{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


JPJ sita 142 motosikal

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

ANGGOTA JPJ negeri menyoal dua penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas semasa Operasi Bersepadu di Lebuh AMJ arah selatan, Bukit Piatu, Melaka, malam semalam.

MELAKA 29 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri menyita sebanyak 142 buah motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan dalam operasi jabatan itu sepanjang tahun ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ negeri, Jaafar Yaakob berkata, daripada 24,163 motosikal yang diperiksa tahun ini sebanyak 11,050 kesalahan dikesan yang mana 3,728 kesalahan berkaitan lesen memandu.

Menurutnya, kesalahan melibatkan cukai jalan merupakan kesalahan kedua tertinggi dicatatkan iaitu sebanyak 3,696 diikuti lain-lain kesalahan (2,745), teknikal (594) serta pemalsuan lesen dan cukai jalan (14).

"Memandangkan jumlah kemalangan membabitkan motosikal masih di tahap yang tinggi, JPJ negeri memberi fokus terhadap kenderaan itu dalam setiap operasi yang dijalankan tahun ini.

"Tujuan dan matlamat JPJ adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian disebabkan kemalangan jalan raya selain memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Operasi Bersepadu di Lebuh AMJ arah selatan dekat Bukit Piatu, di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Thomas Ong Tai Chu dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Zaidi Atan.

Dalam operasi bersepadu itu sebanyak 140 anggota pelbagai agensi terlibat antaranya polis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Sebanyak 69 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan dan tiga buah motosikal disita.

Lain-lain kesalahan yang diambil tindakan termasuk berkaitan kesalahan memasang cermin gelap, lampu HID, cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan ubah suai kenderaan.

Dalam operasi bersepadu yang berakhir pukul 12 tengah malam itu, AADK menahan dua penunggang motosikal kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah selepas gagal dalam ujian saringan air kencing.

5,000 pengunjung hadiri Wacana Perdana Anugerah al-Quran

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Sebahagian hadirin menghadiri program Wacana Perdana Anugerah al-Quran di Padang Majlis Perbandaran Seremban, malam semalam.

SEREMBAN 29 Sept. - Lebih 5,000 orang daripada pelbagai peringkat usia menghadiri program Wacana Perdana Anugerah al-Quran anjuran Anugerah Sdn. Bhd. dengan kerjasama akhbar Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan di Padang Majlis Perbandaran Seremban di sini malam tadi.

Wacana yang berlangsung selama tiga jam itu menampilkan penceramah popular, Haslin Baharin, pakar perubatan Islam, Sharhan Syafie sebagai ahli panel dan Imam Muda, Khairul Azhar Ghazali yang bertindak selaku moderator.

Jurucakap Anugerah Sdn. Bhd., Yasmin Farahanim memberitahu, program itu merupakan kali kelima diadakan dan bersyukur mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di bandar ini.

Katanya, wacana kali ini bertajuk Al-Quran Untuk Murah Rezeki, Kebahagiaan Rumah Tangga dan Penerang Hati.

"Saya bersyukur kerana majlis ilmu seperti ini mendapat sambutan amat baik daripada penduduk di sini dan ramai yang hadir juga tertarik dengan tajuk yang dikupas.

"Selepas ini kita merancang menganjurkan wacana seterusnya di Plaza Angsana di Johor Baharu pada 2 November ini," katanya.

Sementara itu, Haslin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood berkata, wacana kali ini mendedahkan bagaimana al-Quraan boleh menjadi kunci kepada kebahagiaan hidup dan rumah tangga.

"Pada wacana ini kita berkongsi bagaimana kitab suci ini boleh dijadikan sebagai penyembuh kepada segala jenis penyakit termasuk penyakit hati selain sebagai panduan untuk kebahgiaan dalam hidup berkeluarga.

"Sebagai anugerah paling besar yang diturunkan Allah kita mesti menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama termasuk untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan," jelasnya.

Bomba sukarela setiap DUN di Melaka

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

ALOR GAJAH 29 Sept. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menyasarkan untuk menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh setahun dari sekarang.

Pengarahnya, Zainuddin Md. Alip berkata, penubuhan PBS itu dilihat sebagai salah satu langkah memperkasakan lagi JBPM terutamanya dalam memendekkan lagi tempoh masa bertindak pihak bomba terhadap setiap panggilan kecemasan.

Menurutnya, PBS itu juga adalah sebagai tambahan kepada lapan pasukan sedia ada iaitu PBS Sungai Rambai, Gunung Mas, Batang Melaka, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Paya Mengkuang, Taman Merdeka dan terbaharu di Machap Baru.

"Setiap pasukan melibatkan lebih kurang 30 anggota sukarela dan fungsi mereka adalah memberi bantuan awal di lokasi kejadian sebelum ketibaan JBPM.

"Memandangkan jarak di antara balai bomba di negeri ini terletak agak jauh dari kawasan pendalaman, dengan adanya PBS ini bantuan awal dapat diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan JBPM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran anjuran JBPM negeri di Masjid Tanah, di sini semalam.

Hadir menyempurnakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar.

Pada majlis itu JBPM negeri turut menyerahkan sebuah jentera bomba kepada PBS Machap Baru dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ceramah dan demonstrasi menangani kebakaran, pertandingan mewarna dan pameran.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat