{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Lahirkan ramai pakar bio-perubatan

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

HAMIM Samuri (dua kiri) melawat makmal baharu selepas majlis pertukaran MoU antara Mara dengan Radibems dan National Instruments Southeast Asia di KKTM, Ledang, Johor, semalam.

LEDANG 27 Sept. - Penuntut Instrumentasi Bio-Perubatan, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang di sini, diminta menggunakan sepenuhnya kemudahan moden dan terkini di kolej itu dalam usaha melahirkan lebih ramai jurutera bioperubatan terbaik di negara ini.

Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, produk dikeluarkan KKTM Ledang seharusnya menjadi antara yang terbaik ketika Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju menjelang 2020 dan memerlukan ramai pakar dalam bidang berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sesebuah negara maju akan beralih daripada sebuah industri kepada industri yang lain termasuk Malaysia yang menuju kepada negara berorientasikan perkhidmatan.

"Negara maju menjadikan industri perkhidmatan sebagai teras dan bidang perubatan seperti ini adalah satu daripada fokus utama," katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (Mara), Radibems Sdn. Bhd. dan National Instruments Southeast Asia Sdn. Bhd. di KKTM Ledang di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Radibems, Mohamed Nasir Talib; Pengarah Urusan National Instruments Southeast Asia, Chandran Nair dan Pengarah KKTM Ledang, Ahmad Jalaludin Mohd. Wahi.

Hamim berkata, Malaysia perlu menyediakan perkhidmatan perubatan sebaik mungkin bagi menepati status negara maju dan bukan saja membabitkan peralatan tetapi juga teknologi, aplikasi serta pengalaman dan kemahiran.

"Saya mahu lihat pelajar yang dihasilkan di sini mampu bersaing dan benar-benar menguasai kecanggihan teknologi bio-perubatan yang semakin berkembang ketika ini. Kalau boleh kita ingin menjadi sebuah negara tumpuan bagi negara lain dalam bidang ini," katanya.

Menurutnya, negara ini dengan segala kepakaran yang ada perlu mengenal pasti penyakit-penyakit rumit masa kini dan menjadi perintis untuk kaedah merawat serta menyembuhkannya.

Pada masa sama katanya, pesakit dalam negara tidak seharusnya dilupakan dan mereka perlu diberi rawatan terbaik melalui kelengkapan paling moden serta mampu membiayainya tanpa dibebankan dengan kos perkhidmatannya.

Dua miliki senapang angin ditahan

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

HARUN Idris (kanan) menunjukkan senapang angin buatan sendiri yang dirampas daripada dua lelaki di Ledang, Johor, kelmarin.

LEDANG 27 Sept. - Polis menahan dua lelaki kerana memiliki senapang angin buatan sendiri dalam dua serbuan berasingan di Bukit Gambir dan Sagil pada Ahad dan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Harun Idris berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan suspek berusia 35 tahun di sebuah bengkel motosikal di Bukit Gambir dekat sini pukul 1.20 pagi, Ahad lalu.

"Hasil risikan, pemeriksaan dilakukan dan menjumpai selaras senapang angin. Polis turut merampas sebuah enjin motosikal setelah suspek gagal memberi maklumat tepat berkaitannya.

"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu tetapi dia tidak mempunyai rekod lampau," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 2001 dan Seksyen 3 Akta Senjata 1960.

Harun memberitahu, tangkapan kedua pula melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun di Kampung Melapang dekat Sagil pada pukul 5.30 petang keesokannya, juga hasil risikan pihaknya.

"Siasatan awal percaya senjata itu digunakan untuk menjaga kebun atau berburu. Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan bebas daripada dadah.

"Kedua-dua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Harun menasihati orang ramai supaya tidak membuat atau memiliki senjata api kerana menyalahi undang-undang.

Kajian ekspedisi Pulau Sibu jadi panduan kekal kelestarian taman laut

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

AYUB Rahmat (duduk, empat dari kanan) bersama sebahagian daripada peserta Ekspedisi Saintifik Pulau Sibu 2013 di Sibu Island Resort, dekat Mersing, kelmarin.

MERSING 27 Sept. - Hasil kajian dan cadangan yang diperoleh semasa program Ekspedisi Saintifik Pulau Sibu 2013 akan dibawa kepada perhatian kerajaan dalam usaha mengekalkan kelestarian taman laut di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ekspedisi selama lima hari yang berakhir semalam merupakan antara usaha yang baik dan wajar diketengahkan untuk kebaikan bersama.

Beliau turut melahirkan rasa kagum dengan hasil kajian yang diperoleh kerana melibatkan pelbagai aspek termasuk usaha mengekalkan keindahan alam sekitar dengan para penyelidik mengemukakan beberapa cadangan baharu untuk melindungi taman laut di negeri ini khususnya Pulau Sibu.

"Memang menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Sibu sebagai panduan kepada pulau-pulau lain khususnya dari segi penjagaan dan perlindungan khazanah laut.

"Kertas cadangan ini akan saya bawa kepada pihak kerajaan dan usaha baik ini sangat berpotensi untuk dimajukan pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penutup program tersebut di Pulau Sibu, dekat sini semalam.

Ekspedisi itu disertai 41 penyelidik terdiri daripada pakar dari pelbagai agensi termasuk J-Biotech Environment Sdn. Bhd., Johor Corporation, Jabatan Pelancongan, Jabatan Taman Laut Negeri Johor dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Turut serta penyelidik dari Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (Ekomar) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Terengganu.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Suhairi Hashim berkata, ekspedisi tersebut bertujuan menilai persekitaran fizikal, ekologi, pelancongan dan sosioekonomi di kawasan berkenaan selain mengenal pasti isu serta ancaman yang ada.

Beliau berkata, kajian itu turut meliputi pembahagian zon mengikut kepenggunaan selain usaha mewujudkan garis panduan di setiap zon aktiviti yang dikenal pasti.

"Skop kajian dalam ekspedisi ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu biodiversiti marin, kawasan rumput laut dan spesies terancam, kawasan menyelam dan kajian sosial, eko-pelancongan serta flora dan fauna.

"Selain itu, turut diadakan bengkel bagi mencari kaedah untuk meningkatkan penguatkuasaan akta berkaitan pelaksanaan pelan pengurusan dan memperkenalkan peraturan tambahan serta cadangan mewujudkan pusat penyelidikan terumbu karang serta hidupan marin," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat