{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Masjid elakgantung kerajaan

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Oleh CHE KU ZAINAL CHE KU MUDA
utusanterengganu@utusan.com.my

Sultan Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan jemaah Masjid Sungai Udang ketika merasmikan masjid berkenaan di Dungun, Terengganu, kelmarin.

DUNGUN 28 Sept. - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan jawatankuasa masjid di seluruh negeri ini agar tidak hanya bergantung kepada bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atau kerajaan semata-mata dalam urusan pentadbiran institusi berkenaan.

Titah baginda, mereka telah diberi kepercayaan oleh Maidam untuk mengurus tadbir masjid dalam segenap aspek mengikut landasan dan garis panduan yang telah ditetapkan agar masjid sentiasa dalam keadaan sempurna dan diimarahkan.

Sehubungan itu, baginda menyarankan jawatankuasa masjid turut menggunakan wang sumbangan orang ramai yang dihulurkan melalui tabung masjid sebaik mungkin untuk mengerakkan program pengimarahan melalui pelbagai pendekatan.

Baginda bertitah demikian sewaktu merasmikan Masjid Sungai Udang dekat sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Masjid yang diberikan nama As-Saalikin, dibina di tapak seluas 1.4 hektar dengan kos RM3.9 juta telah siap sepenuhnya pada tahun 2010 dan mampu menampung 1,500 jemaah.

Baginda turut mengulangi ingatan agar masjid dipastikan benar-benar bebas daripada pengaruh politik kepartian kerana ia boleh membawa sikap berpuak-puak dan menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Baginda bertitah, jika amalan menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik kepartian maka umat Islam akan berpuak-puak dan ia sangat bertentangan dengan Maqasid as-Syari'iyyah ataupun tujuan sebenar masjid didirikan.

Oleh yang demikian, baginda mahukan supaya unsur atau simbol yang melambangkan politik kepartian hendaklah dibersihkan daripada masjid dan kawasan sekitarnya.

"Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam memelihara imej masjid sebagai rumah Allah Subhanahu Wata'ala yang mulia dan suci," titah baginda.

Pemilihan UMNO: 30 tarik diri di Kelantan

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

KOTA BHARU 28 Sept. - Seramai 30 daripada 2,595 calon yang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan sayap UMNO di negeri ini telah menarik diri sebelum pemilihan parti itu bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, senarai penuh calon yang bertanding akan diumumkan pada 7 Oktober ini selepas ibu pejabat parti membuat keputusan terakhir.

Beliau berkata, badan perhubungan negeri menerima semua borang yang dihantar oleh ahli termasuk mereka yang muflis atau dikenakan tindakan disiplin.

"Semakan akhir akan dibuat oleh ibu pejabat dan mereka yang menghadapi tindakan disiplin atau muflis akan digugur oleh ibu pejabat selepas ini.

"Seramai 30 orang telah menarik diri termasuk tiga daripada calon Ketua UMNO bahagian dalam tempoh bertenang iaitu 72 jam selepas proses penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Mereka yang menarik diri ialah lima orang di Machang, Ketereh (dua), Tanah Merah (tiga), Bachok (lima), Pengkalan Chepa (tiga), Gua Musang (lima), Pasir Mas (tiga), Tanah Merah (satu), Kota Baharu (dua) dan Kuala Krai (satu).

Sementara itu, Mustapa berkata, mesyuarat tersebut sebulat setuju bersetuju menyokong semua calon dari negeri ini yang menawarkan diri untuk bertanding di peringkat pusat termasuk sayap parti.

"Kita akan berkempen mengikut yang dibenarkan oleh Majlis Tertinggi (MT), jadi kita kena mempromosikan calon-calon kita,'' ujarnya.

Menurutnya, UMNO Kelantan juga menerima calon-calon yang berkempen di Kelantan seperti Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan datang ke sini esok manakala calon-calon yang akan bertanding MT akan datang pada 6 Oktober ini.

Selain Mustapa, empat lagi calon menawarkan diri bertanding di peringkat MT ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md. Alwi Che Ahmad dan bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd. Zain Ismail.

Pada masa yang sama, Mustapa turut mengingatkan calon supaya berkempen dengan penuh berhemah dan menolak politik wang.

Wan Mokhtar terima Ijazah Kehormat

Posted: 28 Sep 2013 12:43 PM PDT

Wan Abdul Rahman Wan Yaacob (kanan) menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Teknoloji) kepada Wan Mokhtar Ahmad semasa Majlis Konvokesyen TATIUC Ke-7 di Kemaman, Terengganu, semalam.

KEMAMAN 28 Sept. - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Teknologi) sempena majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (TATiUC) kali Ke-7 di sini hari ini.

Wan Mokhtar,81, tokoh yang menggerakkan penubuhan institusi itu sebagai salah satu persiapan untuk membolehkan anak negeri menguasai kemahiran teknologi dan mengisi ruang kerjaya dalam era kepesatan industri minyak dan gas.

Pada majlis itu, sebanyak 531 graduan dalam pelbagai bidang yang terdiri daripada 326 pemegang ijazah dan 105 pemegang diploma turut menerima penghargaan masing-masing dalam pelbagai bidang.

Antara bidang tersebut ialah Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Perkakasan), Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Sains Komputer (Rangkaian Komputer dan Keselamatan), Teknologi Kejuruteraan Kimia, Teknologi Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Automatif Industri serta Seni Reka Grafik dan Media Kreatif.

Yang turut hadir pada majlis konvokesyen tersebut ialah Canselor TATiUC, Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaakob; Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Bazlan Abdul Rahman dan Rektor TATiUC, Dr. Zunaidi Ibrahim.

Bazlan ketika berucap pada majlis konvokesyen itu berkata, sepanjang penubuhannya sejak 20 tahun lalu, TATiUC kini telah berjaya mengeluarkan 3,761 graduan dan diterima baik oleh pihak industri .

Katanya, bagi memastikan graduan yang dihasilkan TATiUC tetap berkualiti dan berketerampilan dan memenuhi keperluan industri, pihaknya akan sentiasa memantau pencapaian bekas penuntut melalui kajian pengesanan graduan yang dilakukan setiap tahun.

"Berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada tahun 2012, didapati hampir 80 peratus pelajar mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat multi nasional seperti Petronas, EPIC, DRB-Hicom, Eastern Steel Sdn. Bhd. dan banyak lagi manakala selebihnya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.

Sempena majlis itu juga, Mohd. Zairi Kamaruddin, 27, yang merupakan Graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 menerima Anugerah Canselor.

Graduan Diploma Kejuruteraan Automotif Industri (Instrumental dan Elektronik) M. Rafizi A. Razak,26, pula menerima Anugerah Pengerusi manakala graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Perkakasan) Mohd. Rozi Bakar, 23, menerima Anugerah Rektor.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar