{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda sungai koyan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2013 12:00 AM PDT

TEMERLOH: Kes saman 533 peneroka dari Felda Gugusan Bera yang menuntut pihak Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi hasil penjualan sawit mereka sejak tahun 1995, hari ini ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal.

Peguam bagi pihak peneroka Nasar Mirbas Khan berkata, hakim di Mahkamah Tinggi Temerloh mengarahkan pihaknya mendapatkan rekod jualan sawit semua peneroka kepada kilang-kilang Felda atau pihak ketiga.

"Hakim hari ini mengarahkan plaintif menyiapkan rekod jualan mereka bagi dibandingkan rekod dengan rekod yang disimpan di kilang Felda.

"Mahkamah memberi tempoh seminggu dan minggu kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk pengurusan kes. Selepas itu baru akan ditetapkan tarikh perbicaraan seterusnya," katanya dalam sidang media.

Turut hadir, seorang lagi peguam bagi pihak peneroka Mohamed Hanipa Maidin, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman serta para peneroka.

Pada 20 September tahun lalu 533 peneroka dari 9 Tanah Rancangan Felda Gugusan Bera telah memfailkan writ tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Nasar Khan berkata, tuntutan peneroka ialah berkaitan kadar perahan gred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana lebih rendah daripada gred sebenar.

"Selain daripada itu peneroka juga menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan.

"Untuk tahun 2008 sahaja, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil yang disebutkan ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995. Jadi kita jangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi," katanya.

Sebelum ini, peneroka-peneroka Felda Kemahang dan Sungai Koyan telahpun memenangi kes saman melibatkan isu yang sama.

A Beginning of Life: Keliling <b>FELDA Sungai Koyan</b>

Posted: 30 Mar 2013 09:48 AM PDT

last week balik Koyan. punyalah dah lama tak balik sejak raya puasa tahun lepas. haa bukan tak sedar diri ya tapi mak kita memang suka pergi ke rumah anak2 dia. jap rumah kakak ni, jap rumah abang ni jadi macam mana nak balik Koyan kalau mak pun takde kat rumah.
maka inilah first time balik setelah menjadi girlfriend berlesen kepada Zcat,..huehue..
bila nak balik tu kena confirm dulu dengan mak, buatnya mak menyinggah ke rumah jiran2 pulak ataupun ke bandar2 berdekatan....masa balik tu ada kenduri kawin 2 hari berturut2, maka kami buat keputusan pergi 1 jelah. yang sama dengan blok rumah mak. baju pun bawa sepasang je takkan nak repeat esoknya walaupun pakai sejam je... cuaca punyalah panas...
sesudah jam 5 petang barulah pergi keliling Koyan dengan motor. kereta parking agak jauh sikit sebab khemah kenduri dah blok jalan ke rumah. lagipun senang sikit. oh terasa berhoneymoon gitu naik motor dengan LB. hehehe..yelah masa ke Tioman pun keliling kampung dengan motor.
maka kalian layankan jelah gambar Koyan yang terbaru ni...












Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat