{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Kreativiti Mohd. Al Faizal

Posted: 26 Mar 2014 10:29 PM PDT

Mohd. Al Faizal Al Johari membersihkan replika bot nelayan yang diukir beliau ketika ditemui Bernama dibengkelnya di Kampung Dusun Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Seni ukiran pada replika bot tradisional dan moden serta hidupan laut yang dihasilkan oleh Mohd. Al Faizal Al Johari di Kampung Dusun Bukit Tunggal, dekat sini menggambarkan kehebatan seni pertukangan sang pembuatnya.

Ramai yang beranggapan ia dihasilkan oleh tukang-tukang profesional yang telah lama berkecimpung dalam bidang itu sedangkan hakikatnya ia adalah hasil kerja tangan seorang anak muda.

Berusia 23 tahun, Mohd. Al Faizal mewarisi bakat dan kemahiran pertukangan bapanya, Mohd. Al Johari Muda, 56, yang juga seorang tukang bot yang dikenali ramai di kampung ini. Usia muda bukan penghalang untuk Mohd. Al Faizal menggunakan kreativitinya menghasilkan replika apatah lagi beliau sering menerima tempahan dan hasil tangannya itu sentiasa memikat pelanggan.

Antara replika yang dihasilkan mengguna bahan kayu itu adalah bot tradisional dan moden dengan pelbagai saiz serta replika haiwan seperti penyu, ketam, belangkas dan udang.

Timbul minat membuat replika ini selepas saya duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan semasa itu saya juga bekerja membuat bot dengan orang lain," katanya.

Ketika bekerja, beliau mengumpul pengalaman untuk menghasilkan replika bot yang peringkat permulaannya begitu sukar.

Bagaimanapun minat yang mendalam telah menyingkirkan segala kesukaran itu malah replika yang dihasilkan kini menjadi sumber pendapatan utamanya.

Sebuah bengkel berhampiran kediamannya menjadi tempat Mohd. Al Faizal menghasil dan memasarkan hasil kerja tangannya.

Harga bagi setiap replika bergantung kepada saiz, bermula dari RM500 untuk sebuah. Ada juga yang harganya yang mencecah ribuan ringgit," katanya.

Mohd. Al Faizal menggunakan kayu cengal untuk menghasilkan replika kerana ia lebih tahan lasak dan tidak mudah patah atau rosak.

Harga kayu cengal pula sangat mahal dengan harga bagi satu tan (metrik) kira-kira RM11,000," katanya kepada Bernama ketika ditemubual di bengkelnya.

Bagi menyiapkan sebuah replika masa yang diambil adalah antara seminggu dan tiga minggu, bergantung kepada saiz dan kerumitan bentuk.

Antara tempahan yang diterima termasuk daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan diberi tempoh dua bulan untuk menyiapkan replika hidupan laut seperti penyu, belangkas, kuda laut serta ketam.

Saya hanya ambil masa seminggu untuk siapkan replika penyu sebab bentuknya tak susah sangat, penyu yang bersaiz 0.6 meter ini saya jual RM600 seunit," katanya.

Mohd. Al Faizal berkata beliau juga berharap akan dapat menyambung pelajaran ke mana-mana institusi latihan untuk mendapatkan sijil bagi membolehkan kemahiran dan hasil pertukangannya mendapat pengiktirafan sewajarnya. Anak kedua daripada lima adik beradik ini bukan sahaja kreatif menghasilkan replika, malah beliau juga berkebolehan membuat ukiran pada bot tradisional.

Ukiran bunga di sisi bot

Biasanya ukiran pada bot tradisional ditempah oleh pelanggan bapanya yang juga seorang tukang membuat bot.

Mohd. Al Faizal, yang masih bujang, bercita-cita untuk menyambung legasi pertukangan bot bapanya.

Saya tak pandai membuat bot yang besar seperti bapa, saya hanya pandai membuat ukiran bunga di sisi bot, tetapi sekarang saya mula belajar untuk membina bot," katanya.

Mohd. Al Faizal, yang sejak kecil sering mengikuti dan membantu bapanya, berhasrat mengembang kegiatannya dengan mengikut jejak langkah bapanya sebagai tukang bot di samping meneruskan kegiatan mencipta replika.

Saya belajar macamana nak buat tulang perahu, memasang papan, membuat pasak kayu dan mengetam kayu tapi untuk kerja mengukir bunga, saya hanya tengok pelan yang dilukis, kemudian saya tiru dan cuba buat. Lama kelamaan ia menjadi," katanya.

Harapan bapa

Bapanya, Mohd. Al Johari pula sangat berharap anaknya dapat mewarisi seni pembuatan bot yang dimilikinya kerana tidak ramai generasi muda yang berkebolehan dalam bidang ini.

Sekarang ni memang tak ramai anak muda yang minat membuat bot, jadi pembuat bot di Terengganu kurang pelapis, kalau orang tua ni dah tak ada nanti, lama kelamaan seni pembuatan bot di negeri kita akan hilang macam tu je.

Terengganu sememangnya terkenal dengan kegiatan pembuatan bot tradisional dan moden, malah pelanggan luar negara juga pernah membuat tempahan bot di negeri ini.

Sayang la kalau tak ada pelapis, sebab tu pak cik harap sangat Faizal dapat ikut jejak langkah pak cik. Dia ada kebolehan dan kreatif sejak kecil," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggannya Wan Ab Hafiz Wan Ibrahim, 32, yang juga Penolong Pendaftar Pusat Inovasi dan Pemindahan Ilmu UMT berkata beliau menempah replika hidupan laut setelah melihat hasil kerja tangan Mohd. Al Faizal.

Saya tanya kepada penduduk setempat, mereka beritahu Mohd. Al Faizal memang seorang yang kreatif dan boleh menghasilkan replika. Setelah melihat hasil kerja beliau, saya terus membuat tempahan," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat