Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Ajal bawah tayar treler bapaOleh MUHAMMAD ZIKRI
PONTIAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah pangsa Taman Megah di sini kelmarin. Muhamad Rifaie Aiman yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian. Kejadian malang pada pukul 9.10 malam itu berlaku ketika anak bongsu daripada tujuh beradik tersebut mengekori bapanya, Aznizam Mohd. Jahis, 33, yang mahu keluar bekerja sebagai pemandu treler di Johor Bahru. Cerita Aznizam, Rifaie menunjukkan sikap pelik pada malam kejadian apabila berkeras mahu mengikutnya pergi bekerja berbanding hanya melambai tangan sebelum ini. Jarak tempat kejadian dengan rumah mangsa ialah 10 meter. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
6 kereta dipecah angkara khianat Posted: 6 kereta dipecah angkara khianatKUALA LUMPUR - Sebanyak enam buah kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan Blok 213, Flat Sentul Utama dekat sini rosak selepas cerminnya dipecah disyaki akibat perbuatan khianat semalam. Rata-rata penduduk menyedari kejadian itu pada pukul 7 pagi ketika mereka mahu menggunakan kenderaan masing-masing. Kenderaan yang terlibat ialah Proton Persona, Waja, Wira dan Perodua Viva. Seorang mangsa, Ruddyansjah Mahtar Hams, 30-an, berkata, dia mengetahui kereta Proton Wira miliknya dipecah selepas isterinya mahu menggunakan kenderaan itu untuk ke kedai. "Pada mulanya, isteri saya ternampak kereta lain dipecah lalu menghubungi saya. "Sebaik turun ke bawah, saya dapati cermin hadapan kereta kami turut dipecah selain terdapat kesan umpil pada pintu pemandu," katanya ketika ditemui. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Imam Syiah ditahanOleh SHAHRULANOOR ISHAK dan KHAIRIYAH HANAFI AHMAD RAFFLI (kiri) bersama pegawainya menunjukkan batu Karbala dan barangan lain yang mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah yang dirampas dalam serbuan di kuarters kakitangan di ladang RISDA Pekoti Timur di Rompin, Pahang kelmarin. KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan serbuan secara berasingan di ladang RISDA Pekoti Timur, Rompin, Pahang dan sebuah premis yang dijadikan markas fahaman Syiah di Gombak, Selangor kelmarin serta malam kelmarin. Dalam serbuan JAIP di ladang RISDA Pekoti Timur, seorang imam berusia 64 tahun yang disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lepas ditahan pada pukul 2 petang kelmarin. Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan oleh JAIS di markas fahaman Syiah di Gombak kerana ketika serbuan pada pukul 11.30 malam kelmarin, premis tersebut kosong. Selain itu, dalam kedua-dua serbuan tersebut, JAIP dan JAIS merampas beberapa buah kitab al-Quran, buku berkaitan Syiah, poster, beberapa kertas kerja yang menerapkan unsur-unsur Syiah dan tanah serta batu Kar- bala yang sering digunakan pengikut ajaran itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |