{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Awanama

Kosmo Online - Dunia


7 lagi pemberontak MNLF dibunuh

Posted:

7 lagi pemberontak MNLF dibunuh

7 lagi pemberontak MNLF dibunuh

PASUKAN tentera melambai tangan kepada penduduk dari bumbung sebuah masjid selepas berjaya menawannya semula di bandar pelabuhan Zamboanga, Filipina semalam.


MANILA - Pasukan tentera dan polis khas Filipina semalam membunuh tujuh lagi pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam beberapa pertempuran di bandar pelabuhan Zamboanga yang menyaksikan krisis tebusan berlanjutan selama hampir tiga minggu.

Enam pemberontak dibunuh ketika bersembunyi di dalam sebuah rumah di kejiranan Santa Barbara dan enggan menyerah diri.

Seorang lagi dibunuh dalam satu pertempuran yang tercetus di Rio Hondo, satu daripada lima komuniti yang ditawan oleh hampir 500 orang anggota MNLF sejak 9 September lalu.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ra- mon Zagala memberitahu, pihaknya juga menemui tujuh laras senapang dan satu pelancar bom tangan.

Walaupun konflik di Zamboanga sudah berakhir, Zagala bagaimanapun menegaskan bahawa keadaan masih lagi berbahaya untuk penduduk pulang ke rumah masing-masing, sehinggalah pasukan tentera selesai menjalankan operasi pembersihan.

Kelmarin, pegawai Kementerian Pertahanan Filipina dan tentera mengumumkan bahawa konflik itu sudah berakhir. Ia juga menyatakan, 195 penduduk kampung yang dijadikan perisai manusia telah diselamatkan.

Dianggarkan seramai 4,000 anggota tentera dan polis berjaya membunuh 190 orang pemberontak manakala 292 yang lain ditangkap atau menyerah diri selepas mereka kepenatan, selain kehabisan makanan dan peluru.

Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Climaco-Salazar memberitahu, dewan bandar raya dibuka semula pada hari ini. Pihaknya juga sedang merancang untuk membina semula komuniti yang terjejas teruk selepas hampir 10,000 buah rumah dibakar oleh pemberontak atau musnah dalam pertempu- ran.

Pemberontakan paling berdarah itu berlaku berikutan MNLF menuduh Manila mungkir janji kerana mengadakan rundingan dengan kumpulan pemisah terbesar di Mindanao, Barisan Pembebasan Islam Moro. - Agensi

Bom kereta bunuh 37 orang di Pakistan

Posted:

Bom kereta bunuh 37 orang di Pakistan

Bom kereta bunuh 37 orang di Pakistan


PASUKAN penyelamat mengangkat satu mayat selepas satu letupan kuat berlaku di pasar Kissa Khwani, Peshawar, Pakistan yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan 75 yang lain.


PESHAWAR, Pakistan - Sebutir bom kereta yang meletup di di pasar lama Kissa Khwani yang sesak dan terletak berhampiran sebuah masjid serta balai polis di sini membunuh 37 orang mangsa semalam.

Ini merupakan serangan ketiga dalam tempoh seminggu. Pegawai Polis, Nawaz Khan memberitahu, letupan itu menyebabkan masjid dan kedai-kedai rosak. Beberapa buah kereta juga terbakar.

Pegawai kanan kerajaan, Sahibzada Anees menyatakan, 37 orang maut manakala 75 yang lain kini dirawat di Hospital Lady Reading.

"Ia suatu letupan yang kuat. Saya nampak banyak mayat terbaring dan percikan darah ada di mana-mana," kata seorang peniaga kedai buku, Nazar Ali.

Sehingga kini, masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terkini itu.

Siri serangan di Peshawar yang merupakan pusat kepada wilayah Khyber Pakhtunkhwa sehingga kini telah meragut 130 nyawa sejak Ahad lalu.

Kumpulan militan Jundullah berfahaman Sunnah sebelum ini bertanggungjawab dalam serangan di sebuah gereja yang membunuh seramai 85 orang. - Agensi

500 buah kereta vintaj Chevrolet dilelong

Posted:

500 buah kereta vintaj Chevrolet dilelong

500 buah kereta vintaj Chevrolet dilelong


ORANG ramai mengerumuni sebuah Chevrolet Impala tahun 1959 sebelum kereta klasik itu dilelong di Pierce, Nebraska, Amerika Syarikat kelmarin.


PIERCE, Nebraska - Beribu-ribu peminat kenderaan berkumpul di sebuah ladang di sini untuk menghadiri acara lelongan kereta-kereta vintaj Chevrolet yang dianggap terbesar di Amerika Syarikat kelmarin.

Pembeli kereta antik, peminat sejarah dan orang ramai berpusu-pusu untuk melihat secara dekat 500 buah kereta vintaj yang dilelong pada hujung minggu lalu.

Kereta-kereta tersebut adalah milik mendiang Ray Lambrecht yang merupakan pengedar kenderaan Chevrolet selama 50 tahun.

Lambrecht dikatakan menyimpan semua kereta yang tidak terjual di merata-rata tempat. Sebanyak 430 buah kereta dan trak pikap dialihkan dari bawah pokok. Sebanyak 50 buah lagi yang berada dalam keadaan baik diambil dari parkir berbumbung.

"Anda tidak akan jangka bahawa semua kereta ini masih wujud di sini. Saya harap para pembeli tidak kecewa kerana bukan semua kereta ini berada dalam keadaan yang sempurna," kata salah seorang ahli keluarga Lambrecht, Cassie Wondersee.

Antara kenderaan yang dilelong ialah trak pikap Cameo tahun 1958 dengan odometer menunjukkan ia hanya bergerak kurang tiga kilometer serta dua buah Chevrolet Impala tahun 1964 dan 1963 berwarna merah.

Acara lelongan itu menyebabkan kawasan yang jarang dikunjungi tersebut menjadi begitu meriah sehinggakan para pekerja restoran makanan segera dan kedai runcit menyewakan bilik masing-masing kepada pengunjung yang datang dari jauh. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar