7 Mac lalu seperti paras air di Empangan Batu (100.23 meter), Klang Gates (89.76 meter), Kolam Takungan Sungai Labu (40.80 meter), Langat (215.03 meter), Sungai Tinggi (55.43 meter) dan Tasik Subang (37.99 meter). |
Denggi dijangka terkawal menjelang minggu hadapan Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Mac - Wabak denggi dijangka terkawal menjelang minggu hadapan ekoran trend jangkitan yang tidak menunjukkan peningkatan atau penurunan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 38 kes kematian dilaporkan akibat demam denggi sehingga kelmarin dan jumlah ini masih pada tahap rendah berbanding negara-negara lain. "Jumlah kematian itu hanya mencatat kira-kira satu peratus berbanding 18,000 kes di seluruh negara," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini. Berdasarkan statistik laman web idengue.remotesensing.gov.my sehingga kelmarin, Selangor masih mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 100 kes dengan 105 lokaliti wabak semasa. Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya mementingkan kebersihan di dalam rumah serta kawasan persekitaran kerana kedua-dua kawasan terbabit merupakan lokasi pembiakan nyamuk aedes. "Menjadi tanggungjawab rakyat untuk memastikan persekitaran dan rumah mereka bersih tanpa membiarkan bekas takungan air sementara pihak bertanggungjawab akan terus menyembur asap secara berskala dalam usaha membanteras wabak tersebut," katanya. |
Kumpulan Utusan promosi aktiviti kebudayaan Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT Ezlina Alias (empat dari kiri) bersama artis-artis kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sebelum mengedarkan akhbar Mingguan Malaysia di Putrajaya, kelmarin. PUTRAJAYA 9 Mac - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menaja akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia dan Kosmo! bernilai RM19,500 untuk edaran di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pengarah Komunikasi Korporat jabatan tersebut, Ezlina Alias berkata, dengan menaja akhbar-akhbar keluaran Kumpulan Utusan, pihaknya dapat mempromosikan aktiviti kebudayaan secara lebih meluas. Antara aktiviti yang akan berlangsung ialah pelancaran majlis Semarak Bangsawan pada 15 Mac ini di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. "Hari ini, saya dan artis-artis kebudayaan jabatan mengambil peluang mengedarkan akhbar ini di samping mempromosikan majlis Semarak Bangsawan itu," katanya selepas mengedarkan akhbar Mingguan Malaysia di Presint 9 di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |