Felda palong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda palong - Google Blog Search |
Karnival Jom Ke <b>Felda Palong</b> 6 Meriah | Suara Anak Muda FELDA Posted: 31 Aug 2013 01:43 AM PDT Karnival Jom Ke Felda Palong 6 MeriahGEMAS – Karnival Jom Ke Felda 2013 yang masuk hari kedua diadakan di Padang Awam Pejabat Felda Palong 6 masih lagi mendapat sambutan hangat dari penduduk-penduduk Felda. Sejak awal pagi tadi, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh penganjur, Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) untuk disertai penduduk tempatan. Antaranya seperti rewang gotong-royong, program amal PUGFM untuk penduduk kampung bersama RTM, pertandinga mewarna, pertandingan futsal padang, pertunjukan haiwan reptilia, pertandingan Bintang Kecil dan pertandingan karoake yang sedang berlangsung ketika ini. Acara untuk karnival hari kedua ini akan diteruskan dengan sesi penduduk bersama artis, sukan rakyat dan konsert POP oleh artis-artis jemputan iaitu DEF GAB C, Jamal Abdillah dan artis-artis yang menjadi duta kepada CLIXTER pada malam ini. Selain pelbagai aktiviti yang telah dirancang, karnival ini juga menyediakan pelbagai gerai jualan untuk para pengunjung. Gerai-gerai jualan ini dibuka oleh anak-anak Felda sendiri yang berhasrat untuk menjadi usahawan berjaya satu hari nanti. Antara servis jualan yang disediakan adalah jualan buku-buku ilmiah, pakaian dan aksesori diri, makanan dan minuman, aksesori dan peralatan teknologi dan komunikasi dan pelbagai lagi. Selain golongan dewasa gembira menyertai Karnival Jom Ke Felda ini, kanak-kanak juga terhibur apabila dapat menyertai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Mereka dapat menyertai Bengkel Lakonan bersama FINAS sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang meluangkan masa bermain di taman permainan yang didirikan khas untuk mereka berhibur ketika aktivit lain dijalankan. Karnival Jom Ke Felda yang dimulakan di sini, Felda Palong 6 akan berakhir malam esok dan akan diteruskan ke siri kedua di Felda Kota Tinggi, Johor. Lain-lain gambar akan dimasukkan ke Galeri [KLIK] NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com Artikel disiar pada August 31, 2013 - 4:43 pm oleh Nor Azlina Shaari |
You are subscribed to email updates from Felda palong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |