Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Terbuka ATP Malaysia: Benneteau kempunan lagi Posted: 29 Sep 2013 06:27 PM PDT KUALA LUMPUR 30 Sept.- Bintang muda Portugal yang semakin meningkat naik, Joao Sousa, melengkapkan catatan gemilang di Kejohanan Tenis Terbuka ATP Malaysia 2013 apabila menewaskan finalis tahun lalu, Julien Benneteau, 2-6, 7-5, 6-4 di Stadium Putra Bukit Jalil. Kemenangan Soasa itu juga membuatkan Benneteau sekali lagi kempunan bergelar juara selepas gagal pada tahun lalu di tangan pemain Argentina, Juan Monaco. Bertambah mendukacitakan, ini adalah kekalahan kesembilan buat Benneteau dalam aksi akhir Terbuka ATP sepanjang kariernya dan masih belum memenangi sebarang gelaran manakala Soasa yang kali pertama melangkah ke final, berjaya meraih gelaran sulung. Kemenangan itu menyaksikan Soasa membawa pulang RM509,945 (AS158,000) sementara Benneteau meraih RM268,657 (A$$83240), hadiah dan cek disampaikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Dalam masa permainan dua jam 18 minit, Benneteau yang merupakan pilihan kelima kejohanan, terlebih dahulu garang memenangi set pertama selain memecahkan dua mata brek untuk menang 6-2. Soasa yang digelar sebagai giant killer pada kejohanan ini selepas menyingkirkan dua pemain ternama, David Ferrer dan Juan Melzer akhirnya mempamerkan karakter sebenar pada set kedua. Walaupun pada satu ketika dia bagaikan sudah hampir tertewas apabila ketinggalan 4-5 dan Benneteau hanya memerlukan satu lagi mata untuk meraih kemenangan selepas mendahului 40-30, Soasa bangkit dengan mempamerkan semangat juang yang menakjubkan. Soasa akhirnya berjaya memenangi set kedua bagi mengheret permainan ke set penentuan dan kekuatan forehand pemain yang berada di ranking 77 dunia seperti sukar ditangani oleh Benneteau. Momentum Soasa jelas sukar disekat dan Benneteau yang sedikit keletihan pada set penentuan sebelum menang 6-4. "Rasa gembira kerana ini adalah gelaran pertama saya sepanjang Jelajah ATP dan satu pengalaman manis beraksi di sini kerana mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada penonton. "Kepada Benneteau, minta maaf kerana mengecewakan anda sekali lagi namun saya juga mahukan kejuaraan ini, sudah pasti saya akan datang lagi ke sini pada tahun hadapan untuk mempertahankan kejuaraan, " katanya. Bagi acara beregu, Eric Butorac dari Amerika Syarikat dan Raven Klasen dari Afrika Selatan muncul juara setelah menewaskan Pablo Cuevas (Uruguay) dan Horacio Zeballos (Argentina), 6-2, 6-4 dalam masa 56 minit. Butorac yang merupakan pemenang pada tahun 2011 dan Klasen membawa pulang RM154,920 (A$$48,000) sementara Cuevas-Zeballos meraih RM81,295.20 (A$$25,200). - UTUSAN ONLINE |
Posted: 29 Sep 2013 11:42 AM PDT Apit kanan Negeri Sembilan, Nazirul Akmal Abd. Rahman (kiri) menahan libasan pemain Kuala Lumpur pada perlawanan akhir kategori kebangsaan Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2013 di Pusat Beli-Belah AEON Bukit Raja, Klang, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yaziad KLANG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuji penganjuran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan yang disifatkan membantu melahirkan jaguh-jaguh baharu di samping menjadi platform mengilap bakat-bakat sedia ada. Saya ucapkan tahniah di atas kerjasama Utusan Malaysia dan KFC (Kentucky Fried Chicken) menganjurkan kejohanan ini dan saya lihat mereka telah berjaya menarik begitu ramai peminat sepaktakraw negara daripada semua peringkat umur untuk hadir ke sini. Sekiranya ada permintaan dan peluang untuk bekerjasama bagi menganjurkan kejohanan ini di masa hadapan, tiada masalah daripada pihak KBS serta mungkin ia boleh ditambah baik dengan kemungkinan mengadakan liga pula seandainya ada komitmen tinggi daripada semua pihak," katanya pada sidang akhbar selepas penyampaian hadiah kepada pemenang di sini, semalam. Perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan berlangsung di Pusat Beli-Belah AEON Bukit Raja, di sini. Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau masih memerlukan beberapa maklumat lagi sebelum mengadakan pertemuan dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). Walaupun PSM telah menyiapkan laporan dan ingin berjumpa pada bila-bila masa untuk dibentangkan kepada saya, itu adalah dari pihak mereka. Daripada pihak KBS pula, saya sebagai menterinya masih lagi mengumpulkan beberapa maklumat dan sedang membuat semakan terhadap badan induk itu terlebih dahulu sebelum ingin mengadakan perjumpaan bersama mereka," ujarnya. Sebelum ini, Khairy meminta PSM bersikap telus dengan menjelaskan ke mana semua wang dibelanjakan selama ini untuk pembangunan sepaktakraw negara tetapi hasilnya tetap begitu serta tidak setimpal dengan sejumlah pelaburan yang telah dikeluarkan selama ini. Khairy mengulas mengenai keinginannya sebelum ini untuk berjumpa PSM tetapi meminta sedikit masa terlebih dahulu kerana perlu mengumpul dan menunggu beberapa maklumat termasuk daripada bekas pemain. Katanya, tiada guna untuk berjumpa sesebuah persatuan sukan tanpa membuat semakan tertentu dan beliau akan mengumumkan tarikh itu bila sampai masanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |