{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


BN ketengah calon boleh diterima pengundi - Mukhriz

Posted: 29 Sep 2013 09:55 PM PDT

ALOR SETAR 30 Sept. - Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan senarai nama calon yang boleh diterima dan disenangi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk dipertimbangkan mewakili parti pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi berkenaan tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir Mahathir berkata, beliau menerima banyak pandangan mengenai ciri-ciri calon untuk dipertimbangkan seperti anak tempatan dan berlatar belakang agama selain tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan calon yang pernah bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini.

Beliau berkata, BN mempunyai ramai calon yang layak diketengahkan dan pihaknya akan menyenarai pendek tiga nama bersama latar belakang mereka untuk diserahkan kepada pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan.

''Kita mempertimbangkan setiap pandangan dan segenap sudut. Pada peringkat ini kita sedia menghadapi sebarang kemungkinan, belum tahap menyenarai pendek kerana mempunyai beberapa calon hebat untuk ditonjolkan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Kedah sempena PRK DUN Sungai Limau di sini malam tadi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 26 September lalu akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Menteri Besar Kedah itu memenangi DUN Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan majoriti 2,774 undi.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, usaha BN untuk menawan DUN Sungai Limau yang disandang Azizan sejak lima penggal lalu bukan mustahil untuk dilakukan meskipun menyedari hakikat kawasan itu merupakan kubu kuat Pas.

Katanya, BN menawarkan peluang kepada pengundi di kerusi itu supaya bersama-sama berada dalam arus pembangunan perdana Kedah yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri ketika ini.

Tambah beliau, persiapan jentera BN terutama dalam DUN berkenaan sudah pun bermula dengan komitmen tinggi diperlihatkan di semua peringkat.

''Kita akan berusaha sedaya mungkin dan lebih kuat untuk meyakinkan rakyat supaya memihak kepada BN pada kali ini. Saya akui ia satu cabaran getir tetapi tidak mustahil dan perlu menerima hakikat kita bukan parti pilihan dalam pilihan raya kecil ini walaupun menguasai kerajaan negeri,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

Kesemua penyandang CEC keka

Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM, SYUKRI SHAARI dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA

Liew Chin Tong, Gobind Singh

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP yang juga Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong membuat kejutan apabila menduduki tempat pertama dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu di sini hari ini.

Chin Tong mendapat 1,438 daripada 1,725 perwakilan. Pada awalnya, sebanyak 68 calon bertanding bagaimanapun 17 daripadanya menarik diri manakala dua lagi isytihar keluar parti memungkinkan hanya 49 calon disahkan bertanding.

Menarik perhatian, kesemua 20 anggota CEC yang terpilih dalam pemilihan Disember lalu sebelum ia dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), terpilih sekali lagi, walaupun berubah dari segi kedudukan.

Namun begitu kedudukan dalam jawatankuasa kerja tidak berubah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng biar pun menduduki tempat kelima dengan 1,304 undi dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP.

Sementara Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Sing kekal sebagai Penasihat manakala Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dipilih sebagai Pengerusi.

Dalam pemilihan semula tersebut, Kit Siang menduduki tempat kedua dengan 1,436 undi manakala Karpal di tempat ketiga dengan 1,421 undi.

Kejayaan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo memperolehi 1,409 undi melengkapkan penguasaan dua pasangan anak beranak bagi kedudukan kedua hingga kelima.

Malah kemenangan Gobind juga menarik perhatian memandangkan beliau berjaya memperbaiki kedudukannya dalam pemilihan kali ini daripada tempat ketujuh ke tempat kelima.

Seperti diduga, keputusan pemilihan juga dilihat tidak mencerminkan DAP sebuah parti berbilang kaum apabila pemimpin Melayu dan India terus terpinggir. Ia berikutan hanya seorang calon Melayu dan seorang calon India berjaya menduduki kerusi CEC.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang menduduki tangga ke-12 dengan 1,132 undi dan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang mendapat 1,088 undi untuk menduduki tempat ke-15.

Daripada 49 calon yang bertanding ia melibatkan penyertaan tujuh calon Melayu dan 11 calon India.

Bagaimanapun kejayaan Zairil sudah diduga memandangkan, dalam pemilihan lalu beliau diisytiharkan menduduki tempat ke-20, selepas DAP secara tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi. Ketika pemilihan asal Zairil menduduki tempat ke-39.

Selain itu, ramai pemerhati politik melihat biar pun Chin Tong menduduki tempat pertama dalam pemilihan kali ini, ia dilihat tidak membawa apa-apa makna dalam usaha menyekat penguasaan Dinasti Lim yang dikaitkan dengan Guan Eng dan Kit Siang.

Apatah lagi tiga daripada lima pemimpin yang digelar lima harimau yang didakwa tidak senang dengan pucuk pimpinan DAP menduduki tangga tercorot.

Mereka ialah Boo Cheng Hau yang berada di kedudukan 18, Nga Kor Ming (19) dan Ngeh Koo Ham (20). Dua lagi pemimpin yang turut berada dalam kumpulan tersebut ialah Chow Kon Yeow dan Teng Chang Khim.

Kon Yeow yang menduduki tempat ke-13 dalam pemilihan lalu berjaya menduduki tempat kelapan manakala Chang Kim yang sebelum ini berada di kedudukan kesembilan, kini menduduki tempat ke-10.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat