Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Tutor Utusan Malaysia jadi pilihan SK Puun Tunoh Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST SITI Muhani Mohd. Ani (barisan belakang. tengah) bersama murid-murid SK Puun Tunoh menunjukkan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor di Penampang, Sabah, semalam. PENAMPANG 1 Mac - Isi kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor amat berkesan bagi membantu pelajar mengulang kaji pelajaran di luar waktu persekolahan. Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Puun Tunoh di sini, Siti Muhani Mohd. Ani berkata, murid-muridnya yang menggunakan Tutor amat menggemari ruangan objektif kerana soalan-soalan yang disediakan mudah difahami dan mengikut standard peperiksaan. Beliau berkata, antara kelebihan lain bahan bantuan pembelajaran itu ialah paparan grafik yang mesra pelajar dan peperiksaan, sekali gus menarik minat untuk mengulang kaji pelajaran. "Para guru juga berpuas hati dengan soalan-soalan disediakan dalam Tutor. Oleh sebab itulah bahan bantuan pembelajaran tambahan ini menjadi pilihan utama pihak sekolah. "Saya memang melanggan akhbar Utusan Malaysia dan bahan Tutor ini saya letakkan di perpustakaan sekolah, guru-guru yang mahu menggunakannya boleh membuat salinan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini. SK Puun Tunoh yang dikategorikan sebagai Sekolah Luar Bandar Gred A oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mempunyai seramai 275 murid termasuk murid prasekolah manakala tenaga pengajarnya pula seramai 30 orang. Tambah Siti Muhani, kini setiap murid tahun enam berpeluang mendapatkan Tutor masing-masing setiap minggu, malah pihak sekolah juga menyediakan fail khas untuk bahan itu bagi membolehkannya turut dikongsi oleh murid tahun empat dan lima. "Tutor Utusan Malaysia ini juga menjadi bahan utama dalam kelas tambahan sekolah setiap Isnin dan Selasa bermula pukul 1 hingga 2.30 petang," katanya. Beliau berharap penggunaan Tutor Utusan Malaysia akan dapat meningkatkan peratus kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah berkenaan pada tahun ini. Sementara itu, guru mata pelajaran Sains, Faizah Mahat berkata, bahan Tutor sangat efektif selain memudahkan para guru menggunakannya sebagai bahan pengajaran tambahan. "Cuma saya berharap ruangan jawapan Tutor dapat diasingkan dalam helaian lain daripada ruangan berita dalam Tutor," ujarnya. Sekolah-sekolah di negeri ini yang berminat melanggan Tutor, boleh menghubungi Eksekutif Pemasaran Sabah, Celestina Ubing, 012 802 0261, untuk keterangan lanjut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |