{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pas kali pertama keluarkan garis panduan berkempen

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Buat julung kalinya, Pas hari ini memperkenalkan etika dan garis panduan kepada calon yang akan bertanding pada Muktamar Pas bermula 21 November depan.

Meskipun calon dibenarkan menjalankan kempen namun mereka tertakluk kepada enam peraturan yang ditetapkan garis panduan itu termasuk larangan menjalankan sebarang kempen bertentangan dengan hukum-hakam, akhlak Islam, lunas-lunas demokrasi dan undang-undang negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi berkata, garis panduan tersebut yang pertama kalinya dikeluarkan oleh parti tersebut turut menyebut berhubung larangan menerima wang balasan, tindakan menjatuhkan serta mengugut lawan, penyalahgunaan kuasa serta penganjuran program dan tata etika menggunakan platform media sosial.

"Kelainan muktamar kali ini kita benarkan semua calon untuk mempromosikan diri mereka (kempen) sama ada secara bersendirian ataupun pasukan.

"Namun kempen tertakluk kepada sekatan dan larangan seperti bahagian enam peraturan pemilihan," katanya kepada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

BN siap sedia hadapi PRK Sungai Limau - Muhyiddin

Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT

KOTA KINABALU 30 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, segala persiapan telah dilakukan termasuk menubuhkan jawatankuasa peringkat negeri selain melantik Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusinya.

Kata beliau, BN hanya menunggu tarikh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung PRK tersebut.

"Jentera parti akan digerakkan dari sekarang dan mesyuarat pertama jawatankuasa di peringkat negeri telah diadakan semalam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 26 September lalu, akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Menteri Besar Kedah itu memenangi DUN Sungai Limau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti sebanyak 2,774 undi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat