{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Lumur cili di muka isteri pertama, peniaga didenda

Posted: 03 Mar 2014 11:26 PM PST

KUALA LUMPUR 4 Mac - Seorang penjaja dan isteri keduanya didenda RM500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melumur cili ke muka isteri pertama penjaja itu, bulan lepas.

Majistret, Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Ariff Jupirin, 26, dan warga Indonesia, Srimeiriska Iswandy, 24, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan Muhammad Ariff dan Srimeiriska, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Muhammad Ariff dan Srimeiriska didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap peniaga Muntamah Ahmad Minlon, 46, yang juga seorang warga Indonesia dengan melumur mukanya dengan cili sehingga menyebabkannya merasa pedih dan sakit di kedua-dua belah matanya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah No. 12, Jalan Badak Off Jalan Yew, Cheras di sini pada 1 pagi 25 Februari lepas. - BERNAMA

Rayuan Anwar untuk panggil bekas pegawai penyiasat kes liwat ditolak

Posted: 03 Mar 2014 09:56 PM PST

Oleh SUWARNI MOKHTAR

PUTRAJAYA 4 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat yang dihadapinya, Supritendan Judy Blacious Pereira.

Panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Suriyadi Abdul Halim menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan selepas membenarkan bantahan pihak pendakwa berhubung notis rayuan terbabit. _ UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat