Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
operasi mencari diperluaskan ke Lautan Hindi Posted: 13 Mar 2014 07:06 PM PDT WASHINGTON 14 Mac - Operasi mencari akan diperluaskan ke Lautan Hindi bagi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang, kata White House. Operasi mencari tersebut akan dilaksanakan sejajar dengan teori pesawat Beoing 777 itu mungkin bergerak ke arah barat kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. Jurucakap White House, Jay Carney berkata, operasi tersebut akan dilakukan berdasarkan maklumat baharu diterima walaupun masih belum disahkan. - Reuters |
Satelit kesan isyarat daripada pesawat MAS Posted: 13 Mar 2014 06:35 PM PDT WASHINGTON 14 Mac - Satelit mengesan isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines selepas hilang Sabtu lalu, namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut semalam. Bunyi `ping itu menunjukkan sistem penyelesai masalahnya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit dan bermakna pesawat membawa 239 orang tersebut sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas hilang daripada radar pusat kawalan trafik udara. Sumber itu berkata, sistem itu mengeluarkan bunyi ping kira-kira sekali dalam tempoh sejam. Bagaimanapun, bunyi itu tidak menunjukkan pesawat berada di udara atau di darat. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |