Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Wujud kuota 50% untuk golongan muda Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST KUALA LUMPUR 1 Mac. - Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menggesa diwujudkan kuota 50 peratus pemilikan rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk orang muda khususnya bagi pemohon di bawah umur 40 tahun. Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia disebabkan ketidakupayaan orang muda memiliki rumah akibat kekangan kewangan di peringkat awal. "Melalui kuota ini, Pemuda UMNO Kedah percaya ia dapat menambah minat orang muda untuk memiliki rumah kali pertama dan pada masa yang sama menyelesaikan permasalahan pemilikan rumah dalam kalangan orang muda," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, kata beliau, Pemuda UMNO juga mencadangkan supaya Perbadanan PR1MA Malaysia mewujudkan sayap kewangan sendiri bagi memudahkan proses kelulusan pinjaman khasnya bagi pemohon golongan muda. Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kerana Pemuda UMNO Kedah bimbang terhadap proses pinjaman dan pembiayaan untuk pemilikan rumah PRIMA ini yang diuruskan oleh bank-bank komersial yang dilihat akan mengenakan pelbagai sekatan dan prosedur kepada peminjam. "Status pemohon kali pertama terutamanya golongan muda yang ada rekod CCRIS dan CITOS akan menyukarkan proses kelulusan permohonan. Oleh itu kewujudan sayap kewangan sendiri oleh PR1MA adalah penting," katanya. |
Wanita UMNO tubuh tabung hargai jasa veteran parti Posted: 01 Mar 2014 10:06 AM PST KUALA LUMPUR 1 Mac - Pergerakan Wanita UMNO akan menubuhkan Tabung Pejuang Nadi Rakyat bagi menghargai perjuangan dan jasa yang dicurahkan oleh ahli veteran parti itu. Ketua Pergerakannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tabung itu bertujuan membantu serta membela kebajikan ahli-ahlinya yang telah uzur dan akan dilancarkan kira-kira tiga bulan lagi. "Wanita merupakan tunjang utama perjuangan UMNO dan mereka yang telah berkorban terutama di peringkat akar umbi tidak seharus dilupakan. "Kita akan mula mendokumentasikan butiran ahli-ahli pergerakan ini di peringkat negeri seterusnya akan diperluaskan di setiap bahagian di seluruh negara," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penghargaan Pemimpin Wanita UMNO di Hotel Premiera di sini semalam. Seramai 119 orang pemimpin pergerakan itu daripada pelbagai jawatan diraikan dalam majlis tersebut bagi menghargai perjuangan yang dilakukan sepanjang pembabitan mereka dalam UMNO. Menurut Shahrizat, semua ahli pergerakan itu mempunyai tempat dan kedudukan tersendiri walaupun mereka tidak memegang jawatan tinggi. Sementara itu, ketika diminta mengulas persediaan pergerakan itu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi, beliau berkata, Wanita UMNO sudah bersedia sepenuhnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |