Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Isteri nafi Aaron Aziz mati ketika main ski Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT AARON AZIZ KUALA LUMPUR 30 Sept. - Berita yang tersebar berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain ski di sebuah resort terkenal di Switzerland adalah palsu. Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, berita tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini berada di Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland. "Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran rancangan Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia. Berita berhubung kematian pelakon tersebut mula tersebar sejak semalam melalui sebuah artikel keluaran Global Associated News yang turut mendapat perhatian di laman sosial lain dan boleh dibaca melalui aaron. aziz.mediafetcher. com/news/top_stories/actor_skiing. php. Pelakon kelahiran Singapura itu juga dikatakan gagal mengawal ski sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah. |
Berita itu palsu, Aaron sihat di Cape Town - Isteri Posted: 29 Sep 2013 10:27 PM PDT Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI BERITA 'kematian' pelakon Aaron Aziz seperti disiarkan laman web Global Associate News yang ternyata ia hanya laporan palsu. AARON AZIZ KUALA LUMPUR 30 Sept. - Laporan berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain luncur salji di sebuah resort terkenal di Switzeland adalah palsu semata-mata. Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, laporan tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini sedang berada di Cape Town, Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland. "Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran program Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Online hari ini. Berita berhubung kematian pelakon berasal dari Singapura itu tersebar sejak semalam selepas laporan itu dikeluarkan oleh laman web "Global Associated News" yang kemudian mendapat perhatian meluas di laman-laman sosial lain. Menurut laman web berkenaan, pelakon itu dikatakan gagal mengawal papan luncur salji sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah. Bagaimanapun Utusan Online mendapati "Global Associated News" yang menggunakan pautan networkedblogs.com/PyyPs itu merupakan sebuah laman web palsu. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |