{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Luar Negara


China: Tiga lagi suspek serangan stesen kereta api ditangkap

Posted: 03 Mar 2014 09:27 AM PST

KUNMING, China, 4 Mac. - Polis di China berjaya menangkap tiga lagi suspek yang terlibat dalam satu serangan sebuah stesen kereta api yang mengorbankan 29 mangsa dan mencederakan 143 mangsa lain, kata media tempatan semalam.

"Ketiga-tiga suspek (yang) dipercayai terlibat dalam serangan pengganas di bandar barat daya, Kunming telah ditangkap," kata agensi berita rasmi Xinhua selepas memetik kenyataan Kementerian Keselamatan Awam.

Katanya, kesemua suspek seramai lapan orang merupakan ahli kumpulan pengganas yang terlibat dalam serangan pembunuhan pada Sabtu lalu itu.

Empat daripada mereka telah ditembak mati oleh polis ketika kejadian dan seorang suspek wanita yang cedera berjaya ditangkap dan dia mendedahkan nama ketua mereka ialah Abdurehim Kurban. - AFP

Kanak-kanak Islam terdedah fahaman radikal boleh diasingkan dari ibu bapa

Posted: 03 Mar 2014 09:25 AM PST

LONDON 4 Mac. - Datuk Bandar London, Boris Johnson menyatakan semalam bahawa kanak-kanak Islam yang dididik dengan fahaman radikal oleh ibu bapa mereka perlu diasingkan daripada keluarganya dan dilayan seperti kanak-kanak mangsa penderaan.

"Kanak-kanak yang berisiko terdedah dengan fahaman Islam ekstrim seharusnya diambil alih oleh kerajaan bagi menghalang mereka menjadi pembunuh dan pengebom berani mati yang berpotensi," kata Johnson dalam satu kenyataan di akhbar The Daily Telegraph.

Kumpulan konservatif pula berkata, terdapat satu pemikiran yang tertanam di dalam masyarakat Britain yang enggan untuk menilai mengenai budaya masyarakat lain, ditambah dengan kelemahan dari segi kejelasan dalam undang-undang sehingga membuat polis dan jabatan khidmat sosial enggan campur tangan.

"Masalah fahaman radikal ini kelihatan tidak ketara tetapi semakin teruk. Namun ia tidak juga akan pergi begitu sahaja. Apa yang penting ialah bagaimana caranya untuk mengelak remaja lelaki dan perempuan dari tunduk kepada virus besar iaitu penularan fahaman pelampau Islam radikal," katanya. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat