Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Semua anggota gabungan FAM tubuh Jawatankuasa Integriti
- Yuna beraksi di Anugerah Pelarian Nansen Geneva
- Rasuah bola sepak terkawal
Semua anggota gabungan FAM tubuh Jawatankuasa Integriti Posted: Semua anggota gabungan FAM tubuh Jawatankuasa Integriti30/09/2013 8:54pm PUTRAJAYA - Kesemua anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menubuhkan Jawatankuasa Integriti masing-masing seperti yang disarankan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, kata Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat. Satu taklimat khas akan diadakan oleh bersama dengan semua pengerusi jawatankuasa itu pada 17 Okt ini bagi menyelaraskan tugasan masing-masing, katanya. "Kalau kita (FAM) asyik mengarah sahaja, kita bimbang mereka (anggota gabungan) tidak memahami apa yang ingin kita sampaikan. "Sekiranya wujud hubungan dua hala, maka senang untuk kita menyampaikan taklimat kepada mereka di samping mereka sendiri boleh mencadang idea-idea baharu bagi mengatasi masalah rasuah bola sepak secara bersama," katanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM di Kelab Tasik Putrajaya di sini, hari ini. - Bernama |
Yuna beraksi di Anugerah Pelarian Nansen Geneva Posted: Yuna beraksi di Anugerah Pelarian Nansen Geneva30/09/2013 7:52pm KUALA LUMPUR - Penyanyi dan penulis lirik Malaysia, Yuna akan membuat persembahan di majlis Anugerah Pelarian Nansen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Geneva, Switzerland hari ini. UNHCR dalam satu kenyataan berkata, Yuna telah diundang sebagai seorang daripada tiga penghibur yang membuat persembahan antararabangsa di majlis itu. Penghibur lain ialah penyanyi-penulis lirik Britain Dido dan pemuzik Mali calon Grammy, Amadou and Mariam. "Ini kali pertama seorang penghibur Malaysia diundang untuk memberi persembahan di majlis berprestij itu," kata UNHCR. Pengarang Paulo Coelho yang terkenal di perigkat antarabangsa akan menyampaikan ucaptama di majlis itu, diadakan bagi mengiktiraf usaha-usaha kemanusian luar biasa bagi pihak pelarian, penduduk tidak bernegara dan mereka yang kehilangan tempat tinggal di negara sendiri. - Bernama |
Posted: Rasuah bola sepak terkawal30/09/2013 6:49pm CAMERON HIGHLANDS - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, unsur rasuah dalam bola sepak negara masih terkawal Sehubungan itu katanya tidak ada sebab untuk pihak tertentu membuat analisis sebaliknya hanya berasaskan insiden terkini membabitkan skuad bola sepak Perak. "Jangan terlalu cepat melenting dan cepat menuduh. Kita tunggu tindakan susulan daripada pihak berkuasa. Jika ada bukti kukuh kita akan buat tindakan lebih drastik," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau ditanya sama ada bola sepak negara dicemari rasuah susulan dakwaan wujud elemen rasuah dan sabotaj dalam pasukan bola sepak Perak baru-baru ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |