Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 30 Sep 2013 12:46 AM PDT Oleh MASZUREEN HADZMAN SYARIKAT komunikasi HTC Sdn. Bhd. Malaysia baru saja mengumumkan kemunculan model terkini mereka iaitu HTC Butterfly S peranti bergaya dan dikuasakan ciri-ciri terbaru untuk pasaran Malaysia. Pada awalnya kemunculannya diumumkan akan berada di pasaran Malaysia bermula pertengahan Ogos lalu. Telefon yang menarik dengan skrin bersaiz 5 inci ini dikuasakan oleh pemproses empat teras berkelajuan 1.9GHz. RAM 2GB dan ciri-ciri menarik HTC BlinkFeed™, HTC Zoe™ dan HTC BoomSound™ yang telah diperkenalkan buat pertama kali pada HTC One. Telefon ini juga dilengkapkan dengan HTC Sense 5 dan sistem operasi Android Jelly Bean, dengan bateri dengan kapasiti 3,200mAh, sekali gus menjanjikan keupayaan dan ketahanan yang lebih lama. Pengurus HTC Asia Selatan, Jack Yang berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menambah baik prestasi telefon pintar HTC Butterfly ini dengan menggabungkan piawaian baru yang ditetapkan oleh HTC sendiri. Jelasnya lagi, telefon pintar HTC Butterfly S ini telah mengalih persepsi orang ramai dengan HD penuh yang pertama di dunia dengan skrin 5 inci yang membawa kepada pengalaman menonton yang lengkap. Selain itu, HTC Butterfly S dikuasakan oleh kapasiti bateri yang tinggi. pengguna kini boleh mengambil gambar, menonton video dan mendengar muzik tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri. Pengguna boleh dapatkan HTC S ini dalam beberapa pilihan warna iaitu fervour merah, putih dan glamour metallic grey di semua pengedar HTC yang diberi kuasa. Harga rasmi bagi HTC Butterfly S adalah RM2,399 dan hanya boleh didapati di pengedar-pengedar rasmi HTC yang sah. Maklumat lanjut mengenai telefon ini sila ke laman sesawang www.htc.com |
Posted: 30 Sep 2013 12:46 AM PDT Susunan ASHRIQ FAHMY AHMAD MERUPAKAN kategori baharu dalam barisan Legria mini bakal memaparkan pengalaman baharu dalam merakam video terutamanya buat penggemar blog. Bersaiz kecil namun amat bergaya, Legria Mini mewarisi kecanggihan teknologi optikal Canon yang terbaik serta sokongan Wi-fi untuk memudahkan perkongsian serta penghantaran fail serta data. Kamera video itu juga merupakan satu-satunya yang memiliki lensa sudut luas binaan dalam dan juga tripod khas untuk kegunaan rakaman bebas tangan. Menurut Presiden Canon Marketing (Malaysia), Melvyn Ho, Legria Mini direka khas untuk memenuhi kehendak pengguna dalam merakamkan memori terindah dan berkongsi bersama rakan dan saudara mara di Internet. ''Memecahkan tradisi perakam video lama, Legria mini lebih kecil, ringan serta memiliki lensa sudut luas yang tidak diperolehi mana-mana kamera video sebelum ini. "Seperti juga kamera video lain, Legria mini dilengkapi paparan skrin sesentuh berputar pelbagai arah serta kelebihan sambungan WiFi," katanya. Lensa sudut luas binaan dalamnya memudahkan rakaman dilakukan dalam ruang yang terhad merangkumi 170 darjah bagi imej pegun dan 160 darjah bagi rakaman video. Selain kualiti imej, rakaman suaranya juga turut diperbaharui menerusi mikrofon-stereo binaan dalam dan boleh diaturkan mengikut gaya rakaman yang dikehendaki. Pelarasan bunyi boleh dilakukan dalam mod Audio Scene Select yang mana mengandungi Standard, Music, Speech, Forest, dan Birds serta tambahan Noise Suppression. Noise Suppression boleh digunakan untuk mengurangkan bunyi bingit dan bising sekeliling seperti suara orang ramai, bunyi kenderaan sedang bergerak dan juga keriuhan taman permainan. Lebih ringan dan kompak, Legria mini dilihat mampu memenuhi gaya hidup masa kini yang serba pantas serta aktif bergerak ke sana ke mari. Tripod binaan dalamnya juga amat membantu bagi memudahkan rakaman bebas tangan dilakukan. Menerusi kamera Legria Mini baharu itu juga, pengguna boleh merakamkan video dalam pelbagai sudut antaranya sudut rendah, sudut tinggi malah rakaman terbalik dengan lebih mudah dan ringkas. Sedia untuk berkongsi, kelebihan sambungan WiFi memudahkan pengguna menghantar video (rakaman format MP4) dengan lebih pantas ke laman sosial menerusi peranti mobil. Sebagai tambahan, Legria mini juga boleh dikawal menggunakan peranti lain menerusi aplikasi CameraAccess App. Selain itu, Canon turut mempertaruhkan kesan kreatif (creative effects) seperti rakaman 'Slow Motion' (1/4 dan 1/2) dan 'Fast Motion' (2x dan 4x), rakaman selang, petikan video dan pelbagai lagi. Untuk maklumat lanjut berkenaan Canon LEGRIA Mini, layari laman web Canon di www.canon.com.my. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |