felda bukit sagu - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit sagu - Google Blog Search |
<b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 07 Sep 2013 12:00 AM PDT KUANTAN: Seorang juruteknik syarikat minyak berpangkalan di Qatar buntu memikirkan misteri kehilangan isterinya yang dipercayai dilarikan warga Indonesia, sejak Jumaat lalu. Mohd Riduan Abd Razak, 34, berkata dia yakin isterinya, Nur Idayu Abd Aziz, 34, dilarikan pekerja Indonesia termasuk seorang wanita yang diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di FELDA Bukit Sagu 2, dekat sini. "Saya dimaklumkan ibu (Rosnah Latif) yang memberitahu isteri saya dilarikan empat warga Indonesia terbabit yang turut menghilangkan diri pada hari sama. "Saya tidak tahu apa kaitannya tetapi desas-desus ada menyatakan seorang daripada lelaki Indonesia itu menaruh hati pada isteri saya. Jika benar isteri saya ada bersama mereka, saya harap mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk kerana isteri saya tidak pernah melakukan sebarang perkara tidak baik kepada mereka, malah melayan mereka seperti ahli keluarga sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mohd Riduan berkata, sudah menjadi rutin hariannya menghubungi isteri menerusi telefon bimbit selepas habis bertugas pada jam 5 petang (waktu Qatar) atau 10 malam (waktu Malaysia) untuk memastikan keselamatannya dan tiga anak mereka walaupun tinggal bersama keluarga di tanah rancangan berkenaan. "Bagaimanapun, saya gagal menghubunginya Jumaat lalu kerana talian telefon bimbitnya seperti ditutup dan apabila menghubungi rumah, ibu menyatakan isteri saya tidak pulang ke rumah. "Bimbang kejadian buruk menimpa isteri, saya mengambil keputusan pulang ke Kuantan dan mengharungi perjalanan kira-kira 15 jam untuk mencari isteri yang didakwa berada di Melaka ketika ini," katanya. Berikutan kejadian itu, Mohd Riduan berkata, ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Panching pada Sabtu. Mohd Riduan berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan kedudukan isterinya termasuk menghubungi kenalan dan saudara-mara wanita berkenaan tetapi masih belum mendapat petunjuk. "Kerjasama pasukan polis amat kami hargai dan semoga isteri ditemui dalam keadaan selamat kerana anak sudah mula bertanya ibu mereka," katanya. Sementara itu, kakak ipar mangsa, Rosnaini Razak, 45, berkata Nur Idayu datang ke rumahnya di FELDA Bukit Goh pada jam 3.30 petang Jumaat untuk menghantar makanan sebelum memaklumkan mahu ke Pejabat Pos di FELDA berkenaan membuat penghantaran jubah ditempah pelanggannya. "Tetapi, dia seperti dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tidak mensyaki sebarang perkara buruk menimpa dirinya sehinggalah adik saya, Mohd Riduan menghubungi bertanyakan mengenai kehilangan Nur Idayu. "Saya juga hairan kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan ahli keluarga mahupun pekerja yang sedang membuat pengubahsuaian di rumah keluarganya itu," katanya. Kali terakhir Nur Idayu dilihat berada di Pasar Raya Terus Maju, Bukit Goh memakai jubah dan tudung merah jambu dan menaiki Suzuki Swift putih dengan nombor pendaftaran WWT 7854. Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Nur Idayu diminta hubungi 014-8393778 (Shikin) atau 012-9487664 (Mohd Riduan). - Harian Metro http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013062503285120130625032851/mobile/mArticle |
You are subscribed to email updates from felda bukit sagu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |